Sunday, October 5, 2008

um...assalamualaikum...

huhu, lama sungguh aku tak menulis.hehehe, semakin sibuk dengan tugasan-tugasan yang pensyarah beri, kerja-kerja harian di kolej. Perkembangan terbaru tentang aku, tak lama lagi aku ada final exam. periksa besar tu, yalah..masa semester 1 nie la nak kutip pointer. Sekarang, tengah dalam suasana hari raya aidilfitri, selamat hari raya aku ucapkan. jangan main mercun, bahaya. aku ada jumpa kawan-kawan lama masa sekolah, walaupun tak ramai tapi cukuplah untuk aku tahu perkembangan kawan-kawan aku yang lain.

Nak cerita pasal kehidupan aku kat UiTM, takde berita sensasi. budak-budak kelas aku, macam itulah. pagi-keluar pergi kelas. tengah hari balik kolej. petang keluar pergi kelas lagi, pukul 6 lebih baru balik. itulah 'life' aku kat sana. rutin yang sama. malam, study, buat assignment. takpun pergi cybercafe, surf internet. sekarang nie aku tengah buat final projek untuk assignment aku. harap kali nie aku buat yang terbaik. masa test untuk paper Basic Printing Process, aku dapat markah tinggi diantara tertinggi. alhamdulillah, aku nak usaha lagi untuk dapat full mark. peristiwa yang kelakar tapi menakutkan, peristiwa kena kejar dengan monyet lepas turun dari Menara. masa kena ni, cuti nuzul quran tak silap. kesian aku, bila nampak monyet. aku takut....

Nie lagi satu, aku baru melalui satu pengalaman yang agak mengerikan aku. aku hampir-hampir jadi mangsa PICKPOCKET!!. nie terjadi masa aku dalam perjalanan untuk balik ke UiTM Shah Alam. aku naik bas di Central Market, ada perhentian bas RapidKL kat situ. pagi itu ramai orang, yang naik bas U80 [nak ke Shah Alam] pun agak ramai la juga. masa nak naik bas, orang ramai, jadi bersesaklah. adalah seorang mamat [orang indonesia] dibelakang aku. berlakulah tolak menolak nak naik bas, aku rasa agak tak sedap hati la. aku cakap dengan orang-orang kat belakang aku, "jangan tolak". nak sampai giliran aku nak naik bas, aku check handphone aku yang kat poket seluar jeans aku, HILANG!!. patutlah radio kat handphone aku tak berbunyi, time tu aku tengah dengar radio. aku macam ternampak tangan mamat indonesia tu, macam lain macam. aku terus menjerit kat dia, "awak ambik handphone saya!!". mamat indonesia tu tak nak mengaku, aku apa lagi. aku terus tumbuk. handphone aku, antara aset aku yang paling bernilai selain daripada cermin mata aku, dompet aku, dairi aku. alhamdulillah ada makcik depan aku dengar aku menjerit, dia tanya kenapa? aku cakaplah mamat tu ambil handphone aku. makcik tu perasan yang mamat indonesia tu bagi handphone aku kat kawan dia [kawan dia ni, sebelah dia]. terus makcik tu sepak kawan dia. handphone aku jatuh dekat dengan tayar bas. aku naik bas dengan muka pucat, terkejut dengan insiden tadi. mamat indonesia tu, boleh naik bas dengan muka tak bersalah dan takde seorang pun tolong aku selain daripada makcik tu. diulang sekali lagi, tiada seorang pun. no one. pakcik bas tu pun tak tolong lepuk, dahlah ada orang nak curi handphone aku. handphone aku bukanlah mahal sangat, tak canggih pula tu. semenjak tu, aku dari shah alam nak balik ke hulu langat, naik KTM-Komuter, dari stesen shah alam aku turun kat kajang. sama juga aku nak balik ke shah alam. agak seramlah aku sejak benda ni berlaku..

dengar-dengar..department Printing Technology nak buat open house.um, tak sabar aku. oh ya, aku kirim keropok lekor dengan wajik kat classmate aku, dia orang terengganu. haha, tak sabar aku nak ambil kiriman aku..

jumpa lagi okey,

Saturday, July 26, 2008

ALAM KAMPUS

Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu kita semula ya.Ops, sudah bersastera pula. Hehe..alhamdulillah, aku selamat sampai ke UiTM. Dah mula belajar pun, semua okey. Pensyarah pun okey, kawan-kawan kelas boleh dikatakan datang dari Semanjung Malaysia. Aku tinggal di Kolej Seroja, dekat betul dengan Fakulti aku, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka [FSSR]. Roomate aku pun okey, assignment pun buat sama-sama walaupun kami tak dalam satu kumpulan. Cabaran dalam alam kampus ni memang besar dan berat, mesti kuatkan hati dan semangat untuk meneruskannya, mesti balik dengan segulung diploma dan kejayaan. Tak mahulah pulang dengan tangan kosong, bukan semua orang dapat masuk universiti. Aku kena kerja lebih sedikit untuk mendapat kejayaan. Yalah, kejayaan hari ini adalah penjamin aku untuk masa depan. Aku nak hidup aku cerah dan mengubah dan bagi keluarga aku kesenangan. Hidup kat sini kena selalu motivasi, tak boleh lembik-lembik. Hati kena keras, kena kuat.

Buat kawan aku yang kat Melaka, Kedah, Perak, Johor, Sarawak dan satu Malaysia. Dengarlah teriakkan aku, AKU RINDUKAN KAMU SEMUA!!!! Bila ya nak buat reunion?

p/s : buat Nazila, tahniah kerana menjadi raja sehari. Maaf ya tak dapat datang, aku kena pergi perkhemahan tapi takpa..aku hantar Afiq dan Helmi untuk menjadi wakil pihak aku. Semoga panjang umur dan kekal sepanjang hayat.

Saturday, June 28, 2008

SELAMAT TINGGAL SEMUA

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. sudah lama aku tak menulis, aku sibuk dengan urusan keluarga dan urusan peribadi. Yalah, esok (28/ 06/ 08) aku insya ALLAH kalau takde aral yang melintang, aku akan mendaftarkan diri di Universiti Teknologi MARA [UiTM] di Shah Alam dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka dalam teknologi pencetakan. Pagi tadi aku singgah ke sekolah lamaku, SMK Abdul Jalil untuk urusan sedikit hal. sempatlah bersua muka dan sekadar berbasa basi dengan cikgu-cikgu lama aku, yang telah mencurahkan bakti mereka kepada aku. sambil-sambil itu aku minta mereka titipkan satu dua pesanan untuk aku sebagai tanda ingatan.

Untuk kawan kelas aku yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Institut Kemahiran MARA [IKM] sungai Petani, kedah, Mohd Fahad bin Abdul Jalil, yang akan mendaftarkan diri di UiTM cawangan Melaka, Muhammad Afiq Affandi bin Latip, UiTM cawangan Perak, Mohd Helymy bin Johari, UiTM cawangan Kedah, Muhd Faiz Asyraff bin Ruslani, Nur Hidayah binti Baharuddin di UiTM cawangan Sarawak, Khairunnisyak yang bakal memasuki Universiti Teknologi Malaysia [UTM] kawan-kawan aku yang kini sedang belajar di kolej matrikulasi, Nashwa, Faisal dan semuanya dengan ucapan semoga kamu semua maju jaya dalam menempatkan diri di tempat yang terbaik, semoga persahabatan kita berkekalan.

p/s : untuk kawan aku yang kini aku dapat tahu sedang menyiapkan persiapan majlis raja sehari, aku akan pastikan yang aku akan hadir dimajlismu nanti dan semoga berkekalan sehingga ke anak cucu.

Friday, May 9, 2008

kawan...

assalamualaikum...

Salam sejahtera aku ucapkan kepada sesiapa sahaja yang sudi singgah ke blog aku dan membaca bebelan aku. Minta maaf kalau-kalau aku nie membebel ntah apa-apa. Takde bakat nak menulis tapi gatal nak menulis juga. Maaf ya kalian. Bukan sengaja, lagipun aku tulis apa yang aku rasa nak tulis dan rasa nak luahkan. Aku bukanlah penulis-penulis blog yang lain, aku menulis blog hanya untuk kepuasan diri sendiri dan berkongsi pengalaman dan kenangan aku...

Dalam duk aku mengenangkan kenangan aku di sekolah, aku teringat pada Nabila. Burung murai yang becok tu. Hari ni dia balik daripada PLKN, cuti selama seminggu. Apa khabar ya dia sekarang. Nazila pun balik daripada PLKN juga. Rindunya aku kat mereka, celoteh-celoteh mereka yang mengarut-ngarut tu. Dengar khabar Nabila ditempatkan di kem di Setiu, Terengganu, Nazila di Banting, Selangor. Ida sama kem dengan Nazila. Teringat pula dekat AD, AD 'tercampak' ke Kelantan, kat Pasir Puteh. Seorang lagi di Pasir Mas, Arif. Aku ingat lagi Arif bising kat aku yang kem dia jauh terletak di Kelantan nun. Aku hanya cakap kat Arif yang Kelantan taklah jauh sangat sebab masih berada di semanjung Malaysia, lainlah kalau ditempatkan di kem kat Sabah, Sarawak nun. Barulah dinamakan, jauh. Aku dengar-dengar Muznah pun di Pasir Mas. Wahh..rindunya aku pada kalian.

Aku dah pakat nak pergi jumpa dengan AD, agak lamalah juga aku tak jumpa dia. Macam mana ya gaya dan rupa mereka semua ni. Agak-agak botak? atau gelap? haha..tak dapatlah aku membayangkannya.. :p
[ maaf ya kawan-kawan, aku gurau-gurau je..]

Wednesday, May 7, 2008

biNguNg [?][?][?][?]

assalamualaikum....

Sesuai sangat dengan tajuk kat atas tu dengan perasaan aku sekarang nie. Aku bingung sangat. Buntu. Sebab, aku dapat 2 tawaran. 1, untuk ke tingkatan 6 dan 1 lagi ke Universiti. Memanglah semua orang idam-idamkan ke Universiti tapi..aku ni ha yang serba tak kena. Kalau ke tingkatan 6, jimat masa dan jimat duit. Kalau ke Universiti, banyak perbelanjaan nak digunakan. Keluarga aku pun bukannya mewah sangat pun.

Aku pun terperanjat aku ke UiTM, dapat pula bidang yang aku boleh minat. Tapi ada satu saja yang menganggu fikiran aku dari semalam. Surat Syarat-syarat Tawaran yang aku cetak semalam, berbunyi " Pihak UiTM berhak membatalkan calon yang tidak memenuhi syarat kelayakan masuk. Calon dinasihatkan meneliti kelayakan masuk sebelum datang mendaftar". Nie yang membuatkan aku rasa susah hati sekarang ni, dan yang lagi satu, berbunyi " Tawaran program yang diberikan ini adalah tertakluk kepada pengesahan Senat UiTM". Nie lah 2 perkara yang membuatkan aku susah hati. Sudahlah keputusan SPM aku tahap sederhana saja. Yang paling menakutkan aku, kalau-kalau "ini satu kesilapan sistem". Waaaa...nangis tak berlagu aku kat situ. Tetapi, aku pasti..bukan pasti. Aku MESTI berfikiran positif. Ya, aku bertawakal dan memanjatkan doa kepada Allah swt supaya membuka pintu rezeki untuk aku untuk ke UiTM. Amin...

Yang membingungkan dan membuntukan aku ialah, patutkah aku ke tingkatan 6 dulu sebelum aku ke UiTM. Mana satu nie, betullah,"menunggu itu satu penyeksaan" dan "menunggu itu satu risiko BESAR". Isk, kena solat istikharah ni.. Aku bagaikan berada dalam 1 persimpangan yang menuntut aku ke arah kiri atau kanan, sama ada ke timur atau ke barat.

Ya Allah Ya Tuhanku, kau bantulah hambaMu ini Ya Allah. Kau bukakanlah pintu rezeki yang seluas-luasnya untuk aku ke Universiti Ya Allah. Kau bantulah hambaMu ini Ya Allah... ~AMIN~

Tuesday, May 6, 2008

[?]

assalamualaikum...

Hari ni aku tak tahu nak membebel apa. Emmm... Macam mana ya penulis-penulis di Malaysia ni mencari idea untuk menulis. Aku tabik spring la kat mereka. Dengan alasan, mereka mampu mencari idea walaupun otak dah kering nak mencari idea. Tiba-tiba aku teringat budak kelas aku tahun lepas, Afiq. Ketua kelas aku yang kacak bergaya[?] tue. Dia dah dapat tawaran ke Uitm dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka. Ah, dia tue. Bersungguh-sungguh mengejar impian dia untuk menjadi pereka grafik. Dengan doa aku, kamu berjaya ya Afiq. Err..'makwe' dia dapat tak Universiti? Tak pun matrik ke?

Dalam kelas aku, Afiq nie kira agak 'top' la. Aku terpaksa bersaing dengan dia dalam semua matapelajaran [termasuk matematik yang aku tak suka tu]. Dia kalau dah naik markah, memang naik betul. Aku ingat lagi, masa kelas tambahan KUNTUM [masa tu kelas matematik] aku dah pening kepala dengan jalan kerja matematik yang berbelit-belit tu, aku ambil keputusan taknak tumpukan perhatian dan mulakan kerja aku, melukis. Tapi, Afiq nasihatkan aku,"Push your brain to think". Aku pun ambillah kata-kata hikmat tu, aku sematkan dalam fikiran aku. Setiap kali nak ambil peperiksaan, aku akan "push your brain to think". Yang kelakarnya, masa tengah kelas tambahan matematik tu, aku lukis gambar afiq. Aku tunjuk kat Afiq, Afiq senyum dan suruh aku tumpukan perhatian!

Aku bangga betullah ada kawan macam nie, dia selalu ingatkan aku bila aku mula nak ter-leka. Selalu bantu aku bila aku perlukan bantuan dalam pelajaran, selalu bagi pandangan aku bila aku perlukan pandangan. Hahaha...friendship never ends. Aku kenal dia dari tingkatan 2,kami sekelas dari tingkatan 2 sampailah tingkatan 5. Kukuh betullah persahabatan aku nie. Maka, untuk Mohammad Afiq Affandi bin Latif, teruskan perjuanganmu.. Semoga persahabatan kita kekal utuh dan kukuh untuk selamanya..

Saturday, May 3, 2008

TAWARAN UNIVERSITI

ASSALAMUALAIKUM....

kembali semula aku ke sini untuk menulis luahan hati aku. Ya, semua orang tahu [lebih-lebih lagi pelajar lepasan SPM seperti aku] menunggu keputusan tawaran ke Universiti. Walaupun sudah boleh semak melalui SMS namun aku tetap mahu menyemak esok untuk kepastian. Ada 2,3 orang kawan aku yang tidak berjaya ke Universiti, mungkin pengambilan kedua. Ah, esok kan ada. Boleh semak. Ya, aku sudah berusaha kini aku bertawakal dan mohon pertolongan dari Allah supaya memperkenankan doa aku untuk aku menjejakkan kaki ke Universiti. Perjuangan masih belum selesai. Ingat tu!!!

Waktu senggang aku di rumah hanya dihabiskan dengan membaca buku dan melayari internet untuk mencari bahan maklumat yang berkaitan dengan Syariah. Aku sudah membaca Undang-undang di Malaysia dan Mahkamah Syariah. Oh ya, aku ada jumpa dengan 1 artikel mengenai Nushuz Suami Isteri : Konsep dan Penyelesaian dari Perspektif Hukum oleh ustaz Abdul Kadir bin Hj. Muhammad. Baru aku tahu bahawa lelaki pun boleh melakukan nushuz juga. Yang aku tahu, nushuz berpunca daripada isteri namun kadangkala ia berpunca daripada suami. Alhamdulilah, akhirnya aku tahu juga. Kalau kita tidak membaca, kita tidak tahu kan. Alhamdulillah, minat membaca yang disemaikan semenjak kecil lagi membuahkan hasil. Bukan hendak memuji diri atau meninggi diri cuma ia satu peringatan untuk diri sendiri,kalau kita membaca, kita akan tahu apa yang kita tidak tahu. Sambil-sambil tu, aku mengumpul bahan bacaan yang berkaitan dengan syariah. Ada sebilangan kawan-kawan aku yang [agak] terkejut kerana aku memohon kursus Asasi Syariah dan Diploma Pengajian Islam[syariah] di Unit Pengambilan Universiti[UPU].Haha..ganjil bukan. Aku adalah budak seni yang lari ke undang-undang. Alah, itu satu permohonan..kalau ada rezeki aku belajar dalam syariah..aku belajar dan meneruskan cita-cita aku menjadi seorang peguam syar'ie. Kalau takde, takde lah. Kalau dah rezeki aku belajar dalam bidang seni, aku belajarlah dan teruskan cita-cita aku untuk menjadi seorang pereka fesyen muslimah takpun jadi guru Matapelajaran Vokasional[MPV].

Dalam masa yang sama aku turut meluangkan masa aku dengan melukis. Practise make better. Untuk memahirkan dan 'melembutkan' tangan aku, aku kena selalu melukis..Bakat melukis aku nie sudahlah tak seberapa, tapi kalau rajin berlatih..mesti aku dah setaraf dengan Bayu Utomo Radjikin, Latif Mohaidin, Reza Piyadasa..takpun macam Dato' Lat ke..[ingat kampung Boy, ingat Lat..]. Aku suka dengan karya Lat, aku suka tengok animasi Kampung Boy, buku cerita Kampung Boy dan Mat Som.Hahaha...takpe angan-angan dulu..angan-angankan free of charge..takde hal punyalah.[ Tapi janganlah jadi angan-angan mat jenin]... Masa aku pergi temuduga di UiTM di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, wahhh...aku nampak 2,3 orang pelukis yang lahir dari UiTM. Seingat aku, namanya Khalil Amran dan siapa lagi entah. Walaupun mereka tak sepopular mane tapi lukisan mereka mereka memang popular. Kalau bab fesyen aku tahulah, Khalil Ibrahim, Razuan Razwill. Yang 'top', Dato' Benard Chandran, Tom abang Sufi, Khadani dan sebagainya. Aku minat mereka busana muslimah tetapi aku tidak mahir menjahit. takpe,takpe...satu hari nanti, akanku buktikan yang aku mampu membuat busana muslimah yang setaraf dengan Versace, Coach dan beberapa jenama terkenal yang selalu menguasai pentas fesyen.[ Sungguh tinggi angan aku nie,hahaha]

Semoga dengan izin Tuhan, aku dapat merealisasikan apa yang aku angankan dan semoga aku dapat menjejakkan kaki aku ke Universiti dan mengejar apa yang aku telah cita-citakan. Amin...