Monday, January 24, 2011

Selangkah ke Alam Universiti.


assalamualaikum.




Selangkah ke Alam Universiti.

seronok.
first time aku handle event macam ni.
actually.
bukan handle.
tapi jadi photographer.
hehe.
pergi sekolah SMK Seksyen 18, ambil murid kat sana dengan 3biji bas UiTM,
pukul 6.49PAGI aku dah berjoging pergi ke tempat bas UiTM.
harus.berbangga.

event semua kt menara S&T, Fakulti Kimia.
murid pun macam-macam soalan mereka lontar.
aku macam biasa,
klik sana, klik sini.
fasi dengan krew kebajikan sempoi.
mirul.kak mai.kak zila.alif.nasrul.din.K.A.
dan ramai lagi.

penat memang penat.
tapi berbaloi jugak.
pengalaman dengan GPMS.

selain tu,
aku dapat masuk makmal Fakulti Kimia.
hahaha.
dapatlah jugak jadi pelajar Fakulti Kimia celup.
cess.



makmal Fakulti Kimia.


teringat masa tingkatan 5 dulu tapi dulu takda event macam ni.

nak jugak! haha!

dewan kuliah menara S&T
abang dan kakak yang terlibat. kawan baru. pengalaman baru.






p/s : lemak manusia rasa berkrim. pensyarah kimia cakap.
p/ss : lepas ni nak beli lens zoom panjang. hahaha.
p/sss : aku malas nak tulis panjang-panjang. sebab aku jet lag lagi. huahuahua.






Monday, January 17, 2011

-takde tajuk-




saya nak bangun pagi esok dengan hati yang tenang.

semua ni cukup meletihkan.

tapi hati harus kental.

:)

Saturday, January 15, 2011

tak sangka!

assalamualaikum...



Memang TAK SANGKA langsung. jumpa A. Samad Said. Sasterawan negara tu. Alhamdulillah. Hari jumaat 14/1/2011 memang aku takkan lupa. bila bertemu secara tidak langsung dengan idola sastera aku, dato' A. Samad Said dalam tren putra. dengan kesempatan itu, aku beritahu beliau betapa aku kagum dengan beliau, buku dan sajak beliau dan aku adalah dikalangan peminat sastera beliau. beliau adalah idolaku :')

MySpace


Friday, January 7, 2011

dunno...

pernah tak korang...

bila berselisih dengan orang tu,
korang rasa macam korang dah lama kenal.
*just looking into ur eyes*




pernah tak korang...

tak jangka langsung akan berjumpa dengan seseorang.
*gulllp*



pernah tak korang...

bila jumpa seseorang terus jadi speechless.
jadi yang mulut bising macam mulut murai langsung jadi pendiam.
*what suppose I do*




pernah tak korang...

rasa nak sangat berselisih dengan seseorang,
sanggup lalu atau tunggu kat tempat yang korang rasa berpontensi untuk,
seseorang tu muncul.
tapi,
bila korang tak terlintas langsung,
baru orang tu berselisih sebelah mata dengan kita.
*errrr...sorok muka ke tayang muka*




pernah tak korang,











rasa semua ni.....






Thursday, January 6, 2011

2011.

assalamualaikum...




hai tahun 2011,

MySpace





~give me some shine~

MySpace





* okay, takde kerja. hahahaha*
*mode : menyelak journal safety and health in printing industry*

Thursday, December 30, 2010

2010



MySpace
wahh. dah sampai penghujung 2010. cepat betul masa berlalu. haish. perkara yang berlaku sekeliling kita. lagi-lagi yang bergelar pelajar macam aku, hahaha (bongkak sudaa). tahun ni macam-macam berlaku, mula-mula sakit hati, bila ingat lagi, hahhaa...macam teruk jee...hahaha..

MySpace

masa semester empat, wahh...rilekss...boleh tido. masuk semester 5, tidur entah kemana. aku entah kemana. sibuk...sibukkk...sibuukkk...kalah senior yang buat final year projek. serius! ingat lagi, masa semester 2, sebab sibuk sangat buat asignment sampai ada yang cepat jadi pemarah. mata merah bengkak-bengkak. maklumla tak pernah buat assignment seteruk macam ni, stay up sampai pagi nak men-design-kan, nak study time test. haa..amek kau memang zombie masing-masing.


masa semester 4 jugak, pelajar semester 4 wajib ambil subjek elektif. aku dengan beberapa kawan aku pilih ambil kelas seramik. masa mula masuk kelas seramik, semua teruja! sekali nak uli tanah liat, memang mencabar otot-otot lengan. padanlah lecturer yang mengajar tu, otot lengan memang berketul-ketul :'). aku rasa otot lengan aku pun berketul jugak kooot. hahahaha. kami belajar proses nak uli tanah liat, jangan tak tahu tanah liat ada 2 jenis, ada yang lembut dengan yang keras. siapa dapat yang lembut, memang nasib baik, siapa dapat yang keras, memang berurat tangan nak uli. uli pula, kami guna cara senang la. uli kepala kambing. nak uli memang mencabar kesabaran. kalau hantuk kat kepala orang memang benjol sebulan!

MySpace

buat seramik ni best jugak taw. sebab ia menguji ketahanan tangan, ceit. sebab nak uli, nak membulatkan tanah liat bagi bentuk bulan betul macam bola. haish. tapikan, ia menguji ketangkasan jugak la. siapa cepat siap, minggu depan belaja yang lain pula. hasilnya, tiap-tiap minggu belaja bentuk lain-lain. hari itu buat, hari itu jugak siap. siapa tak siap, dok sorang kat bengkel seramik. laluan depan tu dah la.......aiyok, takuttt....


kelas seramik a.k.a kelas senaman tangan :')

stay fokus...hahaha. tapi dalam hati,
"aish. bila nak siap ni..."
=.="

menguji kekuatan tangan. hahaha.

mug kesayangan :")

cawan comel...hee

MySpace


bila masuk semester 5. aku dan budak kelas aku dah cuak dengan minor projek, masing-masing bertungkus lumus siapkan kerja. nak print jauh-jauh sampai ke KLCC. semester 5 ni jugak aku belajar tentang perniagaan, dalam formalnya asas perniagaan. pensyarah yang mengajar, memang sangat tegas. ikut suka dia jee...dia paling suka cakap, " you all jangan memain dengan I, I pernah failed kan 20 pelajar *****, senior you all pun I failed kan jugak. makwe anak (pelakon terkenal malaysia) penah call I tanya kenapa I failed kan anak dia". fuhhh....memang panas dada dengar. time test semua berpeluh-peluh jawab, tak nak failed punya pasal!!!! tapi pensyarah Encik Hafez sangat seronok time dia mengajar, sebab dia cakap macam tu nak kasi kami semua pass. asignment yang encik hafez bagi ialah pembentangan idea perniagaan apa yang tidak melibatkan industri percetakan. rupa-rupanya nak keluarkan idea perniagaan lagi bernas memang susah, nak buat kertas kerja, nilai profit dan sebagainya, terbeliak mata aku. T___T
MySpace

stay kat department teknologi percetakan sampai maghrib memang dah biasa, dulu je luarbiasaaa...kalau dulu, "kau buat apa kat department?", bila dah mula terkena tarikan magnet suruh dok lama-lama kat department. "aku kena jalan mesin". batch kamilah cipta rekod jalan mesin cetak sampai pukul 1 pagi. aku awal maghrib dah cabut balik bilik, jalan mesin cetak 1 warna agak senang la, tapi bila touch-down mesin 2 warna segala amarah, kesabaran memang tak simpan punya. time tu jugak mulut ringan nak $(*^&#(&%. takpe, bersedia bila kerja kat industri cetak nanti.

MySpace

bila masuk semester 5, dalam kepala, oh! minor projek. tema pilihan untuk semester ni, pembuatan majalah. daripada konsep, tema, editorial, cetakan sampai la tampal dalam bilik assesment. sendirian berhad! bila naikkan board untuk proses penilaian, semua bertukang. best. sebab dapat lepak ramai-ramai. pergi makan ramai-ramai walaupun aku hilang dulu, dorang jumpe kat restoren hakim. hehehe. bila time assesment minor projek, suma cuak muka pucat. jalan mundar mandir. siapa masuk dulu, tunggu respon bila keluar. kalau yang masuk dulu keluar muka macam tak puas hati macam nak ajak gadoh, memang soalan pemeriksa sangat taaakuttt...siap tanya, "eh, asseser tanya apa a? dia nak apa a?".


tahun ni jugak dah setahun aku berkasih * cewaahh * dengan encik winky. dalam setahun kami kawan spesel ni, macam-macam kenangan manis dengan pahit. komunikasi itu penting :') tipula tak pernah gadoh. biasalah, dua-dua keras kepala sikit. hahaha. rilek, rilek..as a give, dia temankan aku buat kerja, dia dengar aku membebel bengkek. aku call pukul 2,3 pagi sebab takde idea nak buat kerja. sanggup dia layan. tulah jurutera kebanggaan sayeee :) dia tau aku tak boleh terlampau letih & stress, comfirm aku akan p-e-n-g-s-a-n. aku pernah pengsan depan dia. T____T. terima kasih sebab ada dengan saya. bangga ada AWAK taw Q_Z.


MySpace

MySpace

2010 : banyak kenangan :')

MySpace

selamat tinggal 2010,
selamat datang 2011.

MySpace

Monday, December 27, 2010

bola...

assalamualaikum...

Malaysia VS Indonesia...
untuk Piala AFF...
dengan gol 3-0.


MySpace

aku memang tak layan bola tapi tadi aku tengok bola...
sebab?
aku dengar jiran sebelah rumah menjerit, "alaaa.....sikit lagi!", "goooolll!!!!"..
aku pun : " apsal ni? best ke?"
sekali dah tengok. hahaha. tahniah Malaysia.


MySpace


isu laser?
selalu kecoh pasal penyokong baling mercun, botol, sampah.
ni laserr ooo...
MySpace


p.s : semoga Malaysia membawa pulang Piala AFF 2010 29hb nanti.



MySpace