Saturday, February 26, 2011

blues weekdays.

assalamualaikum...

hai peeps. maaf, aku sibuk sangat minggu ni. sampai game baking life kt Fb diganti dengan Angry bird versi PC. eh eh silap. aku taknak mention aku bunuh vavi guna burung kat game tu. eh terkantoi. ok ok. minggu ni aku sibuk sangat, dengan memegang title "pelajar tahun akhir" aku dengan budak kelas aku sibuk uruskan final projek kami.

blues monday aku didatangi dengan kerja-kerja menyiapkan muka depan majalah. peh pehh pehh, naik pinar aku dok mengadap pc Macintosh kat studio unit percetakan. pulak nak tunggu turn output filem. memang aku layan drama ghost whisperer lah dulu kan. tak larat nak tunggu. nak tunggu lama kot.

hari selasa tak bley blah lecturer masuk-masuk moody semacam. aku diamkan aje, janji test aku leh jawab. sekali peehh, soalan esei aku kantoi. what is Quality Control & Quality Assurance, siap kena bagi different lagi. aku dah macam nak hantok kepala kat dinding. apsal aku baca yang QC, QA macam hangat-hangat bunga taik ayam. dem.

rabu aku takde kelas. maka, berjalanlah tugas aku sebagai surirumah tak bertauliah di bilik asrama. dengan meja stadi aku sental. bagus ndak? petang tu semangat betul nak pergi cetak paper bag.dah sampai unit percetakan, makan big apple versi alien siap main suap-suap ^^,
omaigod. mesin cetak speedmaster 74, ada yang rosak sket. langsung aku melangkah balik bilik takgagah perkasa macam aku jalan kaki datang tadi. heh.

akhirnya dapat jugak jalan mesin cetak hari khamis.


aku berlatarbelakangkan mesin cetak SM 74. nak taw? taip google search, taip " speedmaster 74" korang tengoklah sendiri betapa besarnya mesin cetak ni.

dimesin cetak speedmaster 74.ni dah siap jalan mesin. :)

kene cuci tank ink.

eh sempat lagi posing ^^,

hebat tak aku pasang?
benda yang aku pegang itu adalah plate. yakni image carrier bila nak mencetak sesuatu image. plate ni aku pasang pada tower ink K = mewakili warna blacK.


mesin cetak SM 74 jenama Heidelberg ni ada 4 tower, mewakili warna Cyan (C), Magenta (M), Yellow (Y) dan K (blacK)

mesin cetak SM 74 4 warna.


untuk yang tak tahu lagi,saya sedang menghabiskan tahun akhir di UiTM dalam bidang seni lukis, Teknologi Percetakan. lepas ni aku akan rajin meletak gambar aku bersama mesin cetak sebab tak ramai yang tahu tentang bidang percetakan ini.

bidang percetakan ini adalah punca ekonomi yang ke-lima terbesar di Malaysia. percetakan juga sinonim dengan percetakan surat khabar.buku teks. duit. passport. buku tulis & sebagainya. walaupun bidang ni taklah sepopular engineering, doktor, peguam. tapi aku tahu, bidang ni yang mencipta $$$. tak kisahlah, janji ilmu tu penting. kan kan kan.



art makes you creative.


p/s :
next entri lah aku tulis panjang-panjang pasal percetakan. :)



Wednesday, February 16, 2011

silent hill.



I know I made a mistake.

but I choose,

I just want to keep silent,

just for awhile.

because silent just for awhile is the better way.

to think.

how to solve it.

Friday, February 11, 2011

khas untuk kamu. ya,kamu.


assalamualaikum...

hai peeps semua. hari ni kita nak tayang-tayang boyfren kita.kita jarang tulis entri pasal encik winky sebab kita malu * blushing*.hee.

aku kenal dak ni taklah lama sangat.taklah kejap lagi.sedang-sedang gitu tapi dalam proses kenal hati budila.hahaha.skema betul ayat.hee. print screen ni masa aku di Thailand. maklumla, kawasan yang aku pergi tu LIMITED INTERNET. cyber cafe pun tak nampak sangat.heh. hilang arah aku tak berinternet.tapi yang best, bila aku online tiba-tiba ter-baca ada orang post gitu.waahh, cair hati aku...bukan senang nak tengok dia cenggitu.

comel je ayat.*bangga*.hahaha.aku suka ayat dia, "ha,degil lagi".comel je.ekceli aku memang degil pun.aku pun tak sangka aku akan kenal dia, kawan dengan dia.aku suka buat statement gini,"muka je ganas tapi caring".kompem aku dapat jeling manje tajam daripada dia.

salah satu sebab kenapa aku senang dengan dia sebab dia layan cara pemikiran aku yang kuat berangan ni.masa aku cerita kat dia yang aku jumpa seseorang.dia punya gelak terbahak-bahak, "lawak a kamu ni.excited giler.siap berangan tu tak tahan".best jugak dapat boipren suka layan imaginasi berangan aku.hee.

entri ni khas untuk awak.saya buat tanpa editing apa pun.walaupun macam-macam isu yang datang,insyaALLAH kalau jodoh kita kuat jom g kawin kat itali.-demand- haha.taklah, saya hanya minta supaya jodoh kita dipanjangkan.kita dua selamat menghabiskan baki pengajian.

awak.terima kasih.saya tak sangka awak pilih saya walaupun saya tahu awak ramai admires & kita dua tahu betapa stressnya kita dua bila macam-macam isu keluar ganggu kita dua.saya tak sangka saya buka pintu hati awak yang tertutup rapat tu.*kembang kucup paru-paru I* saya suka panggil awak annoying tapi awak memang annoying pun :') teehee.

terima kasih jugak sebab susah-susah datang dari rumah ke kolej saya sebab nak hantar saya pergi klinik masa saya allergy teruk hari tu.terharu sangat walaupun saya nampak awak panik sebab tangan, muka saya penuh dengan tompok-tompok gatal warna merah macam nak keluar darah.

awak.awak risau bila saya sms bagitau tapak kaki saya luka terbelah sikit sebab terkena teritip kat pulau pangkor.berjela-jela sms awak bagi suruh saya hati-hati.kembang hati saya time tu walaupun tengah sakit terus rasa tak sakit.balik dari sana,awak pesan jangan skip cuci luka kat klinik uitm.

awak.saya seronok ada awak sebab saya tak menyesal ada awak.sebab awak special.*sila belanje makan* hahaha.you rock bebeh...awesome!




he's already taken by me. hihi.


MySpace


thanks peeps/stalker/blogger for reading my love entry.




p/s :
encik winky sila siapkan design steel. okeh.

Wednesday, February 9, 2011

terapi air.

assalamualaikum...





berenang adalah terapi yang terbaik untuk stress.


Tuesday, February 8, 2011

8.2.2011

assalamualaikum.



gambar hiasan

test is cancel.

gambar hiasan

my favret heels tercabut tapak.



sedih ouh.

Sunday, February 6, 2011

cuti sekolah.

assalamulaikum...

hai peeps.apa khabar?
aku sihat.aku harap korang semua sihat sejahtera.ahoy~
okeh.sila jangan merepek lagi.
sebab saya sedih ahad 6.2.2011 dah kena balik kampus.
ouch~
9hari duduk rumah memang tak terasa.
9hari eh.

takpe.
facing my last final year.lepas tu aku nak taram cuti 4bulan.
kementerian pelajaran tinggi kan dah umumkan yang semester baru akan dibuka pada bulan SEPTEMBER.
so.dont be jealous.sebab aku akan bercuti selama 4BULAN.
sebelum ni aku cuti 2bulan lebih je.

hari ahad.balik dengan senyuman palsu.


Saturday, February 5, 2011

URL BARU!!

assalamualaikum...


hai semua,
kawan-kawan.follower/blogger.stalker.semua.

hari ni saya dengan rasminya menukar url blog saya.

kepada :

http://gadiscerminmatabiru.blogspot.com/

selamat menatap blog warna biru ni dengan harapan cik cermin mata ni rajin mengapdate blog.



sekian,
terima kasih.




notakaki: dah nak abes cuti,tak seronok.huu.

Thursday, February 3, 2011

pelajar Malaysia di Mesir.


RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

KOTA BHARU - Pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin (gambar), 21, bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup.

Semuanya kerana ibu kepada kenalannya mempunyai kad kredit dan dengan kemudahan kewangan itu, mereka berjaya membeli tiga tiket penerbangan pesawat Gulf Air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.30 pagi kelmarin.

Namun ada pesanan rakan-rakan pelajarnya di negara yang sedang bergolak itu menyebabkan dia tidak lena tidur.

"Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang dihadapi ramai orang di Mesir ialah semua urusniaga perbankantelah dihentikan.

sumber : KOSMO


p/s : semoga mereka di Mesir dapat balik semula ke Malaysia dengan selamat. kami di Malaysia doakan mereka semua ni selamat sampai ke Malaysia.

3words.

assalamualaikum...


love-11.jpg (401×273)


"Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi hanya satu sahaja yang menjadi igauan oleh peminatnya."

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun orang yang kita cintai itu ! itu adalah peraturan cinta!

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tidak lupakan dia, dia tidak lupakan kita. Di tangan dia ada kunci. Dan kita ada pilihan sama ada mahu mendapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa Allah yang mengaturkan segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita ketemu orang lain yang lebih baik untuk kita dan memberikan yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadang kala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang kadang tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya tuhan hendak memberi kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan kita tidak sedar apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu?

Dan benarlah kata orang cinta itu buta. Cinta tidak perlu cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk meneranginya."

bak kata abang ashraf disini.


cinta.

ia terlalu subjektif untuk ditafsirkan. kalau tanya 10 orang, 10 orang itu beri jawapan yang berbeza, paling kurang pun 2,3 orang yang sama. seorang pun makhluk Allah swt atas muka bumi ni tak pernah terlepas daripada jatuh cinta.

Tuesday, February 1, 2011

life.hidup.

assalamualaikum...





MySpace