Thursday, July 19, 2012

duit punya cerita

assalamualaikum....



hai readers. hari ni semangat nak buat cerita pasal duit. siapa student's? sila angkat siku! okey, student's selalu duit habis, termasuklah ai. walaupun ada bajet khas setiap perkara aku nak buat. dah menyandang jawatan pelajar sepenuh masa, kopak masih kopak. eh? hari ni aku kongsi dengan korang, tips simpan duit setiap semester.


nak handle duit ni bukan satu perkara yang senang, lagi-lagi kalau duit tu untuk 1 bulan kegunaan. pening memang pening, buku teks, test pad, pen selalu hilang, tambang bas pakcik bas rapid, duit topap penting, makan pun sama penting, nak print assignment printer takdo. tu tak masuk member ajak lepak McDonalds, tekak teringin KFC, eh lama tak makan pizza, jom pergi tempat makan best kat shah alam. orang muda memang macam ni, semua nak try. sedar-sedar duit tinggal seringgit dalam dompet.


pulak aku ni shopaholic's.suka membeli-belah, sekarang bukan kat shopping mall tapi kat internet. FB melambak tayang jual baju-kasut kemain kan, kalau stress laaajuuu je jari aku clicking nak beli macam-macam. fuhhh, dugaan-dugaan. kalau tak aku keluar shopping, aku pujuk-paksa kawan aku pergi try restoren yang tak pernah sampai lagi. walaupun aku suka shopping, try tempat makan yang best kat shah alam, aku ada bajet khas untuk aku pergi makan ke beli apa-apa ke. memanglah susah nak ikut bajet, kadang-kadang kecundang di pertengahan jalan. wah!


tapi macam mana?


aku memang boros. aku mengaku. tapi aku ada 'little helper' =). aku share kat korang, cara aku simpan duit.


ini tabung mini saya

kenapa botol sos spageti?
nak seribu daya. taknak seribu dalih. daripada botol sos spageti, dari buang membazir, aku ubah jadi tabung mini. setiap sen & setiap ringgit aku 'derma' masuk kat tabung kecik ni. tak kiralah berapa seminggu. janji ada duit masuk. bak kata kawan aku, duit masuk macam kura-kura, duit keluar macam arnab.

bila mula buat?  
masa tahun pertama diploma di uitm. aku mula buat dengan botol air mineral yang 1.5liter, aku potong muncung botol, keringkan kalau ada air dan aku masukkan duit syiling atau duit kertas. aku panggil botol air mineral tu, duit kawen. setiap semester duit kawen mesti ada. sampai sekarang, upgrade ke botol sos spageti. kira 4 tahun jugaklah aku menabung duit kawen setiap semester sampai degree level.


menabung? leceh tak?
ini kira simpanan kilat aku. tak tahu tetiba aku ter-over guna duit, sekurang-kurangnya aku ada duit belakang kira. kadang malas nak buka dompet, aku buka penutup botol sos spageti, amek duit beli burger kat bawah rumah. hehe. emak aku tak percaya aku simpan duit sejak tahun pertama kat uitm, dia cakap aku ni boros. macam mana nak simpan duit? hahaha. masa awal-awal masuk, kitaorang takde duit ptptn lagi, makan pun megi aje. masa menempuh saat-saat sadis tu, aku simpan duit. pertama kali simpan duit, cecah $90 dalam masa 1 semester. bangga aku.


leceh? tak jugak sebab aku tak pernah amek tahu flow bape duit masuk tabung mini. yang aku tahu, ada duit tolak masuk tabung. bila nak guna, aku fikir jap. apa aku nak buat, berapa banyak aku nak guna. aku kira duit bila dekat-dekat hujung semester, bila poket dah nipis hampir kering.


`````````````````


aku shared kat korang tips aku simpan duit, korang boleh pilih nak simpan dalam botol macam aku buat atau guna botol mineral, nak lagi fancy beli bekas tabung yang cantik-cantik. boleh je guna bekas lain, recycle balik tak keluar duit. jimat. korang cubalah nanti ye.


sharing is caring.


1 comment:

Anonymous said...

weeehhhh...macam botol kimball dari rumah dgang jeee...