mana specky? hoho. minggu ni saya bisi-bisi-bisi. takde masa. masa saya di game. eh tidak, saya bisi asignment-game-game-asignment-tido-asignment-test-makan-tido-online-blaja bahasa jerman-hoho-nak tido.
nak tahu, semalam, ahad (29/8/2010) aku balik langat, ayah nadia meninggal dunia. sakit. aku punya rushing pergi sewa kereta, call member kat bangi dia cakap nak balik langat jugak. aku punya drive dengan safely, pergi bangi amek dia, pastu balik rumah amek mak pastu pergi rumah nadia. kami pergi dah kebumi, nadia pun macam sedih & try-to-be-strong. takpe nadia, saya disini untuk awak okay. mak dia pun dah lemah, letih dan penat. akak ipar dia suruh mak nadia rehat, yalah terkejut lagi kan.
dah pergi rumah nadia, aku balik rumah kejap. lepak kat rumah kejap, tido-tido. rehat sebab nak balik shah alam lagi. dah tidur tu rasa malas nak balik shah alam. nak tak nak terpaksalah balik shah alam, sambil drive aku fikir jalan mana aku nak balik, sudahnya aku balik ikut lebuh raya DUKE, malas nak ikut federal nanti jammed kat UM.
sampai aje kat shah alam, pergi seksyen 17 amek si mie (pakwe Ila). aku pergi parking kereta dekat-dekat dengan bazaar ramadhan kat situ. nak tahu, aku nak jalan keluar, dan aku tak tahu tu jalan tu sehala. aku pun nak keluar cari parking lain, sekali aku tersepit ditengah-tengah. depan kereta aku ada 2 kereta, kereta satu tu dah selamat parking, yang belakang tu ( depan kereta aku ) tak moh gerak, nasiblah aku sewa kereta kelisa, kecik! tapi aku nak gerak tak boleh! kereta belakang aku jarak dekat, aku langsung tak boleh REVERSE! tu yang aku malas kalau ikut kereta jarak DEKAT, ginilah nanti! oh panas hati aku.
aku fikir aku puasa, sabar-sabar. ujian daripada ALLAH swt ni. nasiblah orang depan kereta aku ni ada kesedaran sivik, nak keluar dari tempat tu dan bagi aku lalu. hoh, mekasih la ye.
maka, sambunglah sesi aku nak mencari parking. jalan sikit-sikit, kena himpit dengan kereta besar. aduhh. kesian aku. takpelah, bulan baik ni kan aku bagi la laluan sekali ALHAMDULILLAH ada parking, muat-muat dengan kelisa comel tu. hah, amek kau. aku parking! walaupun aku parking ala kadar, boleh la... jalan aje. kat bazaar seksyen 17 fulamakk ramai giler.. takpelah, redha ajelah aku.
balik tu, aku drive terus balik kampuss. penatlah, malam nak study lagi. ada test. sudahnya aku study sikit, sambung tido encik buah hati bising " awak tu penat drive 1 hari, nanti stress. belajar tak masuk apa. nanti pukul 2pagi I kejut U,". time kasih ye encik buah hati tolong kejut pukul 2 pagi, study sekejap lepas tu sambung tido. seram study sorang-sorang gelap bertemankan lampu belajar. hoho. lepas sahur baru study, takdelah takut sangat. hihihi.
aku dengan yan dah pergi solat terawih di Pusat Islam UiTM, subhanallah, sangat cantik sangat indah. dekorasi takdelah keterlaluan sangat, ruang telah diluaskan untuk menampung siswa bersolat jumaat. lepas ni senanglah nak dengar azan, bilik aku sayup-sayup aje nak dengar azan dari masjid Shah Alam. ni Pusat Islam dah buka, senang sikit. marilah ye semua kita mengimarahkan lagi Pusat Islam UiTM...
nota kaki : test, awak mengancam jiwa dan raga saya?

3 comments:
nice entri.
im enjoy!
hee.
nex time klu ada kete block ke.
gne horn 2.
apa gne org da cipta horn klu xgne kn.
ahahah~ :)
hehehe, sy pemandu berhemah. xgune horn.. ;p
nk tgu kne lggar.
keta da kemek2.
bru nk horn ke?
bgussss2.
bhemah xkne tmpat.
ahahah~ :)
Post a Comment