SALAM MY READERS...
sedang buat apa?
ok ok, sekarang I nak membebel pasal novel yang beli minggu lepas,
di Empire Mall subang jaya...
sedang bisi tengok mall yang baru dibuka ni.
kaki senang saje nak melangkah ke kedai buku, Popular.
hahahaha.
memang tempat paling best! kedai buku!
hajat hati nak beli buku VERSUS karya HLOVATE tapi takde la pulakk buku tu,
aku nampak buku VT karya HILAL ASYRAF.
aku ambik, belek-belek, baca sinopsis, baca tengah (macam best!)
disebabkan buku VERSUS takde,
aku beli la buku VT ni,
eh best taw buku ni,
aku baca dengan penuh emosi...
mula aku tak lah layan sangat, taw sangat pasal buku ni sampailah coursemate aku,
Najmi ( encik bintang ) kenalkan buku ni,
Hilal Asyraf ni kawan sekolah dia dulu MATRI, di Perlis.
kisah apa sampai si Hilal Asyraf rajin nak tulis novel gini?
review aku sendirilah kan kan kan :
Hilal Asyraf mengarang tentang pasukan bola tampar yang mana sepuluh tahun lepas mencipta fenomena menewaskan SSNP namun pasukan bola tampar MATRI makin merundum prestasi sehingga mahu dibubarkan. sehinggalah kedatangan Hussam, jurulatih baru yang dicopkan Hitler oleh pasukan bola tampar. SSNP yang megah dengan kejayaan 25-0, buat pasukan MATRI berkobar mahu menewaskan 'musuh ketat gelanggang' mereka. disamping mahu mengembalikan kegemilangan pasukan bola tampar, Hussam juga menanam sikap setiakawan antara mereka, walaupun pada mulanya wujud 'double standard' dikalangan pemain, semangat tak kenal putus asa untuk meraih kejayaan. konflik dengan keluarga, konflik diri sendiri, mencari jalan pulang.

bagi aku, novel ni sarat dengan mesej
PERPADUAN, UKHWAH, SEMANGAT KERJASAMA, TOLENRANSI, MENCARI JATI DIRI SENDIRI etc etc.
baca novel ni macam naik roller coaster yang banyak loops. macam mana korang naik roller coaster macam tu korang rasa bila baca novel ni.
.teruja.
.takut.
.nak menjerit.
.geram.
.kelakar.
.sayu.
.sedih.
.semua ada.
yang penting,
banyak nasihat ++ pendoman.
aku tak malu nak mengaku, novel ni buat aku menangis. berbaloi korang baca, aku jamin!
memang terhibur. diselit mesej dakwah. rate aku berani bagi 10/10.
yelah aku asyik baca novel cintan cintun, beralih arah kejap.
terima kasih Najmi kenalkan aku dengan novel VT ni,
aku rasa rugi sebab aku tak memiliki yang terawal dan lambat kenal tentang VT.
walaupun aku menjerit bila time ending
tapi takpelah,
buat Hilal Asyraf,

**credit to google.com**
boleh buat sambungan VT 2?
terima kasih atas karya novel anda yang sangat bermakna, sangat menyentuh jiwa,
watak anda dalam novel tu sangat terkesan untuk saya.
babai. nak baca lagi novel VT ni. sangat seronok!
******************
"what? semua pemain MATRI tahun lepas dibuang? How can that be?" Ridhwan menyebut kembali tulisan yang tertera pada kertas pengumuman itu. Tidak sangka.
******************
"what? semua pemain MATRI tahun lepas dibuang? How can that be?" Ridhwan menyebut kembali tulisan yang tertera pada kertas pengumuman itu. Tidak sangka.
******************
" yang kuat kadangkala boleh digegarkan dengan taktik yang biasa. kerana mereka sering dengan cara yang luar biasa, sehingga terlupa dengan taktik yang sangat biasa."
kata-kata faiz menjengah dikepala.
********************
Saiful Rahman menyusun startegi.
" Ingat semua, kuncinya adalah kepercayaan kamu kepada ALLAH dan kegigihan usaha kamu. Startegi ini hanya usaha kita sahaja"
semua mengangguk.
********************
Matahari itu sumber tenaga,
memancar tanpa kenal erti jemu dan kecewa,
hanya malap apabila masanya sudah tiba,
sebelum itu terus memancar memberikan cahaya.
++ VT ++










2 comments:
xcitednye.
cm nek roler coster ek.
npe x cm tomahawk ke.
ahahah.
nti ada masa cte laa.
kte ni bkan org ske sgt mbce.
hee.
tomahawk best gak...
sem depan g lg eh.
nk men tomahawk lg... ;p
ok nt kita ceritakn k... ;p
ngee~
Post a Comment