Monday, January 30, 2012

home-deko.

assalamualaikum...


walk in closet.


semua orang ada bilik impian masing-masing. same goes to me! aku verangan (berangan) nak buat bilik citarasa dan kesukaanku. disebabkan terpengaruh Carrie Bradshaw, aku simpan angan-angan nak ada walk in closet.


kenapa walk in closet? sebab aku senang nak cari barang. sebab aku selalu konpius mana aku letak, lagi satu aku malas nak cari. hihi. walk in closet nampak cantik, tersusun chantek. hahaha. macam mana walk in closet ni? meh kita tengok apa laa walk in closet ni...


waa..kasut banyaknya~

kalau laa bakal suami aku hadiahkan ni, memang aku gembira sangatlah~ *hikhik*


almari pelbagai fungsi. indah sungguh dapat walk in closet ni...


walk in closet from sex and the city.
*salah satu pilihan kalbu*


jugak daripada filem yang sama : sex and the city.


aku suka wardrobe macam ni sebab boleh simpan macam-macam, contohla aku ada beberapa beg cantik, kadang-kadang aku lupa mana aku letak, siapa yang pinjam,disebabkan aku ulang alik kajang-ampang-shah alam. dah besar sikit nanti (??) aku nak rumah ada walk in closet, baru best nak simpan barang-barang.hihi.

cantikkan walk in closet ni. takpe angan-angan dulu, nanti jadi kenyataan.
usaha tangga kejayaan deh.

Friday, January 27, 2012

Dr Halina isteri angkasawan Malaysia.

assalamualaikum...



siapa tak kenal Dr Halina? isteri kepada Mr. Angkasawan Malaysia Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor atau Dr SMS, she's sooo adorable. tiba-tiba rasa nak buat Dr Halina macam idola la pulak *okey, jom study buku medical* hikhik. sekarang ni Dr Halina dah ada blog, barelysupermommy.com. rajin la jugak aku lepak kat blog beliau.hihihi.


kbai. aku nak pergi buat craft.

Thursday, January 26, 2012

semester break.

assalamualaikum...


dah macam tora datang lagi.hahaha.well, semester break now for 6 weeks. baru berapa hari ekk dok rumah, hihi. kalau student overseas, apa aje aktiviti dorang selain daripada nak balik Malaysia, mengembara di negara jiran sebelah takpun dok umah men snow. eh, winter da abes kan? aktiviti aku semester break ni, aku dah plan macam-macam takdelah aku pandang dinding, dinding taknak pandang aku.hihi,


apa yang aku plan ek?
1. jahit baju kurung...check. kain dah start cari.
2. jahit beach bag...check.
3. sketch set pentas...check.
4. jumpa adik-adik sekolah negeri sembilan...check! tak sabar!
5. pergi kamal medical bookstore...on the way. dah lama nak jenguk medical bookstore, alhamdulillah cik nurse aida cerita pasal medical bookstore.
6. deko bilik. yey!


did I mention yang nanti aku nak reka set pentas untuk program Malaysian Book of Records (MBOR) insya-allah, idea masih takde lagi. dah ku kobek-kobek majalah lama-lama untuk cari idea, ventor dah ku jeling-jeling, haih, mencabar jugak ye. memang set designer's banyak betul idea dorang, kagum-kagum.


tema adalah seni islam, mesti la seni geometri kan. tema dah ada, konsep je takde. anyone? ada idea tak konsep nak buat macam mana? 





p/s : semalam jumpa kawan lama, dah berapa tahun terputus hubungan.
p.p.s : 
tadi pergi bangi, sementara tunggu ummi kat klinik hemopati, pergi makan kejap kat foodcourt, kagum tengok ada akak tudung labuh buka gerai jual air. first time aku tengok, kagum aku. bukan senang nak jumpa.
p.p.p.s :
aku tukar layout blog lagi.cantik tak? hihi


Monday, January 23, 2012

cuti datang lagi.

assalamualaikum...


AKHIRNYA~~~


habis juga peperiksaan, aku tempuh dengan tabah. hoi tiga kertas selama tiga hari (straight) Jumaat 13hb periksa pagi, sabtu alhamdulillah periksa petang dan ahad periksa kertas pagi. setelah sebelum-sebelum ni aku demam dan pitam, akhirnya habis juga peperiksaan dan habislah semester pertama sebagai pelajar masscomm,hahaha.


kali ni cuti semester 6 minggu, aku lepak rumah macam biasa. menjahit baju kurung, sekarang aku pergi kelas pakai baju kurung takpun kemeja. jarang pakai tshirt macam masa diploma dulu, menambah skill ekonomi rumah tangga (ahaks) yang penting jadi set designer's. I'm helping my friend's untuk me-reka set pentas sama dengan my little boss yang sekarang ni ada latihan palapes.mari kumpul material,hohoho.


rumah memang manis kan?


welcome home.



*semangat dapat balik rumah, padahal bukan jauh 98 marhalah pong*

p/s :
selamat bercuti untuk semua pelajar ijazah uitm.
selamat kembali ke UTP buat sayangku nini

Sunday, January 8, 2012

final exam, stress & selamat datang 2012

assalamualaikum...



tak terlambat lagi aku nak wish selamat tahun baru 2012. semoga aku dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang & kurangkan aktiviti membeli-belah dikala stress.*sorry mum*


semalam, aku stress sebab exam. 13hb sampai 15hb aku ada killer paper.  semalam, aku stress. sangat. aku sandar di dinding. aku tak tahu nak fikir apa. aku rasa pening. aku gi toilet dan aku pitam. en.winky suruh aku balik kolej, aku balik solat maghrib aku tukar buku teks. aku sambung belajar balik kat ruang belajar faculty engine.*degil, fikir kertas peperiksaan*


tengok, sampai pitam aku dibuatnya. tak elok sebenarnya stress ni. jadi, aku sediakan tips-tips nak elakkan stress belajar jangan sampai pitam. end up, malam tu aku shopping online kat The Lollipop House. huu. shopaholic never gone. =| (you can visit to this website, necklace sangat channtekk).


ok, hari ni den nak share tips yang korang boleh cuba untuk release stress belajar. ni aku selalu buat, mana tahu boleh tolong korang. sharing is caring kan =)  


1- pasang lagu.
ikut selera korang. nak pasang lagu nasyid ke. lagu jazz ke. ada orang yang suka pasang lagu sambil belajar, takdelah boring sangat kan? kalau taknak roommates terganggu, korang dengar lagu kat mp3, pastu miming macam koranglah penyanyi tu walhal tidak pun. dah kemaruk sangat, pergi karaoke. hahaha. dah puas memekak, sambung menelaah =). Youtube sekarang banyak lagu parody kan? hahaha, membantu tu nak hilangkan stress.


2- pasang ayat al-quran.
kalau aku stress, aku pasang ayat al-quran. sedikit sebanyak boleh hilangkan. dulu, aku selalu tertanya-tanya, kenapa abah suka pasang surah al-quran kat komputer, agak kuat kat rumah. tapi dia bukan apa pun, dok tengok skrin komputer takpun dok membaca. sekarang nih, baru aku tahu kenapa. kalau takde pape pun, aku still pasang. ia menenangkan. boleh ditambah dengan solat sunat, baca al-quran ( ni selalu ummi aku pesan bila aku merengek-rengek kat beliau)


3- baca buku atau komik.
kalau orak aku tak boleh nak menelan segala ayat-ayat buku, aku akan selongkar komik Ujang, Apo atau Gila-Gila bawah katil aku. cari sesuatu yang boleh buat korang ketawa. ketawa boleh buat korang hilangkan tekanan dan awet muda. bukan ke ketawa tu buat kulit lagi muda? kan? kan? =)


4- layan cerita lawak.
masa diploma dulu, kalau stress design. aku akan berhenti buat kerja, pasang cerita kelakar, yang lawak macam How I met your mother, House MD, Avatar the legend of Ang, Spontan. gelak gila-gila. sampai jatuh kerusi*kidding* sekarang banyak cerita lawakkan? 


5- take a walk.
berjalan-jalan diwaktu petang. hirup udara sambil mengusha(extra credit,haha). kalau malam, still take a walk kat kolej kediaman. renung-renung bulan & bintang mana tahu pujaan hati muncul disitu bagi bintang segedebuk. =)


6- senaman.
yang dah lama tak jogging, pergila jogging. buang segala toksik-toksik dalam badan, peluh-peluh skit. bagi stress hilang. swimming ke *miss swimming pool* bila dah penat, dah takde nak fikir dah. sambung menelaah balik dengan semangat yang jitu. yeaah!


7- telefon emak & ayah tersayang.
kadang-kadang aku taknak dorang risau, keadaan tak Ok, aku sanggup kata "I'm doing fine". kata-kata dorang macam angin semangat yang dihantar oleh Allah swt kepada anak-anaknya. pehh, semangat aku berblogging.eh tak.semangat aku nak belajar. talk to your parents, kadang-kadang kita serabut sampai tak boleh nak fikir, sebab tu ada ibu dan bapa. untuk menunjukkan jalan yang terang lagi diredhai. amiiiin. 


8- MAKAN!
 



*source : google*

Malaysia syurga makanan.
*ok, i'm craving*

jangan stress-stress masa periksa ya! nanti pitam. korang mesti taknakkan? 


selamat mengulangkaji & menduduki peperiksaan =)

Thursday, January 5, 2012

wordless WEDNESDAY