Thursday, June 28, 2012

blog makanan.

assalamualaikum.


nom nom nom...


semester ni aku ada ambil subjek instructional communication, subjek ni belajar macam mana nak buat komunikasi interaktif, ala macam belajar ikut cd masa kat sekolah duluuu...tapi group aku decide nak buat website, topik utama kami pasal makananlah~


fokus website ni untuk memperkenalkan makanan tradisional malaysia, kitaorang pilih negeri Kelantan dan Negeri Sembilan. sambil-sambil kongsi resepi, cara nak buat dan fakta tentang makanan, ada video lagi tau nak masak makanan ni. yang Kelantan, kitaorang pilih ikan singgang, Negeri Sembilan pulak masak lemak cili padi, pehhh...masa present hari tu terliur aku, rasa macam nak balik mintak mak masak.


di sebabkan website masih 'underconstruction' kitaorang guna blogspot.com, kira macam ada dua laman-lah.  aku ada bincang dengan group mate untuk 'maintain' kan blog makanan ni, sebabnya...kitaorang ni suka makan tapi tak berapa terar masak macam budak kulinari, so kitaorang ni nak share simple recipe. blog makanan ni di handle oleh 5 orang, resepi yang masuk salah sorang dari kami yang masukkan. sharing is caring gittew.





buat masa ni belog ni masih fokus kepada menu ikan singgang dan masak lemak cili padi, kitaorang akan 'renovate' semula mungkin dalam cuti sem. insya-allah.


kawan dan makanan.

assalamualaikum...

Hai!

beberapa hari yang lepas, aku lepak dengan kawan-kawan. lama sangat tak jumpa, kampus sama fakulti lain-lain dan aktiviti pun lain-lain. ahaks! aku kan selalu missing in action, tak ke PTAR 4 kompem balik rumah sewa. di sebabkan kawan-kawan bising, dah laamaa sangat tak lepak sama, jadi kitaorang plan nak jumpa kat kedai mamak seksyen 7. yey! dekat dengan rumah, berlenggang kangkung aje ke sana.

jom layan gambar.

lokasi : restoran ihsana.
deskription : saya dan makanan, eh kawan-kawan.

i told ya. food lover.

eta and the boys.


gegau.

girls makan. ai tengok tibi.

aslam. teruja.

p.s :
naik bukit tabur next time lagi, please?
nak jugak naikk...


Sunday, June 24, 2012

ding dong.







tik tok.tik tok.


sedar tak sedar, dah final semester.
ralit dengan buku, tugasan, bercinta dengan library,
makin dekat dengan paper final exam.


ramadhan pun dah dekat.
yang penting.
cuti semester pun dah dekat.
peluk rak buku kat rumah, tak betah aku takde buku.
bagai *separuh jiwaku pergi*


nak melantak makan kat rumah, bohsan weii makan kedai!
walaupun aku masak la jugak kat rumah sewa tu.
tapi mana sama dengan masakan air tangan emak.


nak balik cepat. sebab?


nak makan mak masak.
nak beli buku banyak-banyak.


Tuesday, June 12, 2012

graphic design class.

assalamualaikum...

hari ini hari selasa, aku bahagia sangat bila hari selasa sebab kelas aku pukul 6.30 petang sampai 9.00 malam, kelas kegemaran aku kan, maka, aku rela datang kelas awal ni...nak tahu aku datang pukul berapa? pukul 2 atau pukul 3 aku dah duduk diam-diam dalam library siapkan kerja mana yang patut.

malam ni belajar pasal adobe illustrator, sambil-sambil tolong madam aku join gak.hehe.saje menambahkan ilmu.hehe. try tengok apa aku buat..hoho


nice kan?



glitter-graphics.com