Sunday, January 8, 2012

final exam, stress & selamat datang 2012

assalamualaikum...



tak terlambat lagi aku nak wish selamat tahun baru 2012. semoga aku dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang & kurangkan aktiviti membeli-belah dikala stress.*sorry mum*


semalam, aku stress sebab exam. 13hb sampai 15hb aku ada killer paper.  semalam, aku stress. sangat. aku sandar di dinding. aku tak tahu nak fikir apa. aku rasa pening. aku gi toilet dan aku pitam. en.winky suruh aku balik kolej, aku balik solat maghrib aku tukar buku teks. aku sambung belajar balik kat ruang belajar faculty engine.*degil, fikir kertas peperiksaan*


tengok, sampai pitam aku dibuatnya. tak elok sebenarnya stress ni. jadi, aku sediakan tips-tips nak elakkan stress belajar jangan sampai pitam. end up, malam tu aku shopping online kat The Lollipop House. huu. shopaholic never gone. =| (you can visit to this website, necklace sangat channtekk).


ok, hari ni den nak share tips yang korang boleh cuba untuk release stress belajar. ni aku selalu buat, mana tahu boleh tolong korang. sharing is caring kan =)  


1- pasang lagu.
ikut selera korang. nak pasang lagu nasyid ke. lagu jazz ke. ada orang yang suka pasang lagu sambil belajar, takdelah boring sangat kan? kalau taknak roommates terganggu, korang dengar lagu kat mp3, pastu miming macam koranglah penyanyi tu walhal tidak pun. dah kemaruk sangat, pergi karaoke. hahaha. dah puas memekak, sambung menelaah =). Youtube sekarang banyak lagu parody kan? hahaha, membantu tu nak hilangkan stress.


2- pasang ayat al-quran.
kalau aku stress, aku pasang ayat al-quran. sedikit sebanyak boleh hilangkan. dulu, aku selalu tertanya-tanya, kenapa abah suka pasang surah al-quran kat komputer, agak kuat kat rumah. tapi dia bukan apa pun, dok tengok skrin komputer takpun dok membaca. sekarang nih, baru aku tahu kenapa. kalau takde pape pun, aku still pasang. ia menenangkan. boleh ditambah dengan solat sunat, baca al-quran ( ni selalu ummi aku pesan bila aku merengek-rengek kat beliau)


3- baca buku atau komik.
kalau orak aku tak boleh nak menelan segala ayat-ayat buku, aku akan selongkar komik Ujang, Apo atau Gila-Gila bawah katil aku. cari sesuatu yang boleh buat korang ketawa. ketawa boleh buat korang hilangkan tekanan dan awet muda. bukan ke ketawa tu buat kulit lagi muda? kan? kan? =)


4- layan cerita lawak.
masa diploma dulu, kalau stress design. aku akan berhenti buat kerja, pasang cerita kelakar, yang lawak macam How I met your mother, House MD, Avatar the legend of Ang, Spontan. gelak gila-gila. sampai jatuh kerusi*kidding* sekarang banyak cerita lawakkan? 


5- take a walk.
berjalan-jalan diwaktu petang. hirup udara sambil mengusha(extra credit,haha). kalau malam, still take a walk kat kolej kediaman. renung-renung bulan & bintang mana tahu pujaan hati muncul disitu bagi bintang segedebuk. =)


6- senaman.
yang dah lama tak jogging, pergila jogging. buang segala toksik-toksik dalam badan, peluh-peluh skit. bagi stress hilang. swimming ke *miss swimming pool* bila dah penat, dah takde nak fikir dah. sambung menelaah balik dengan semangat yang jitu. yeaah!


7- telefon emak & ayah tersayang.
kadang-kadang aku taknak dorang risau, keadaan tak Ok, aku sanggup kata "I'm doing fine". kata-kata dorang macam angin semangat yang dihantar oleh Allah swt kepada anak-anaknya. pehh, semangat aku berblogging.eh tak.semangat aku nak belajar. talk to your parents, kadang-kadang kita serabut sampai tak boleh nak fikir, sebab tu ada ibu dan bapa. untuk menunjukkan jalan yang terang lagi diredhai. amiiiin. 


8- MAKAN!
 



*source : google*

Malaysia syurga makanan.
*ok, i'm craving*

jangan stress-stress masa periksa ya! nanti pitam. korang mesti taknakkan? 


selamat mengulangkaji & menduduki peperiksaan =)

2 comments:

MissyNursy ♥ said...

rilek u!!hehe..
aku klu stress aku layan game show running man! mmg xstress aku jadinye..
tp abis running show, immediately stress belajar dtg balik!haha..

Mr. S said...

:* ~ <3