Saturday, June 27, 2009

Saat-saat sedih...

sebenarnya taklah sedih sangat tapi terasa sedih tu adalah. saat aku paling tak gemar bila aku diserang gastrik, semua kerja tak menjadi dek melayan perut aku yang pedih. mak aku ada cakap yang kalau nak sembuhkan gastrik minum air soya, tapi masalah aku yang kritikal; aku langsung tak minum apantah lagi nak sentuh air soya dan susu. kesian aku kan. aku singgah ke poliklinik Langat, nak jumpa doktor ( tak tahan perut sakit sepanjang hari). eh, eh, kawan sekolah menengah akulah. oh, rupanya dia kerja disitu dalam setahun lebih lah. aku tak sangka yang aku jumpa fatimah kat situ. sempatlah bersembang sekejap, menanyakan khabar. lagipun dah lama aku tak jumpa dia, lepas habis SPM semua terbang entah ke mana. melebarkan sayap masing-masing untuk mengenggam cita-cita masing-masing, tak kurang juga yang telah membentuk keluarga bahagia.

cuti semester dah nak sampai ke penghujungnya. sempatlah juga aku pergi jumpa buah hati kesayangan aku tu, lamalah juga tak jumpa dia. =)

Friday, June 19, 2009

Falling in love~~

ehemm...semenjak berdua ni, masa aku banyak habis dengan bermesej-mesej dengan si dia. Nama saja satu Universiti tapi fakulti masing-masing jauh, sorang kat awal dunia, sorang kat hujung dunia. Lagipun bukan kerap sangat jumpa dia, masing-masing belajar. Masing-masing berkejaran ke kelas dan assignment. Normallah bila bergelar pelajar universiti.

Naik semesta baru, si dia mungkin ada minor project. Susahlah nak jumpa. Takpa,ajak saja pergi makan, mesti dia lapang punya. Hahahaha, baru saja jumpa dah merengek bukan-bukan aku ni. Kawan aku sangka dia sudah 20-an, tak adalah...dia masih belasan (tak boleh beritahu berapa). Kawan aku perli, mengapa tidak saja belajar dengan dia, aku jawab dengan slumber yaya-nya," kau nak aku tukar ambil jurutera seni awam?" ( ada ke jurusan itu?). Lepas itu, aku terfikir, jurutera awam dan seni percetakan. Ada beza ke?

kalau jurutera awam, terlibat dengan mesin-mesin. seni percetakan pun terlibat dengan mesin juga, (mesin printe buku/majalah/suratkhabar/dsb). seni percetakan ada lukis-lukis, kejuruteraan awam pun ada juga, lukisan kejuruteraan. Istilah-istilah dalam dunia percetakan pula, CMYK ( Cyan, Magenta, Yellow, blacK), mesin percetakan dua warna/ empat warna/ lima warna. Density of ink, monochromatic, panchromatic, dpi ( dot per inchi) dsb. Istilah dunia jurutera awam, konkrit, simen, errr...(aku tak tahu istilah yang digunakan dalam civil).

Apa-apa pun, seronok ada dia. Dia adalah abang aku (aku kan budak kecik), dia kawan baik aku bila aku kerunsingan, dia jam loceng aku bila aku lambat bangun, dia mak aku bila dia start berleter (budak kecik degil, aku selalu engkar cakap dia). Hahahahaha...itulah pujian aku pada si dia. Nampak aja dia tu macam takda perasaan, tapi dia 'caring'. Kawan aku cakap, bertuah aku dapat dia (ahaks, bangga sangat). Sekali pandang macam hati batu tapi dia juga ada hati dan perasaan. Siapa sangka rambut afro dia itu jadi pujaan aku, unik! (Senang nak cam dia. Hihihi.)
Tak boleh puji lebih-lebih nanti dia bangga diri, biasalah orang handsome, kacak lagi bergaya...

kalau aku nak cakap macam ni, agak-agak boleh tak?

" Sorry, his already taken by me"

Miley Cyrus.

THE CLIMB BY MILEY CYRUS.
( ost Hannah Montana the movie)


I can almost see it
That dream I’m dreaming
but
There’s a voice inside my head sayin,
You’ll never reach it,
Every step I’m taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but
I Got to keep tryin
Got to keep my head held high

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

The struggles I’m facing,
The chances I’m taking
Sometimes they might knock me down but
No I’m not breaking
I may not know it
But these are the moments that
I’m going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,
I got to be strong
Just keep pushing on,
cause

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I'm going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

There’s always going to be another mountain
I’m always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes you're going to have to lose,
Ain’t about how fast I get there,
Ain’t about what’s waiting on the other side
It’s the climb

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith
baby
It’s all about
It’s all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith
( www.mileycyrus.com )


Aku dah tengok Hannah Montana the movie. Sangat enjoy. Pergi tengok dengan buah hati, kesian dia kena jadi budak kecik. Maaf ya! Dulu aku tak berapa minat sangat dengan Hannah Montana ni yang bersiaran di Disney Channel, bagi aku, apa barang tengok cerita tu. Entah macam mana, aku tertengok cerita tu. Wah, pandangan pertama aku palsu rupanya. Miley Stewart yang mempunyai dua personaliti, gaya yang bersahaja. Terus aku minat. Aku beli buku Hannah Montana, balik hostel aku habiskan masa dengan membaca buku tu.

Bagi aku lagu The Climb ini sesuatu yang menarik dan aku jadikan lagu ini sebagai motivasi untuk aku capai sesuatu. Kiranya aku ada tiga lagu setakat ini, Aku Skandal daripada Hujan, Generasiku daripada Radhi OAG dan The Climb daripada Miley Cyrus.