Wednesday, August 31, 2011

Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA.

ASSALAMUALAIKUM...

HARI ini 1 syawal.
setelah sebulan berpuasa.
rindu pulak nak berpuasa.
insyaallah kalau dimurahkan rezeki, 
bole berjumpa lagi di ramadhan akan datang.

bytheway,
kat facebook memang aku takde nak tag sape-sape wish raya.
sms pun kalau aku rajin aku balas.
itu bukan bermaksud apa-apa,
sebab aku gigih siapkan kad raya.
mana yang sempat aku pos.

yang dekat-dekat,
hand-by-hand.

apa pun.
selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir dan batin.
kalau ada salah silap.
tersinggung apa yang aku tulis dalam blog.
kepada stalker,
mekasih sebab viewing me.
kepada blogger yang singgah.
selamat hari raya.

ni kad raya.
terima kasih sebab ni assignment masa belajar diploma.
kena buat cetakan kad raya.



p.s :
siapa yg daftar masuk uitm 4hb ni, selamat maju jaya!
aku daftar 11hb. hoho.

Monday, August 29, 2011

skin colour. black VS white.

assalamualaikum.


aku ada 2 entri aku nak update tapi selalu aku update mende lain.huhu.kesian korang,aku nak cerita pasal konvensyen ekonomi yang aku pergi tapi contest GA aku pergi update.hahaha.tapi takpe,aku menang maka aku update kemudian ye sebab sekarang ni aku nak cerita mende lain.


aku nak share dengan korang pasal something yang selalu jadi kat aku bila aku pergi pasaraya dengan farmasi, takdelah selalu tapi bolehla...


#scene 1#


kat pasaraya lain.
tengah belek-belek...


" dik, you cari pencuci muka? try la ni ******, bagus dik untuk kulit adik yang HITAM. yang ni bagus untuk bagi kulit adik putih melepak"


aku ? " errr.... "


farmasi.


" dik. taknak try pencuci muka ni? kulit adik ni GELAP SANGATLAH. "


aku ? " ..... "





tadi masa pergi pasaraya, tibe-tibe adala pulak sorang promoter tu datang, "dikk, you guna pencuci muka ni? you taknak cuba yang ini? kulit adik ni HITAM la.ni tengok kulit mati, kena buang dik. you try la yang ini, bagi putih kulit you"


aku ? " errr..."



bukan aku tak hargai keprihatinan promoter ni.
aku tahu dia dibayar gaji.komisen mungkin.
tapi.


dahlah paksa-paksa suruh aku beli jenama yang dia bagi kat aku,pastu ikut suka dia je amek pencuci muka yang aku guna tu pergi letak balik kat tempat pencuci muka tu.desak aku beli yang dia punya.


mana aku tak begang.promoter tu memang la putih sebab kulit ko putih.
aku ni melayu asli.kulit sawo matang.
boleh faham?


bukan sekali dua kena gini dengan promoter.aku tak salahkan kerja kau.


yang rosak nanti kulit aku, bukan kulit ko.
kulit aku dahlah sensitif.
poket aku pun sensitif jugak.
stop labelling your customer HITAM.


aku bangga dengan warna kulit aku.




so?


salah ke aku berkulit asia?
bersyukur dengan apa yang ALLAH swt bagi.



Tuesday, August 23, 2011

KAD RAYA GIVE AWAY AWESOME HANDSOME FROM NEW ZEALAND!!!


 assalamualaikum....

hai hai...sori lama dah tak berblog, fuh fuh fuh berabuk sket..meh meh lap.hihi.minggu lepas aku ada konvensyen ekonomi, ala yang  PM Malaysia datang kat uitm tu. okeh stori ni aku cerita, aku nak bergebang tentang contest! daripada kampung halaman aku, New Zealand!

# NEW ZEALAND EID CARDS GIVE-AWAY
CONTEST #
 
pewwit...pewwit...
kalau anta kad raya tu, antakan sekali angin sana...
 
New Zealand beb!
MySpace


okeyh...bismillah *mintak-mintak menang*

abang hensem lagi macho daripada NZ nak bagi kad raya taw, dari NZ. sape tak nak weyhhh....kampung halaman aku tu, Wellington, New Zealand.okeyh, abang *meh panggil dia abang* nieh student malaysia, nama blog dia *klik sini* adriad, dia nak buat amal jariah dengan nak bagi kad raya yang ditempah khas.baikkan dia.
 
nak tengok kad raya NZ?
 MySpace
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

*drumroll*
taaaraaaa.......
*sila abaikan harga*
*abang welly ni lupa nak buang harga*

dimaklumkan,
kad ini FREEEEE!
dan
LIMITED EDITION.
*sila teruja seperti shaye*
 MySpace
 
okey aku teruja sebab ada orang nak bagi kad raya daripada kampung halaman, aku dah lama tak balik sana. tak sangka pulak ada insan yang baik hati lagi cambest nak bagi kad raya daripada sana. sobs sobs. 
 
 
 contest ni abes 25.ogos.2011.huu.
 
 
 MySpace 
*pick me! pick me! pick me!* 



Monday, August 15, 2011

ADOBE PHOTOSHOP

assalamualaikum...

lepas aku balik daripada daki gunung ledang, aku suka betul belek-belek gambar yang dorang ambik masa kat sana.time tu nak gelak sorang-sorang,huhu. tengah belek-belek gambar tu, aku rasa macam nak editlah gambar, aku ambiklah beberapa gambar yang best-best try edit kat photoshop.manalah tahu lagi chantekk gambar tu kan,hahahaha.

masa kat kampus, kalau edit gambar kat photoshop memang kerja paling aku tak suka sebab kene concentrate editing, nak bagi efek yang cambest. aku pernah menjerit sebab edit gambar tak jadi,adehh. kalau bagi adobe illustrator aku tahan lagi, kalau nak edit gambar untuk kerja major untuk final year diploma show aku yang tak sabar jadi sabar.cuti kali ni aku takde kerja sangat, mood rajin pulak datang, aku pun bukak adobe photoshop dan startlah kerja-kerja editing gambar.

kerja edit gambar ni takdela susah sangat tapi ia mencabar.mula-mula tensen la jugak edit gambar ni, tapi bila gambar tu dah siap edit nampak cantikla pulak buat rasa, nak edit lagilah...maka, janganlah putus asa =')

nak tengok tak sampel-sampel gambar ledang aku edit. ni just beberapa contoh aje, just nak share dengan korang semua betapa bestnya adobe photoshop ni.hihihi.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
..
.
.
.
COLOURS OF LEDANG.

sample #1

sample #2

sample #3

sample #4

sample #5
yang ni agak memcabar nak edit.

p.s :
usaha tangga kejayaan kan?

p.p.s :
kalau aku rajin aku buat tutorial =')

Sunday, August 14, 2011

CUPCAKE. CHOCLATE MOIST.

LAPORAN KHAS HARI INI :
MySpace


proses membuat cupcakes chocolate.
superyummy.
MySpace

terliur tak?
MySpace

comel tak saya =')

yummy~
MySpace


okay sila terliur sekarang =')
MySpace


nak order?
search Nurbaya Latif (facebook).

servis :
catering. kuih raya. hamper.



MySpace

p.s
aku kenyang sekarang.

Saturday, August 13, 2011

MENU BERBUKA PUASA.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

megi goreng superb.

megi goreng untuk moreh.

sandwich telur yang jadi signature makcik aku.

proses kejadian sandwich telur superb.

untuk moreh.

yum..yum..

*menyelit*
ayam percik masa berbuka puasa.
sekali lagi. superb.
masak sendiri ni beb.

jangan lupa taw pergi tarawihh...
=')


sekian.
live from Gombak.

Wednesday, August 10, 2011

wordless wednesday #2


terima kasih.
atas semua pengalaman.

Monday, August 8, 2011

PUASA DI PERANTAUAN.

assalamualaikum.


alhamdulillah hari ni hari ke-8 kita semua berpuasa =) & yang buat aku rasa best sebab puasa kali ni aku puasa kat rumah~ 3 tahun kot aku tak dapat nak puasa kat rumah, nikmat puasa kat rumah tak sama macam puasa kat perantauan. aku merantau ke? merantau a, aku kan sambung belajar kat shah alam. 3 tahun aku merasa puasa kat shah alam.


first time puasa kat shah alam,masa tu mula-mula masuk uitm.pehh, dahlah first time dok jauh sikit daripada rumah.kalau kat rumah,aku memang tak layan pergi bazaar-bazaar ni sebab kat rumah ada orang masak superb. kat uitm, aku dengan roommate kadang-kadang tak tido, berjaga sampai sahur, pastu pukul 2 pagi kami turun pergi dewan makan, tengok lauk apa ada. mostly ayam. masa tu aku tak pandai gi makan kat kedai, makan aku kat dewan makan aje, nak gi bazaar pun boleh kira dengan jari. innocent betui.


masa semester satu dulu,tiap-tiap hari rabu petang adalah hari "senyap". sebab pukul 4.45petang harus bangun, bersiap takde keluar bunyi dan pergi....berkawad.masa tu sepatah perkataan pun tak sebut,puasa pun kena berkawad tau tak.aduhh,sabar ajelah kawad time bulan puasa.penah sekali tu,komanden lepaskan kami pukul 7malam. 7 malam weyh! nak bukak puasa macam mana? pukul 6 petang makanan kat dewan dah abes,tinggal kuah aje.adooi, naik bas rapid sampai kolej tepat-tepat azan maghrib.penyelesaian, beli air kat koperasi balik mandi pergi makan kat seksyen 2. member aku, yen dengan ament dah berlari pergi dataran cendikia,beli air.dorang buka puasa dalam bas,minum air soya.sadis.


kalau pergi bazaar,aku pergi kat seksyen 2,sebelah kolej meranti.kalau pergi dengan yan,menu wajib dia ayam percik. kalau pergi dengan aida,menu wajib dia nasik lemak ayam kukus & kuih tepung pelita. aku? ikut tekak nak makan apa,air tebu memang wajib ='). sem 3 & 5 bazaar seksyen 2 memang wajib aku pergi. ni dok rumah, rindu pulak kat bazaar seksyen 2. bukak puasa ramai-ramai, dengan classmate.oye,dengan SUA-mate.


nak solat terawih syahdu, jom pergi terawih kat Pusat Islam. cantik oo pusat islam sekarang, tenang aje hati. kalau agak-agak assignment melambak, aku pergi terawih kat surau kolej aje..ada 1 malam tu, aku dengan paah pergi terawih, tunggu le imam student lelaki daripada kolej perindu. tunggu punya tunggu akde pulak imam datang malam tu, aku dengan dia solat isyak terus. masa nak keluar surau tu, ada sorang akak ni tegur. imam ada ke? aku cakap takde.nape kak? akak tu jawab,"takdelah.tanya aje sebab nak bagi nasik dengan lauk ni". dalam hati,lah..ingat nak gitaw imam cuti malam ni.aku pun senyum,"okeylah kak.saya hold yang lain". aku tarik paah, bagitaw ada orang nak kasi moreh.aku  gitaw yang lain, jangan balik dulu, moreh ada. beberapa orang akak datang,bagi nasik & ayam masak merah. ada event apa ntah, aku cakap kat paah,"paah, malam ni terawih takde. moreh ada" =')


kenangan buka puasa,dalam bilik masa tu sem 5.bilik aku tingkat 5,last level.dahlah blok 2 jaaauhhh.ok, masa buka puasa tu,kadang-kadang tak cam mana satu arah azan.kadang-kadang tu tak dengar langsung azan, sudahnya tengok hari ni buka pukul bape, tengok jam..ohh,dah boleh bukak.jom makan.


bila dah puasa, mesti orang dok sibuk-sibuk cari tiket nak balik kampung kan? dialog ni memang selalu yan kena tiap puasa dekat-dekat nak raya.

paah : weyh n, yan nak beli tiket dah.
aku : haa? yeke.belilah.
paah : yan nak balik kampung dah, tiket kita macam mana?
aku : balik la jugak. awat?
paah : takdelah.nanti TIKET BAS RAPID abes,macam mana kita nak balik...
yan : AKU DENGAR PAAH!!
aku & paah : (gelak guling-guling sambil kena hempuk bantal dengan yan)


yan dia orang kuantan, paah dengan aku jauh sikit dari yan, kami orang selangor.hahahaha..balik rumah naik bas rapidKL aje...hahaha...


tulah antara kenangan merantau puasa kat uitm shah alam.banyak lagi kenangan,cramp tangan aku nak menaip. tak kiralah puasa kat celah mana pun, pengalaman puasa tempat orang memang best.


sekian, selamat berpuasa daripada specky.

POTLUCK HUJAN

ASSALAMUALAIKUM.

SALAM RAMADHAN KAWAN-KAWAN BLOGGERS,STALKERS,ONLINERS,GPMS UITM,BFF; semua-semualah. walaupun aku lambat wish ramadhan tapi nak wish jugak. selamat berpuasa, jangan puasa yok-yok pagi-pagi bukak periuk =)


4 ogos hari tu aku pergi shah alam, armada buat potluck tapi sebenarnya ada meeting untuk kem tapi lebih pada makanan. kalau susun carta,aku rasa meeting tu jatuh no 3 atau 4. hahahaha. aku gerak gi shah alam dengan my new armada sisters,tokie. kitaorang gerak dengan lukman, pastu gi amek qistina kat subang jaya then welcome to shah alam~~

semalam supporters memang ramai. meeting punya meeting tapi aku tade untuk melobi ke water rafting sebab aku ditugaskan ke bazaar ramadhan sebab ada yang datang tak bawak makanan, lukman bagi kunci kete aku kenalah drive dalam ujan gerimis. kete kancil MANUAL beb. aku dahlah tak pro MANUAL, jalan SHAH ALAM pulakk tuu. kental punya kental, aku redah jelah.

bila mind setting kata susah, maka susahlah mende tu kan kan kan. aku drive kete lukman, hmm..takde lah susah mana pun bawak kete MANUAL asalkan kau confident. nak cari parking nak gi bazaar kat belakang pkns,berpusing-pusing aku. last-last aku park kete jauh,balik bazaar senget-senget aku bawak barang. ok dah pukul 7 lebih, meh balik...

aku sampai padang mbsa, tengok ramai dah yang datang. yang seronok tu, abang-abang,kakak-kakak era sebelum kami pun sudi datang. banyak yang dah keje, sempat lagi luangkan masa berbuka dengan kami. gazi dengan kechik sanggup skip keje datang buka puasa kejap dengan kami. terharu sehh...rezeki lebih sebab ada orang bagi makanan lagi. bila dah buka puasa, sesi suap menyuap, pass-pass makanan. walaupun time tu hujan renyai-renyai...

dah siap solat maghrib. sambung makan dengan meeting sket, pastu solat isyak berjemaah. aku,lukman,qistina & tokie dah siap-siap nak balik. badan dah lembik kot, aku drive anta eta, singgah rumah sewa tokie hantar barang. rehat jap, pastu pergi makan kat khulafa. lagipun man, kechik & gazi ada kat sana. first time aku tengok aiskrim goreng, si tokie, qistina dengan lukman order..pastuu kan, dah makan-makan, siap nak balik tu. meja kitaorang dekat dengan tangga taw, adala one of us yang bangun dan tak sedar yang kerusi tu terjatuh tergolek-golek kat tangga. 1 kedai pandang kami. aku dah sengih-sengih, tak sedar kot...adehh. kenangan-kenangan...