Saturday, August 25, 2012

Port Dikson.


assalamualaikum.

gambar matahari terbenam ni amek di PD, aku jalan-jalan kat pantai sambil menikmati pemandangan. cantik. gambar ni aku snap manual shot. aku datang PD sebab ada family trip. nais. tapi aku taknak update lagi. letih, sunburn, bantai makan. nantilah 2,3 hari aku update.hehehe.

p/s : aku pergi bercuti, adalaa orang tu sampai demam-demam. aku berjimba sakan. hehe.

til' then.









glitter-graphics.com

Saturday, August 18, 2012

kereta.

assalamualaikum...

siapa kat sini tak suka bawak kereta? naik kereta suka, bawak taknak.hahaha. meh nak habaq, lesen ai dah full. no more lesen P. aku suka naik kereta, boleh turunkan tingkap pastu letak muka kat luar sikit rasa angin, kalau annoying skit buka mulut, makan angin "OOOOOO", okay lepas tu bapak aku marah. naik kereta mesti nak duduk tepi tingkap, disebabkan aku kakak kan maka adik-adik haruslah mengalah, tak kire nak jugak. lagi satu aku suka naik kereta sebab senang, naik kereta tahu-tahu dah sampai.hahaha.

tapi ituuu semuaa duluuu. sekarang wa dah ada lesen kereta. kat rumah aku jadi full time driver bila cuti semester, haa time tu lah hantar pergi klinik, ambik kat sekolah, pergi beli barang dapur, hantar pergi kelas agama, ambik ustaz muda balik daripada sekolah asrama. aku rasa aku dah macam Ranjit dalam cerita How I Met Your Mother. *amek gaji best ni, kayo aku masa cuti sem.haha.

ehem, sejak dah berkereta ni (okay, kereta pak aku)  bulan puasa ni niat nak beli kereta canggih skit, nak mengangkut 5 askar 1 princess. ye, aku ada 5 adik lelaki yang aku prefer panggil dorang askar,coz they know where i hiding all the foods.damn.

sebagai seorang pelajar yang bercita-cita tinggi, ni kira macam wishlist aku lah, kereta impian wa nak pakai. (bulan ramadhan ni, aminnn), moga ada rezeki, hiks.





cukuplah 6 kereta. kot la ada rezeki aku pakai bmw terus kan..aminn, takpe berangan-angan dahuluu

Thursday, August 16, 2012

fesyen gaya rambut

assalamualaikum...


aku takdelah rajin sangat nak buat fesyen rambut, yang sedia maklum aku ni bertudung. aku sebenarnya jarang potong rambut kat saloon, aku suka potong rambut sendiri. kalau dah buruk sangat baru aku pergi saloon tapi aku paling tak suka, belek-belek fesyen rambut sampai aku sendiri tak tahu nak potong rambut gaya apa. banyak sangat, huhu. rambut aku cepat panjang, macam tahun lepas aku potong rambut bulan september, sekarang bulan ogos rambut aku dah panjang macam rambut tahun lepas. 


masa diploma dulu, aku mintak kawan aku tolong potongkan rambut. aku korbankan rambut panjang aku, masa tu aku potong gaya bob siap ada bangs lagi. ni kali ke dua aku rambut pendek, first aku rambut pendek aku potong sendiri. nak gaya macam rihanna la kononkan. hahaha, senget-benget rambut aku time tu. tak dah potong sendiri, aku tunggu panjang sikit baru potong kat kedai.
contoh rambut gaya bob & bangs yang aku pernah cuba.

pernah sekali tu, telinga aku naik gatal-gatal, kebetulan pula rambut aku panjang masa tu. mak aku keluarkan arahan suruh aku potong rambut bagi aku tak rimas bila sapu ubat, aku pun pergilah. masa tu tengah aku suka tengok american next top model. aku nak potong rambut macam ni,
haha, masa tu nilah rambut idaman aku. masa jalan kaki aku siap berangan tapi bila sampai saloon, aku suh auntie cina tu potong rambut gaya lain. balik tu mak aku bising, sebab kat rumah aku nak potong rambut macam ni. lain aku nak, lain aku pergi potong. gaya rambut mohawk ni terkubur, sampai sekarang tak terniat nak cuba. kalau aku potong gaya rambut macam ni, tak tau la muka aku macam mana.


gaya rambut pendek aku suka gaya simple, tak serabut yang penting ada bangs. bagi aku cute kot, ada setengah orang tak suka ada bangs. ni antara gaya rambut pendek aku suka, kalau aku nak potong rambut pendek or medium, ni antara gaya aku pilih dan mungkin aku akan potong.hahaha.

 

kalau suka gaya fringe, bole la try buat macam ni :
 

 


tapi kalau aku nak potong rambut, mestilah nak haircuts sama macam Queen Bee, Blair Waldrof macam dalam cerita Gossip Girl.hehehe.

 
cute.

crush.

maigaddd...I'm totally crushing on him!


Saturday, August 4, 2012

keputusan peperiksaan semester UiTM




assalamualaikum.

terima kasih. 
syukur ke hadrat ilahi.
moga usaha akan berterusan.

biar ribut badai melanda.
takpe,
kolam renang uitm senantiasa menanti kedatangan.

terima kasih.
ibu bapaku.
yang selalu mendengar tangisan.luahan.
bukan penyesalan tapi mencari solusi.
yang selalu mendoakan kejayaanku siang dan malam.

terima kasih.
kalam Allah.
surah alwaqiah. addukhan. yassin.
menemani air mataku mengalir.
biar lelah, biar payah.
kalam-MU tetap ku baca dalam rintihan.
ini adalah rezeki ramadhan.

terima kasih.
pensyarah.
ilmu kalian tak terbalas.
moga Allah membalas jasa kalian semua.

terima kasih.
teman seperjuangan.
yang menemani belajar.
yang memahami.
yang sentiasa disisi.
berkongsi ilmu.

terima kasih pada dugaan.
kau juangkan aku.
biarlah orang tidak memahami keadaanku.
rambut sama hitam tapi dugaan lain-lain.

terima kasih.
pada dia.
walaupun berlainan.
tahniah.
anda telah sempurnakan pengajian.
tinggal saya masih berjuang dengan kertas ilmu.
kita jumpa di konvokesyen awak nanti.

terima kasih.