ehemm...semenjak berdua ni, masa aku banyak habis dengan bermesej-mesej dengan si dia. Nama saja satu Universiti tapi fakulti masing-masing jauh, sorang kat awal dunia, sorang kat hujung dunia. Lagipun bukan kerap sangat jumpa dia, masing-masing belajar. Masing-masing berkejaran ke kelas dan assignment. Normallah bila bergelar pelajar universiti.
Naik semesta baru, si dia mungkin ada minor project. Susahlah nak jumpa. Takpa,ajak saja pergi makan, mesti dia lapang punya. Hahahaha, baru saja jumpa dah merengek bukan-bukan aku ni. Kawan aku sangka dia sudah 20-an, tak adalah...dia masih belasan (tak boleh beritahu berapa). Kawan aku perli, mengapa tidak saja belajar dengan dia, aku jawab dengan slumber yaya-nya," kau nak aku tukar ambil jurutera seni awam?" ( ada ke jurusan itu?). Lepas itu, aku terfikir, jurutera awam dan seni percetakan. Ada beza ke?
kalau jurutera awam, terlibat dengan mesin-mesin. seni percetakan pun terlibat dengan mesin juga, (mesin printe buku/majalah/suratkhabar/dsb). seni percetakan ada lukis-lukis, kejuruteraan awam pun ada juga, lukisan kejuruteraan. Istilah-istilah dalam dunia percetakan pula, CMYK ( Cyan, Magenta, Yellow, blacK), mesin percetakan dua warna/ empat warna/ lima warna. Density of ink, monochromatic, panchromatic, dpi ( dot per inchi) dsb. Istilah dunia jurutera awam, konkrit, simen, errr...(aku tak tahu istilah yang digunakan dalam civil).
Apa-apa pun, seronok ada dia. Dia adalah abang aku (aku kan budak kecik), dia kawan baik aku bila aku kerunsingan, dia jam loceng aku bila aku lambat bangun, dia mak aku bila dia start berleter (budak kecik degil, aku selalu engkar cakap dia). Hahahahaha...itulah pujian aku pada si dia. Nampak aja dia tu macam takda perasaan, tapi dia 'caring'. Kawan aku cakap, bertuah aku dapat dia (ahaks, bangga sangat). Sekali pandang macam hati batu tapi dia juga ada hati dan perasaan. Siapa sangka rambut afro dia itu jadi pujaan aku, unik! (Senang nak cam dia. Hihihi.)
Tak boleh puji lebih-lebih nanti dia bangga diri, biasalah orang handsome, kacak lagi bergaya...
kalau aku nak cakap macam ni, agak-agak boleh tak?
" Sorry, his already taken by me"
No comments:
Post a Comment