assalamualaikum...
Hari ini aku nak cerita pasal secret admire. Semua orang ada secret admire kan? Dalam diam-diam, kita ada minat dengan seseorang. Macam aku, kat tempat aku belajar ni aku ada minatlah dengan seseorang. Sebab yang membuatkan aku minat dia, cara dia senyum, cara dia bercakap, cara dia gelak. Aku suka sangat tengok. Nama pun secret admire, minat dalam diam je. Dia siapa, aku siapa... ( eleh, ayat nak kesian aje). Aku baru aja kenal dengan si dia ni, walaupun kadang-kadang si dia ni menyakitkan hati aku tapi inilah yang merapatkan aku dengan si dia. Lagipun si dia ni kiut. Kelakarkan cakap si dia ni kiut, yalah bagi sesetengah kiut tu untuk perempuan. Okeylah, kita gunakan perkataan kacak, dia kacaklah...(kacak ke...). Kacaklah juga, walaupun tak sekacak Awal Ashaari tapi bagiku dia kacak, tettt... Aku taklah harap sangat untuk menjadi girlfriend dia tapi kalau dia pun ada 'perasaan', apa salahnya kan. Sebab, selain aku minat dia, ada lagi perempuan yang minat dia. Lebih daripada minat aku, macam kehidupanlah. kalau kita rasa kita cantik, ada orang lagi cantik dari kita. Kalau kita rasa kita dah cukup bagus, ada yang lagi cukup bagus daripada kita. Lagipun aku tak selalu ada dengan dia, walaupun aku tahu dia ada peminat perempuan selain daripada aku. Nak buat macam mana, dah ada orang minat dia. Takkan aku nak pergi serang perempuan yang minat dia dan mintak perempuan-perempuan itu; jangan minat, suka dan jatuh cinta dengan si dia. Hahahaha, nonsense! Aku taklah obses sangat, kalau obses lain jadinya. Silap hari bulan, ada potensi aku untuk masuk ke Hospital Sakit mental.
Tapi tak salahkan kalau aku jadikan si dia tu sebagai sumber inspirasi untuk aku berjaya dalam pelajaran =)
Friday, April 24, 2009
Sunday, April 19, 2009
BACK TO HOMETOWN...(pardon me?)
assalamualaikum...
okey, sekarang aku dah ada pun di kolej kediaman seroja dengan kegiatan yang macam biasa; wireless. Friendster aku tak boleh nak online, ada masalah-lah tu. Ah, tak kisahlah. Esok sudah bermulalah peperangan dengan kertas untuk mendapatkan markah yang sebagus yang mungkin. Memandangkan aku periksa 30/4; aku balik ke kolej kediaman awal sedikit daripada budak kelas aku yang lain. Dengan misi dan visi, nak belajar. Kat rumah tak boleh belajar, ada banyak sangat godaannya seperti kebisingan adik-adik aku, aroma mak aku masak, broadband internet, motor kat garaj dan dompet aku dan kad bank aku sendiri! Nanti nak berjalan saja kaki aku ni. Aku sempat singgah rumah makcik aku di Gombak, mahu dia masakkan mash potato dengan chicken chop. Sedap dia masak, aku suka. Lepas tu aku ikut hantar Nafiz ke asrama sekolah SMK Sg Pusu barulah makcik aku hantar aku ke Terminal Putra, aku nak balik UiTM Shah Alam.
Back to hometown? kejap jer pun, bukan lama sangat. Cuti semesta ni barulah aku balik ke hometown, lepak sana. 5/ julai dah kene masuk UiTM, masa tu aku sudah di semesta 3. Kejap yer, aku belajar kat sini dalam masa tiga tahun. Tak terasa pun bahang tiga tahun tu. Tapi kalau bahang asignment banyak, tu memang terasa. Tak tidur malam mengerjakan satu asignment, baru satu kerja je tu. Hometown, terpaksalah aku melupakanmu buat seketika sebab aku nak bertungkus lumus belajar sampai dapat Masters. Tapi bila cuti semesta, aku ingatlah kau~hometown.
sudahlah, aku mahu belajar. Final exam dah dekatlah...
p/s : selamat berjaya untuk pelajar semesta kedua, AD120~ Dip. Seni lukis dan Seni Reka ( Teknologi Percetakan).

Friday, April 10, 2009
Tidur di PTAR1??
Salam sejahtera...
Semalam aku lepak kat PTAR 1 a.k.a Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 yg terletak nunnn dipuncak bukit di Menara SAAS a.k.a Sultan Abdul Aziz Shah. Gara-gara nak menyiapkan kerja sanggup aku mendaki bukit semata-mata nak cari bahan di PTAR1. Masa aku tengah on-kan laptop kesayangan aku ni, aku ter-PERANJAT disebabkan bunyi pengumuman yang PTAR akan ditutup dan handphone aku berbunyi-mesej masuk. Walaupun hanya lambat berapa saat je tapi ia mampu membuat aku terjerit kecil (tak boleh besar-besar, kat perpustakaan kene senyap...shhh!!). Lepas tu sambung borak dengan member aku kat dataran depan tu, angin malam yang best walaupun tak berapa nak ada sangat. Aku online wireless kejap dekat Dewan Seminar/kuliah 1, dekat pukul 12lebih gitulah aku dengan Yan turun balik ke Kolej Kediaman Seroja. Terkesan jugalah aku tengok ada student study kat situ, yalah final exam kan dah dekat...kenalah besedia. Sabtu bersamaan 11 April2009 kawan aku ada buat pementasan teater untuk kokurikum mereka, ada 2 pementasan yang bertajuk ' Patung-patung ' dan 'Protes". Semoga berjayalah pementasan mereka tu...

Thursday, April 2, 2009
ASSESsMENT??
ASSALAMUALAIKUM...
Aku ada assessment!! Semalam la, ada assessment untuk subjek Basic Pre-press, wah dia punya assessment memang best!. Sorang satu komputer Apple, nanti pensyarah aku; En Wan suruh bukak Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan Adobe Indesign. Menjerit-jerit budak-budak kelas aku buat assessment. Kelakar betul, pengajian untuk semesta ini bagi aku pendek masanya. Oklah, kejap lagi kelas kuliah Printing History and Development, mungkin akan dapat keputusan test minggu lepas. harap dapat markah yg aku idamkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)