Thursday, February 2, 2012

kisah kereta + binatang berbisa.

assalamualaikum...

ok. boleh kita mula dengan hal semalam. mesti korang pelik, apahal kereta & binatang berbisa. ok, jom kita rewind ke hari semalam. semalam, aktiviti petang-petang, aku lepak kat rumah sambil online fb, aku baca novel Mengapa aku jadi pengetua, best oo...

sambil tunggu pukul 6.00 petang nak ambil ummi kat sekolah agama dengan iem kat sekolah rendah sebab ada koko, dah dekat pukul 6.00 aku bangun nak amek sweater kat kaki, sekali aku menjerit (binatang berbisa ada kt depan kaki aku dalam jarak 10 inci (kot) ), mesti korang tertanya, apalah binatang tu wat aku menjerit macam nak retak rumah ni. cik kala jengking. amboih dia punya bisa tegak berdiri. aku dah melompat kat kusyen, panik tak taw nak buat apa. aku tepon abah jauh nun di Nilai.

me, "abah!! tolonggg!!!" takde salam takde apa, menjerit sudah.
abah "kenapa ni??"
me, "kala jengking kat kaki. takuuut :( "
abah "kenapa nak takut? pukul la beliau. parang kan ada. kayu kan ada.cepat buat, nanti beliau larik,"
me, " aaaa....tak berani" daddy girl.hilang macho den.hahaha.
abah "ambil parang panjang"
me, "okay. dah ambik. nak buat macam mana ni??"
abah "bunuhlaa beliau"
me "tak boleh, kalau campak parang ni abiss laa hp ummi. hp ummi sebelah dia aje"
abah "hmm, bunuh aje."
=end call=

aku panik.aku pun panggil makcik jiran depan rumah, buat muka comel panik sikit. dia pun tolong. yey! dia turunkan sedikit petua, "kalau binatang berbisa warna hitam masuk rumah, kita kena cakap gini. kalau kau jin, sila keluar dari rumah. kalau kau binatang, aku nak bunuh. jangan lupa baca bismillah masa nak bunuh".

aku memang takut.sebab ada peristiwa tak best dengan cik kala nih. masa tu darjah 4, bas sekolah dah tunggu depan rumah. aku punyalah kalut nak pakai kasut sekolah, baru nak sarung rasa keras-keras sikit, I wonder whyyy...sekali, aku menjerit. abahlah superhero tolong pukul cik kala, ada ke patut beliau tido dalam kasut sekolah aku.sudahnya abah terpaksa hantar aku pergi sekolah, takdenya aku nak pakai kasut sekolah tu...

hari ni pulak. aku ditugaskan pergi repair kereta. sebenarnya pergi tukar tayar kereta aje. tayar botak katanya, aku pun dok pegang-pegang tayar kereta, botak eyh?. abah memang suka menerapkan nilai-nilai kelelakian kat aku, anak sulung laa katakan. wiper kereta aku dah ganti, melayang time hujan.demyu wiper. wiper tu saje nak koyakkan poket aku kan. takpe, at least aku tahu tayar macam mana. wiper kereta ada macam-macam jenis, sambil tu aku boleh tengok cara-cara tukar tayar kereta, tengok pakcik tu buat.hehehe.

teringat encik winky ajar aku isi angin tayar kereta, terima kasih! lepas ni kena belajar macam mana nak tukar tayar kereta. senang, orang jahat pun takleh kacau.ahaks. =)

what a day...

6 comments:

Mr. S said...

demyu wiper.
hahahak.
lawak syiooot.

kitabhati said...

dem la..boleh melayang pulak.ciss.

Mr. S said...

dye nak gak terbang.
bosan asek lekat kt cermin je.
hahak.

Mr. S said...

dye nak gak terbang.
bosan asek lekat kt cermin je.
hahak.

kitabhati said...

hehehe..takpatut..
da la time ujan time tu.hukhuk.
xtaw laa kene kete blkg ke x,
ntah2 terbang ke tepi x..hehe

Mr. S said...

xpe kne keta org.
jgan kne kpala org.
hahak.