
"Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi hanya satu sahaja yang menjadi igauan oleh peminatnya."
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun orang yang kita cintai itu ! itu adalah peraturan cinta!
Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tidak lupakan dia, dia tidak lupakan kita. Di tangan dia ada kunci. Dan kita ada pilihan sama ada mahu mendapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa Allah yang mengaturkan segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita ketemu orang lain yang lebih baik untuk kita dan memberikan yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.
Dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadang kala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.
Kadang kadang tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya tuhan hendak memberi kita pelangi.
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan kita tidak sedar apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Benarkah bahawa percintaan itu indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu?

Dan benarlah kata orang cinta itu buta. Cinta tidak perlu cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk meneranginya."
bak kata abang ashraf disini.

5 comments:
suka2 :)
Waa. Mmg jiwa la. Hahah.
jiwa apa?hee...
ntah.
lupa plak.
tibe2.
hahak.
dia ni mmg, selalu lupa..hakhakhak
Post a Comment