Tuesday, September 27, 2011

GUA TEMPURUNG & KELLIE CASTLE

assalamualaikum.


hai readers. sorry lambat update blog sebab aku sibuk dengan kelas-kelas, maklumlah pelajar tahun satu.hehe. kelas semua best, okay. kawan-kawan kelas pun best, tapi aku keep low profile, malas nak huha macam diploma dulu, nak jadi budak 'nerd',hahahaha.


aku nak share dengan korang pasal trip kitaorang sabtu lepas, 24/9. kitaorang pergi Perak! spesifik lagi, pergi Gua Tempurung nak survey camp site macam mane, 8.15 pagi aku dah jadi pak pacak kat bus stop. sekali 8.45 pagi the boys baru nak datang amek aku dengan ain. pergi G-lock amek barang & amek 2 orang guys yang terlajakk tido, 9.00 pagi jom gerak pergi Perak! Perak, here we come~ 10 orang yang pergi, 3 girls & 7 boys, dorang pak gad kitaorang.


dekat pukul 12.00 tengah hari kitaorang sampai Gua Tempurung, survey tempat, snap gambar & aktiviti paling cambest, caving (gazi : apple, craving). memang chanteekk oo Gua Tempurung, so sempatlah kitaorang planning untuk aktiviti luar kitaorang nak pergi sampai hujung gua, kalau ada rezeki memang aku nak jelajah sampai hujung gua.hoho. sempat la jugak aku jejak kaki kat sungai water rafting, syok oo ='). da settle semua kerja, kami pergi makan kat rumah fizie, sebelum tu kitaorang singgah kellie's castle kejap. teruja beb! tapi tak masuk pun dalam kellie's castle tu, sekadar amek gambar kat depan je tapi takleh lama-lama sebab perut dah buat okestra!


sampai rumah fizie, alhamdulillah, mak dia masak sedap.lepas solat maghrib kitaorang gerak balik uitm. separuh perjalanan aku dah cakap gudnite kat pilot & co-pilot, dah selamat beradu dalam kereta.hewhew.


dah, jom layan gambar. aku tak larat nak type.hoho.



the team =')

ni yang terlajak tido =')

Gopeng, Perak... here we come!
*eksited!*

yey!

depan Gua Tempurung, masuk nanti terus sampai hujung gua.

fizi & ain.

tema kitaorang haritu kaler biru =')

 ramai kan kaler biru?

dalam Gua Tempurung.

dengar cakap renjer =')

taksabar nak tunggu kem sebenar.

kellie's castle.
tunggu aku upload kendian.

Sunday, September 18, 2011

mummy.iloveu.

selamat hari lahir mummy.


kakak loves u most.


Saturday, September 17, 2011

semester baru.

assalam...


hai budak baru!


semester baru dah mula.fakulti baru.kolej kediaman baru.kawan fakulti baru.roommate baru.


roommate student asasi uitm merbok, dorang amek degree in pentadbiran korporat.shaye? shaye degree in mass communication in Interpersonal Communication,hoho. boleh ganti Puan Jahani ajar kelas Interpersonal kat fakulti seni lukis.


kolej kediaman baru depan fakulti encik winky,hahahaha.boleh skodeng.gataiii.


kelas? not bad, 19 orang je penduduk. kena kerja keras untuk semester baru. insyaallah, usaha tangga kejayaan. hey, I kan ada sumber inspirasi...haruslah bersemangat.hehehe.


selamat menempuh alam belajar yang baru,semoga aku kental wacha-wacha.kbai.aku ada assignment kena siapkan.

happy 17.september.2011.2years2month.

Sunday, September 11, 2011

kucing.

assalamualaikum...


shaye comel,tak menakutkan.

kucing memang comel.aku ngaku.kadang-kadang aku susah nak berlakon yang aku tak takut kucing sebab aku ada kawan-kawan yang akan mengenakan aku dengan kucing.aku ada kejadian tak bape ngeri bila kawan aku buat lawak tak senonoh kat aku. nak tahu?

pernah jadi masa tahun 2010, saje konvoi ramai-ramai dengan kawan sekolah menengah dulu, beraya rumah classmate kitaorang rumah dia ada kucing.aku cover macho, shaye nampak kuceng, saya okey.dorang sume dah peluk-peluk, belai-belai kucing tu, aku mampu pandang sengih-sengih je. masa nak balik, aku nak bangun daripada kerusi dan aku pandang je depan, ada kucing terbang straight no belok-belok kat muka aku.aku terperanjat dan ter-tepis kucing tu.kawan aku bole pergi campak kucing tu kat aku. tsskk...

MySpace

yang ni lagi kejam, dorang kunci aku dalam bilik yang ada kucing.ok,bunyi takdela kejam sangat tapi aku ni dah panik macam hape ntah.aku dah berpeluh-peluh macam lari maraton.pastu dorang bukak pintu gelakkan aku, "hahaha, takut kucing..takut kucing!". oh, haunted tu..

MySpace


walaupun aku agak takut dengan kucing, ada satu hari tu aku jumpa anak kucing jatuh dalam longkang kat kolej.aku kesian sangat, nak tolong amek tapi aku takut...aku fikir punya fikir,sekali aku terpandang roomate aku,aku mintak tolong dia amekkan anak kucing tu.aku takut kucing, bukan benci kucing.


untuk readers yang kat luar sana, kalau ada kawan yang takut kucing...

  • TOLONG MEMAHAMI keadaan kami yang takut kucing ni.
  • TOLONG jangan buat lawak yang bagi korang lawak tapi bagi kami itu adalah menakutkan.
  • walaupun kami takut kucing, kami tak seksa kucing.
  • walaupun bagi korang, mende ni remeh temeh tapi orang ganas pun takut kucing. tak percaya??
  • Napoleon Bonaparte, Julius Caesar dan Hitler pun takut kucing.
kenapa aku cerita pasal ni? sebab kami adalah ailurofobia. apa tu ailurofobia?

ailurofobia ni adalah fobia terhadap kucing.aku memang takut kucing daripada kecil lagi, kucing comel, ye aku mengaku tapi aku rasa geli dan panik bila kucing dekat dengan aku.

pesanan khidmat masyarakat.


MySpace


Thursday, September 8, 2011

student life

assalamualaikum...





selamat kembali ke kampus.
12 september 2011
dah start kelas.

Wednesday, September 7, 2011

wordless wednesday #4


miss you.

Friday, September 2, 2011

selamat hari raya~

assalamualaikum...

hye peeps! selamat hari raya!

wah,korang mesti raya sakan kan.hahahaha.aku tak beraya sangat sebab bisi fikir hal-hal nak masuk kampus, aku sambut ala kadar je lagipun membe lain cuti kejap.aish.dari hari raya yang pertama aku memang dah lepak rumah sebab mak aku balik kampung, makcik aku meninggal dunia.innalillah.alfatihah untuk beliau. makcik aku sakit darah tinggi,diabetes.maka tinggalla aku adik beradik dan abah aku.abah aku pulak cuti 3 hari je.waaa, apsal sume yang keje cuti sekejap T_______T

member aku datang rumah jemput untuk kenduri kawin dia 25.september nanti, wahh nak kawin da kau ye ida. isk isk.ramai betul kawan aku nak kawin.huhu.dia pun sibuk tanya kau tak keluar rumah ke? aku senyum.

bukan aku taknak pergi beraya dah masing-masing pun berkejar nak balik kampus, nak gi kerja.adooi, member aku yang rumah dekat dengan aku pun nak fly pergi sabah ahad ni.grrr.aku dok umah jadi suri rumahla sementara abah aku dok rumah.saje nak berbakti kat ayah sendiri, bila lagi kan. asyik mak aku je.

hari ni aku pergi tengok kawan aku yang dah bersalin,cute anak lelaki dia.eii, comel.rasa macam nak bawak balik aje,bila aku nak baby sendiri.wahh,gatal.belajar tak abes lagi.hahahaha.

sebelum tu jumpe my bestfriendforever, nisyak.raya ke-8 ni dia ada final exam.4 hari berturut killer paper.takpe nisyak aku paham.huhu.stress aku kalau berturut killer paper.selasa ni adik aku ada trial spm, bergolek-golek dia dengan nota pendek.untuk korang berdua dan semua yang ada exam, selamat melunyaikan kertas jawapan.

aku? dah kena start mengemas barang nak balik kampus.ohye, 3 orang ex-schoolmate aku 1 kampus! yeay!  kitaorang plan nak daftar kolej sama-sama. tour fakulti sama-sama. berkelah di bukit tonggek. banyaknya nak buat misi budak nakal.hahaha.siapakah dorang? nak tahu, tunggu 11.sept ni, nanti aku citer.sebelum ni dorang uitm di cawangan tinggal la aku sorang kat kampus shah alam.alhamdulillah degree kitaorang sama kat shah alam.kawan sejak daripada sekolah menengah, daripada tingkatan 2 sampai tingkat 5 satu kelas.dorang sambung fakulti seni lukis di jabatan grafik.aku sambung di fakulti komunikasi dan pengajian media dalam komunikasi antarapersonal =') 

fakulti baru.kawan baru.pensyarah baru.new advanture.

tak sabar nak balik.
en.winky tunggu eyh!
MySpace