Saturday, February 27, 2010

saya gembira!

saya gembira sebab :
~
~
laptop aku dah okay! clean and clear!
dah tak meragam seperti dulu!

JUTAAN TERIMA KASIH kepada fieq dan zul kerana telah menumpahkan keringat dan kepandaian anda kepada laptop saya. sebagai membalas jasa anda berdua, nanti saya belanja makan okay~

lepas ni boleh lah aku buat kerja dengan penuh tekun dan kesabaran tanpa sebarang kata-kata nista lagi, haha (melampau betul tu).


em, nak share sesuatu ni. kalau korang semua ada simpan lagi memang sentimental value macam aku jugak.haha.

hari tu kan masa aku kemas-kemas segala khazanah harta karun koleksi simpanan aku selama ni, aku terjumpa surat cinta zaman dulu-dulu. haha, aku tak sangka aku akan jumpa surat cinta yang dah berabuk, kertas pun macam dah nak lunyai. bila aku baca surat cinta tu, fuhh...malu! masa ex boyfie aku try nak menawan hatiku yang kental ini (cewah!), ya ALLAH memang aku malu betul. baca surat tu, senyum sipu-sipu lepas tu tutup muka. malu ya amat!

buku mesej khas untuk ex-boyfie pun ada, segala mesej aku catat kat buku tu. konon-konon nak buat bacaanlah, sekali aku baca, jerit malu. malu!. lagipun semua tu mematangkan aku,haha. tu semua zaman cinta sekolah dulu, haha. kalau ingat balik memang aku nak gelak, budak sekolah~

sekarang ni surat-surat cinta itu akan dilupuskan, haha. tapi segala semangat dan peransang aku ambil sebagai iktibar dan peganganlah, yang lain-lain tu kira tinggal kenangan dan sejarah mahupun dilupuskan.


tapi apa-apa pun! yang paling PENTING!

bercinta, bercinta juga!!

TAPI.....


BELAJAR ITU PENTING!

Dengan pelajaranlah kita dapat jamin masa hadapan, menjamin karier dan kewangan. kena kukuhkan dua perkara itu.




p/s : entri ini juga untuk ingatan aku yang seorang insan yang lemah mahupun lalai, maka, ann sila belajar dan siapkan design. semester ini naikkan pointer dan PASTIKAN grad tanpa sebarang masalah.

YA ALLAH, kau bantulah hamba mu yang lemah ini.

No comments: