Saturday, February 27, 2010

saya gembira!

saya gembira sebab :
~
~
laptop aku dah okay! clean and clear!
dah tak meragam seperti dulu!

JUTAAN TERIMA KASIH kepada fieq dan zul kerana telah menumpahkan keringat dan kepandaian anda kepada laptop saya. sebagai membalas jasa anda berdua, nanti saya belanja makan okay~

lepas ni boleh lah aku buat kerja dengan penuh tekun dan kesabaran tanpa sebarang kata-kata nista lagi, haha (melampau betul tu).


em, nak share sesuatu ni. kalau korang semua ada simpan lagi memang sentimental value macam aku jugak.haha.

hari tu kan masa aku kemas-kemas segala khazanah harta karun koleksi simpanan aku selama ni, aku terjumpa surat cinta zaman dulu-dulu. haha, aku tak sangka aku akan jumpa surat cinta yang dah berabuk, kertas pun macam dah nak lunyai. bila aku baca surat cinta tu, fuhh...malu! masa ex boyfie aku try nak menawan hatiku yang kental ini (cewah!), ya ALLAH memang aku malu betul. baca surat tu, senyum sipu-sipu lepas tu tutup muka. malu ya amat!

buku mesej khas untuk ex-boyfie pun ada, segala mesej aku catat kat buku tu. konon-konon nak buat bacaanlah, sekali aku baca, jerit malu. malu!. lagipun semua tu mematangkan aku,haha. tu semua zaman cinta sekolah dulu, haha. kalau ingat balik memang aku nak gelak, budak sekolah~

sekarang ni surat-surat cinta itu akan dilupuskan, haha. tapi segala semangat dan peransang aku ambil sebagai iktibar dan peganganlah, yang lain-lain tu kira tinggal kenangan dan sejarah mahupun dilupuskan.


tapi apa-apa pun! yang paling PENTING!

bercinta, bercinta juga!!

TAPI.....


BELAJAR ITU PENTING!

Dengan pelajaranlah kita dapat jamin masa hadapan, menjamin karier dan kewangan. kena kukuhkan dua perkara itu.




p/s : entri ini juga untuk ingatan aku yang seorang insan yang lemah mahupun lalai, maka, ann sila belajar dan siapkan design. semester ini naikkan pointer dan PASTIKAN grad tanpa sebarang masalah.

YA ALLAH, kau bantulah hamba mu yang lemah ini.

Wednesday, February 24, 2010

kiss kiss bang bang...

dah ler aku ada ujian undang-undang minggu ni ( baru nak amek lesen kereta la kata kn~)
buku undang-undang pun aku tengok nak tak nak,
macam manalah nak amek nih...

em, malas betul.

design accodion book pun aku nak buat balik, tak puas hati langsung. sem ni aku kena berjuang bermati-matian sebab pointer aku lerr...

berkenan betul aku dekat teddy bear yang jual di Student Mall, aku berangan nak bantal couple, tak pun Mr Teddy Bear yang BESAR!!

Q : siapa nak bagi saya Mr Teddy Bear BESAR, angkat tangan!!

Sunday, February 14, 2010

Apa yang sudah terjadi...

macam-macam perkara berlaku...malas nak cerita panjang-panjang, kita tengok gambar sajalah...

Yang ni masa pergi main bowling dekat Plaza Alam Sentral, Shah Alam...


Menunjukkan kehandalan bermain bowling... =)

hai...


ni kawan saya: Farhah, mukan bangga dapat strike! first time main bowling.


senarai markah selepas first game, aku yang atas sekali, 107pin!


muka bangga!



lepas main bowling, kitaorang pergi makan kat Noodle Station, SACC Mall~~


nyum3...


ann and farhah...


hai...


hello friends!


dari kanan: yan, naufal, farhah, ann...




kalau nak main bowling lagi, beritahulah okay....


jumpa lagi,
xo xo

a lot of things happen....

memang pun...life is changing~

new things, new stuff, new boyfie (hehe), new experiences...

da masuk semester ke empat aku di UiTM Malaysia, aku ada setahun lagi nak habiskan pengajian...walaupun semester ini tidaklah sesibuk mana pun, satu kelas saja yang mula pukul 8.30pagi yang lain mula pukul 10.30pagi, sangat seronok!

ijazah nanti nak sambung kat mana ya? masih kekal di Printing atau ambil pengajian sosial sains, hurmm...kenapa saya pilih jurusan itu??

1- belajar tentang perkara baru yang aku sendiri tak pernah tahu. contohnya, fasal melayu. melayu tidak meliputi di Malaysia, Brunei dan Indonesia sahaja tapi ia merangkumi di Madagascar, Capetown.

2- sedikit sebanyak belajar tentang sejarah.

3- nak jadi macam pensyarah aku, Pn. Jahani. dapat ajar pengajian liberal pun okey juga tu... =)

4- dapat meningkatkan penggunaan bahasa melayu yang tinggi, dalam kelas komunikasi kena puji sebab faham bahasa tinggi-tinggi, maklumlah~sasterawan (hehehe =p)


take your time sayang, tapi jangan lama-lama sangat. nanti apa yang dikejar, terlepas, yang dikendong tercicir...

5- ahaks, cant run away from my boyfie. biarlah dekat dihati, janganlah jauh dimata, eheks...gataii....=)

besarkan gambar kat header tu, hahahaha...itu namanya "INTERFRAME"...me and my boyfie. nanti aku masukkan gambar family aku pula, adik-adikku yang kiut lagi miut~



sempena cuti tahun baru cina ni, aku tengok cerita drama bersiri Gossip Girl, memang best sangat!

" who am i"
" i am Gossip Girl"
" xo xo "
-petikan daripada drama bersiri Gossip Girl-

you all patut tengok cerita ini, sangat seronok! penuh dengan pengajaran~~



see you then, xo xo



welcome back~


Setelah lama aku tidak rajin menulis pada blog aku...
akhirnya, im back!
new life, new story, new commitment...
hahahaha, poyo giler statement...
maafla ye lame xmeng-edit blog ni....
hehehe...
piss3...