assalamualaikum.
sepatutnya pagi ni aku ada kelas minor publishing tapi disebabkan lecturer takde. merempat lah aku kejap ke menara saas. aku ada kelas 11.30 pagi -1.30 petang. kenapa menara saas, kenapa tak balik tdo? makan redvelvet lagi best. =.='
hai. apa khabar? lama kan tak update. sekarang ni aku ada sindrom menjauhi orang ramai dan tahu nak balik rumah aje.haha. sampai blog pun malas nak update. nak pergi berjalan kat dataran cendikia sampai naik juling mata aku tengok tudung, bersimpang siur.
lagi 3 hari dah masuk bulan oktober. bulan 10. dah dekat sebulan aku masuk belajar untuk semester 3 degree masscomm. maknya dah setahun setengah aku jadi orang media dan macam biasa aku dah bercita-cita untuk tukar cita-cita lagi.
student life? macam biasa, sibuk dengan kelas. balik kelas, study. hafal mandarin. tengok running man. makan cupcake redvelvet. kelas kat menara. hari mayday tu. nantilah kalau free update. disebabkan mr winky dah habis belajar, aku dah takde aktiviti kat menara kejuruteraan. baru 2 kali pergi untuk semester ni, sekali beli waffle sekali ada modul, singgah library kejap menjalankan misi-misi men-download.
sepi? agaklah jugak. mungkin sebab aku terlampau lama sangat kat shah alam ni sampai naik boring tengok shah alam. 4 tahun berhijrah ke tempat orang, rutin hidup yang sama. tapi sekarang ni aku dah step out daripada rutin hidup yang sama. aku dah join uitm runner's club dan mungkin berjinak-jinak dengan kayak.
aku kena bersukan ni. kemahiran insaniah aku markah untuk kesukanan mesti 0%. dem. main tennis lah gini.
majulah sukan untuk negara.
No comments:
Post a Comment