Thursday, February 3, 2011

pelajar Malaysia di Mesir.


RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

KOTA BHARU - Pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin (gambar), 21, bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup.

Semuanya kerana ibu kepada kenalannya mempunyai kad kredit dan dengan kemudahan kewangan itu, mereka berjaya membeli tiga tiket penerbangan pesawat Gulf Air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.30 pagi kelmarin.

Namun ada pesanan rakan-rakan pelajarnya di negara yang sedang bergolak itu menyebabkan dia tidak lena tidur.

"Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang dihadapi ramai orang di Mesir ialah semua urusniaga perbankantelah dihentikan.

sumber : KOSMO


p/s : semoga mereka di Mesir dapat balik semula ke Malaysia dengan selamat. kami di Malaysia doakan mereka semua ni selamat sampai ke Malaysia.

6 comments:

choooot said...

Ksian. Harap dorg x apa2. Espesely my fren yg stadi kt sana. Huu.

kitabhati said...

harap2 pelajar malaysia kt sana ok.em,kawan you yg kt ainshams university mcm mane?dah fly balik malaysia ke?ada dgr berita pape pasal dia?

chot kechot said...

xtawlaa.
harap dye ok.
skg fb pon xon9.
huu.

kitabhati said...

kn internet diputuskn.kalau online pn,kadang dapat internet.kadang tak..huu.

Cнoт™ said...

ni xon9 lgsg.
cmne.
huu.

kitabhati said...

call la dia.mana taw dah selamat sampai ke malaysia kee..