Friday, July 29, 2011

THE REASON WHY I MISS YOU.

assalamualaikum.


seminggu lepas turun gunung.hilang 3kilogram.bukan senang tu nak ilangkan tapi nak maintain agak seksa.alhamdulillah nak puasa dah,meh hilangkan kalori lebihan durjana.muahaahaha.


korang pernah RINDU? bila terasa rinnduuu.ok,stop.aku kalau dah stuck-on-something memang nak rindu lebey-lebey.tapi apa yang aku R.I.N.D.U kat gunung tu? 




paling-paling rinduu...


1. nasik ikan masin.
aku tak makan ikan masin.bau pun taknak.tapi kali ni aku kagum dengan diri sendiri SEBAB aku berjaya makan ikan masin.sebab,kami nak jimat masa masak nasik campur dengan ikan masin & telur.masak sekali harung..kalau jumpa ikan masin,makan aje...


2. nasik gunung.
ekceli aku tak makan nasik sangat sejak puasa tahun lepas.kalau makan pun separuh senduk nasik.tapi kat kem ni,manyak mana masak.semua orang kene habiskan.lagipun tak baik membazir. lagipun nak guna tenaga banyak.cewaahh..


3. biskut sedapp.
ni menu aku tunggu-tunggu malam hari,tiap supper. biskut kering cicah teh O kaww.sangat hensem bila cicah biskut kering sambil-sambil sharing is caring dengan grup member.pastu boleh main banding-banding,teh time mana paling kawww.


4. masak guna kayu api.
ni memang hensem.berjujuran air mata terharu sambil memasak.mana tak meleleh air mata terharu,sibuk dok kipas jage api,asapan pun singgahlah kat mata.tak penah lagi aku masak meleleh air mata, ilang hensem.miahahaha.


5. sentri.
bagi yang taktau sentri ni kawalan malam.aku sentri besh,aku dengan su siap bawak sleeping beg.pastu sentri kat dewan besar a.k.a sentri bawah sleeping beg. =') ni kami buat time malam-malam dah nak balik. awal-awal datang aku sentri dengan penuh dedikasi. bukan aku sorang je taw yang sentri bawah sleeping beg,ada tu aku kejutkan one of my groupie, my boys yang dah terlentang tido kat dewan besar.aku kejutkan dia bangun,sebab time tu sentri grup aku dah stat, dia bangun tengok sekeliling, kalih then sambung tido balik.aku sengih,sebab paham ni memang kes penat.kalau tak penat,balik tido kat khemah bukan kat dewan beso ye dak.


tujuan bawak sleeping beg sekali time sentri sebab sejukkk,kaki gunung kot. baju sejuk memang tak membantu nak hangatkan badan.
MySpace


6. senyum.
sebut "senyum" sambil senyum. memang hensem.try la... =')


7. suara perut.
masa P.T (physical training) dorang sebok dok ajar suara perut.aku punya test,suara tekak keluar. berdegung tekak aku. suara perut tak nak keluar.pehh,ilang hensem.aku dok pikir,apsallah nak suara perut ni.macam tak membantu ajeww.bila nak balik baru taw, suara perut digunakan untuk kecemasan.


kecemasan pasai pe? bila anda dikejar oleh 'tentera berkuda' johnny. suara perut amat berguna.


8. tazkirah subuh.
lepas solat subuh berjemaah, ada tazkirah.ada sekali tu,aku dengan su jadi mengantuk sangat. cover tersengguk-sengguk kat belakang,memang tak sopan betul.kitaorang main cuit-cuit,dia tido aku cuit dia.aku tido, dia cuit aku. kalau dua-dua tertido,kami main geletek-geletek lutut. macam budak-budak.


9. berus gigi.
ni Armada 20 yang buat.hehehehe.


10. berkelah di check point sambil menikmati nasik impit & sambal ikan bilis & asam dengan grup 4.


11. mekap artis.
masa malam ria riang rimba,aku sepatutnya berlakon dengan groupie,sementara tunggu persembahan, aku tolong mekapkan 2 orang grup aku untuk segmen iklan,settingkan lagu,dandanan tu sume, dah jadi teknikal belakang tabir pulak aku.dari pelakon tukar jadi cameraman & teknikal.


sapela bawak mekap =.='


12. air revive.
ni jadi kat aku.masa trekking,aku suka bau air revive.kebetulan ada urusetia bawak air revive 2 botol,aku bau la air revive bila aku dah stat pening-pening.kalau dah pancit,aku memperdayakan dengan air revive.yang tak boleh blah,aku pergi minum air revive.kesian orang tu aku rembat air revive.tiap kali aku pandang air revive,OK aku shame-shame. =.='


13. megi + telur.
sarapan makan megi telur pastu piknik ramai-ramai kat tepi sungai.memang terbaaikk. makan megi suap-suap. manjew giteww. =P



spread the love. ni rindu lebeyy sket.



14. kutip kayu api.
masa kat camp site,setiap kumpulan kena jage api untuk masak air.so,setiap orang bila balik daripada P.T atau games mesti kena cari kayu api.kayu-kayu yang dah mati,nak tebang tak boleh. taman negara kot,kang tak pasal-pasal kena saman.


masa balik trekking,ada banyak kayu adalah one of my groupie cakap,
"kayu banyak ni, jum kutip.buat kayu api nak masak nanti"


su boleh percaya.dia dah beriya nak kutip,aku dah tergelak-gelak.
" kitaorang gurau-guraulah su. "


15. aku r.i.n.d.u ARMADA20.
MySpace


Thursday, July 28, 2011

happy Birthday.



untuk en.winky.
selamat hari lahir
yang ke __.
maaf tak dapat nak celebrate.
sebab,
dua2 tak sihat.
huu.


i wish :
~ always happy in whatever you do.
~ semoga panjang umur.
~ murah rezeki.
~ happy always.




Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday #1



assalamualaikum....




bawak beg tangan pergi camping kat gunung.
for the first time.
muahahahaha.
ni la beg tangannya...

Monday, July 25, 2011

MENDAKI GUNUNG LEDANG.

assalamualaikum.


seminggu yg lepas aku pergi bercamping di gunung ledang untuk kem rakan alam era-20 anjuran GPMS UiTM Shah Alam.ramai gak la yang pergi, 55 orang pelajar campur dengan 4 orang pelajar daripada UNISEL,kira peserta jemputan GPMS UiTM la ni.


kem ni uji ketahanan fizikal dan mental.
korang ni kuat ke tak.
lemah ke tak.
mental korang boleh ke ubah mind setting.
apa makna persahabatan walaupun 7 hari kenal.
atau.
baru kenal berapa hari tapi rasa macam dah kenal lama?




kat kem ni,how you handle your fears.how you change your mind settings.
discovery your strongers, face your fears and used them.manipulated.


we're not friends but we're familys.brothers and sisters.


*jom layan gambar masa kat sana. 
** captions tade.sila letak sendiri.aku gigih taip blog walaupun tak sehat...
abaikan ayat merepek aku. =.='
















sekian.

ni je aku nak share.nak lagi,jom join.... =')


jumpa lagi time kem penyambung warisan lanjutan.




*hint*
*doakan*





Saturday, July 16, 2011

LIVERPOOL

ASSALAMUALAIKUM....


Buat semua kipas-susah-mati bola, korang semua tahukan yang LIVERPOOL nak datang Malaysia nanti. siapa yang dapat tiket bola silah menonton, hope so Malaysia akan menang. yelah lawan Arsenal pun,ok aku taknak cakap. kalau nak diikutkan aku ni taklah layan bola sangat,tengok pun idokk. tapi kenapa aku eksited sangat nak tengok liverpool ni walaupun terang-terang aku kena pergi kem kat gunung ledang.

meh aku sertakan sebab:

1. sejak malaysia menang bola sepak suzuki cup, 3 pasukan gergasi datang ke Malaysia dalam tempoh terdekat. korang cek jadual perlawanan bola.aku takde =.='

2. macam mane reaksi pemain bola sepak berdepan dengan idola bola sepak masing-masing (kalau ada yang minat liverpool).

3. nak tengok prestasi bola sepak, manalah tahu lepas 3 gergasi bola sepak Arsenal, Liverpool dengan Chelsea datang terus Malaysia dapat masuk FIFA world cup dengan menang olimpik. insyaALLAH :')

harap-harap lepas tu gunung ledang,aku boleh tengok ulang tayang perlawanan liverpool vs malaysia.



MySpace







jangan nanes.nanti apple balik dia tgk bola.ahaks ^^,


aku kenal liverpool ni daripada kawan aku masa form5.
dia sibuk dok cerita kat aku pasal liverpool ni.
bila dorang datang malaysia, aku tetiba eksited.

Thursday, July 14, 2011

ekspedisi

assalamualaikum....


minggu ni aku ikut GPMS uitm shah alam pergi ekspedisi rakan alam mula 15hb hingga 21hb julai 2011 di gunung ledang.


sedikit info tentang GUNUNG LEDANG nak share dengan korang...



Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim,Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan SumateraIndonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini.


jadi seminggu ni aku tade.berabuk la blog kejap.hehehe.kejap aje.balik daripada gunung ledang dah start puasa! korang dah ganti puasa belum?

oklah,entri pendek aje ni.nak gi siapkan barang-barang. esok kene berkumpul untuk amek ubat anti malaria kat pusat kesihatan uitm. babai. :')




Wednesday, July 13, 2011

berdarah.

assalamualaikum....




korang pernah rasa tak menda ni? tiap kali gosok gigi mesti gusi berdarah..,kadang-kadang tertekan kot, gosok sket dah berdarah gusi...aish.untuk mengelakkan dari berdarah lagi,aku gosok a pelan-pelan.tak jadiik jugakkk.




hari tu aku gi carefour dengan adik-adik, tengah dok sibuk belek-belek ubat gigi colgate,aku nampak ada doktor colgate perempuan.borak-borak dengan beliau,dia tanya aku kalau gosok gigi selalu berdarah tak? aku angguk, beliau kate gusi bengkak pastu dia syorkan pakai colgate total professional whitening sebab aku nak ini : complete protection against and gum problems. plus,aku kan selalu kena gusi berdarah ni time gosok gigi.


aku suka ubat gigi ni sebab best.gosok gigi, gusi dah tak berdarah! yey! alhamdulillah...so,kawan-kawan, sape yang rasa-rasa gusi selalu berdarah silalah pakai ubat gigi ni yee :D