Monday, March 29, 2010

busy bee...

ya, sempena AKAN berakhirnya semester ini saya didatangi oleh kerja-kerja yang perlu dibuat, maaflah sibuk...tapi yang peliknya aku sempat merayau-rayau kejap, em, macam mana tu??

aku amat bersimpati pada kawan kelas aku yang terlibat dalam kemalangan pada hari rabu lepas, yang juga tersiar di akhbar Sinar. aku dah pun melawat beliau, alhamdulillah, dengan kekuatan beliau dan keajaiban daripada ALLAH swt, beliau telah sedarkan diri tak sampai 24 jam selepas pembedahan di hati ( jika aku tidak silap ). kepada beliau, Mohd Fahim bin Kamarudin, aku mendoakan semoga kau kuat untuk cepat sembuh dan boleh datang ke kelas seperti biasa...hee~ jangan risau kami semua SAYANG betull kat kau! terima kasih kepada kawan-kawan lain yang tidak putus-putus melawat Fahim di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. kami akan selalu menyokong kau fahim! walaupun kau akan dipindahkan ke hospital di Johor Bharu.

sob..sob..baru je aku jumpa beliau, cakap-cakap pasal kelas ganti, lagipun nak kesalkan pun tak boleh sebab sudah ditakdirkan, itulah qada' dan qadar. tak boleh lawan kuasa tuhan. apa-apa pun kerja aku masih berjalan seperti biasa~

ada 2 report yang nak diketuk-ketuk keyboard laptop untuk ditaip,
ada 2 design yang perlu aku menghadap laptop selama 27 jam untuk disiapkan...

takpe, takpe...

semester ini aku cuti dekat-dekat dua bulan, boleh la tu aku rehat~~ haha

Wednesday, March 10, 2010

Menu Makanan.

assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini aku ada pembentangan tentang menu makanan untuk "Real Life Product"...

buat menu makanan untuk kedai Genieben Bakery, kenapa saya pilih kedai ini?

sebab: SAYA SUKA ROTI! lagi-lagi meat ball...sedap oo!!

kedai ini di Dataran Cendikia atau Student Mall kat UiTM Malaysia...

thanks~ nyum2...


p/s : gambar menu aku akan publish kemudian, sebab aku ada dalam kelas. sebelah pensyarah yang sedang buat penilaian, hehe...sorry cik wan!

Monday, March 8, 2010

fakulti kejuruteraan awam.

hahahaha...

saya sedang melepak sambil meyiapkan kerja-kerja menu makanan di bilik bacaan fakulti awam~

wink2...

p/s : my bf sedang study, wink2...


Monday, March 1, 2010

Keceriaanku!

Ni aku nak kongsi beberapa gambar yang selama ini menjadi simpanan keceriaanku... pada kawan-kawan yang melayari blog ini, friends forever!




ni masa pergi celebrity photoshoot, pensyarah sambilan fotografi aku masa semester lepas, en Kamm a.k.a en Kamlizahri pelawa kami ke sana. cik kamm ni profesional photografer... tarikh aku pergi ni, aku pun dah lupa bila. maaflah.



ni masa semester ke dua, kami pergi ke theme park times square. berjalan-jalan.


ni my one of my BFF (Bestfriend Forever), sis Aida Akmar. ni masa kami ada lawatan percetakan ni PWTC.

shoot gambar di Tasik Shah Alam, one of our outdoor shoots.


ni adalah dua contoh artwork design aku, ada lagi banyak tapi untuk tatapan peribadilah. first job design aku adalah untuk pelajar kejurutera Awam, aku buat poster untuk presentation mereka.

jadi, inilah serba sedikit yang mampu untuk menjadi tatapan. nanti masa akan datang, aku akan upload poster yang aku buat itu.


jumpa lagi,
xo xo.

bengkel Print Process.

Ya!!

Nampaknya aku telah menyalahgunakan tempat!

Aku sekarang di Bengkel Print Process, department Printing Technology!

Hahaha, lagipun aku dah buat pasang dan buka plate so minggu ni seling sebentar ya!

Yang lain tengah ada kat mesin, baca suratkhabar, senior-senior sedang menyiapkan tugasan masing-masing untuk final project.

dan aku, sedang ber-blog-ing. ( opss... =) )

lagipun sedang mencari ilham untuk design aku punya notebook, nak buat tema apa ya??
ada cadangan?

untuk menu makan pun ya juga, aku nak promosi kedai GenieBen Bakery! yang terletak di Student Mall, para pelajar UiTM jom pergi GenieBen Bakery! hehe.

okay lah, masa untuk pergi.
nak tengok diaorang buat apa, mesti pasal asignment ni, tak pun report bengkel...

jumpa nanti,
Xo Xo