assalamualaikum...
okey, sekarang aku dah ada pun di kolej kediaman seroja dengan kegiatan yang macam biasa; wireless. Friendster aku tak boleh nak online, ada masalah-lah tu. Ah, tak kisahlah. Esok sudah bermulalah peperangan dengan kertas untuk mendapatkan markah yang sebagus yang mungkin. Memandangkan aku periksa 30/4; aku balik ke kolej kediaman awal sedikit daripada budak kelas aku yang lain. Dengan misi dan visi, nak belajar. Kat rumah tak boleh belajar, ada banyak sangat godaannya seperti kebisingan adik-adik aku, aroma mak aku masak, broadband internet, motor kat garaj dan dompet aku dan kad bank aku sendiri! Nanti nak berjalan saja kaki aku ni. Aku sempat singgah rumah makcik aku di Gombak, mahu dia masakkan mash potato dengan chicken chop. Sedap dia masak, aku suka. Lepas tu aku ikut hantar Nafiz ke asrama sekolah SMK Sg Pusu barulah makcik aku hantar aku ke Terminal Putra, aku nak balik UiTM Shah Alam.
Back to hometown? kejap jer pun, bukan lama sangat. Cuti semesta ni barulah aku balik ke hometown, lepak sana. 5/ julai dah kene masuk UiTM, masa tu aku sudah di semesta 3. Kejap yer, aku belajar kat sini dalam masa tiga tahun. Tak terasa pun bahang tiga tahun tu. Tapi kalau bahang asignment banyak, tu memang terasa. Tak tidur malam mengerjakan satu asignment, baru satu kerja je tu. Hometown, terpaksalah aku melupakanmu buat seketika sebab aku nak bertungkus lumus belajar sampai dapat Masters. Tapi bila cuti semesta, aku ingatlah kau~hometown.
sudahlah, aku mahu belajar. Final exam dah dekatlah...
p/s : selamat berjaya untuk pelajar semesta kedua, AD120~ Dip. Seni lukis dan Seni Reka ( Teknologi Percetakan).
No comments:
Post a Comment