ASSALAMUALAIKUM...
sekian lama aku tak menulis disebabkan kesibukan menjalani hari-hari aku dikampus sebagai pelajar diploma tahun ke-2. Perkembangan yang terbaru, aku baru balik daripada trip ke Pulau Pangkor. Ini adalah sebahagian daripada eksplorasi akademik melawat ke industri percetakan, 13. mac. 2009 aku dan ahli rombongan, pelajar diploma tahun ke-2 dan pelajar ijazah tahun ke-4 bersama empat orang pengiring pergi melawat ke kilang percetakan Samsudin Ramli yang terletak di Ipoh, Perak. Buat pertama kali aku melihat mesin lima(5) warna, sedangkan di Unit Percetakan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) ada mesin empat (4) warna sahaja. lepas pergi kilang percetakan, transit satu malam di asrama SMK Gunung Rapat, terkenang pula kenangan di asrama sekolah masa tingkatan lima dulu. Esok pagi-pagi terus berangkat ke Lumut, sampai saja di Terminal jeti, kawan-kawan aku dah mula ber-shopping. Si Nafiz dengan Ikhwan lagi seronok, pakai topi yang selalu orang pakai nak pergi pantai tu dipadankan dengan seluar pendek pantai. Aku tergelak dengan kerenah dorang berdua ni, tak sampai Pangkor lagilah kawan. Setiba saja tourist guider, dibahagikan kepada tujuh kumpulan. Masa naik feri nak ke Pulau Pangkor, aku arahkan budak kumpulan aku untuk bergerak dalam kumpulan. masa naik feri seronok, teruja aku dengan buih-buih air laut, dengan gelombang ombak. Alhamdulillah kawan-kawan aku takde yang mabuk laut, tak penatlah aku. Sampai sahaja di Pulau Pangkor, naik teksi yang macam van, mak oii...laju betul pakcik tu bawa, macam nak berlumba rasanya. Tiba kat tempat penginapan, letak barang dan terus makan tengah hari; siap-siap untuk acara air; water confident dan snorkeling.
Masa naik bot, aku penuh teruja naik bot; dah tu dengan kelajuan bot tu. Seronok sangat! Sampai kat Pulau Giam, masing-masing ambil google dan buat water confident; dalam aku tak sedar tapak kaki aku terkoyak sebab terkena teritip; sejenis siput laut yang tajam. Aku mula sedar yang aku terkena bila ada budak bising kata ada budak luka berdarah, bila aku naik ke darat, aku rasa tapak kaki aku pedih, tengok pasir macam ada darah. Bila aku duduk, tengok tapak kaki aku, wah... berdarah! Luka yang menampakkan daging. Masa yang lain nak pergi snorkeling jalan kaki, aku dengan Yan pergi naik bot. Yan sempat pesan kat abang yang kendalikan bot, jangan buat drift! Yan punya luka lagi teruk daripada aku sebab tapak kaki Yan terkoyak juga, tapi perlu dijahit. Agak dalamlah lukanya tapi Yan tak nak dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Degillah Yan ni. Masa snorkeling seronok betul, bagi ikan makan, berenang-renang kat sekitar tu. Lepas snorkeling, ada aktiviti Sand Castle. Kami jadi budak-budak kejap, yang budak lelaki kelas aku jadi nakal sikit. Dorang tangkap member dorang, usung dan campak ke laut lepas tu main baling-baling pasir macam snow ball. Aku yang tengah layan perasaan kat gigi pantai tergelak tengok kerenah dorang. Nakal betul...
Malam pula, acara proom nite ataupun nama glamour-nya; RETRO GLAMOUROUS. ada acara karaoke, (pensyarah aku asah suara selama sebulan gara-gara nak berkaraoke), acara tukar-tukar hadiah dan 'secret suprise' atau nama baiknya; aktiviti merenungkan diri. Acara Secret Suprise ini adalah hadiah untuk yang menyambut hari lahir pada bulan mac iaitu yang terkena si Aboy, Najmi, Intan dan Fazrin dan jemputan kakak ijazah tahun ke-4 kak Mashitah. Tourist guider panggil nama mereka berlima lepas tu panggil semua orang untuk mengelilingi mereka berlima dan lampu digelapkan; kedengaranlah lagu Selamat Hari Lahir. Aku dan Farhah bawa kek, aku kek untuk budak lelaki dan Farhah untuk budak perempuan. Najmi terharu macam nak menangis, Aboy macam tak percaya, Fazrin tergamam, Intan blur-blur dan kak Mashitah terkejut. Dalangnya mestilah aku, sebelum pergi lagi aku rancang dengan AJK aktiviti, AJK pengangkutan dan AJK penginapan pun masuk campur sekali. Mula nak buat kek meletup tapi memandangkan semua orang malam tu cantik-cantik tak jadilah nak buat.
Esok punya aktiviti, senamrobik, poco-poco dan chicken dance! Ada yang seronok, banana boat!! menjerit-jerit kat atas bot tu. Seronok betul! masa nak balik singgah ke kilang proses ikan bilis, aku sempatlah beli ikan bilis yang mummy aku pesan dan cari tanda mata yang pernah aku sampai sini.
Apa pun aku enjoy kat sana
No comments:
Post a Comment