ahad lepas, 20/1 aku naik bukit broga, kat semenyih dengan geng weekenders. ni first time aku naik broga lepas buat event kat kempen gigi kat broga haritu dengan dak kelas. ramai jugaklah yang join naik broga, lebih kurang 10-12 kereta, carpool semuanya. pick up sana sini termasuk aku, ada kakak yang baik hati sudi menumpangkan keretanya. which is i met 2 beautiful friends, zara and kakak apam or hani.
the journey.
zara, kak hani and me bertolak dari ampang dekat pukul 12 gitulah, kitaorang pergi kajang. sesat sekejap and kitaorang bermalam di surau kat kg sungai ramal dalam. 3.30 pagi, kita gerak pergi broga which is kami bertiga tak tido pun. berborak lebih ditemani bunyi a few guys yang tido berdengkur. ouch.
sampai petronas broga, tengok semua dah siap sampai, tshirt da bagi-bagi kat semua. aku dah tukar baju semua, then moh la kita pergi broga. dah sampai, semua orang tengah siap-siap nak naik, time tulah aku teringat, aku tak bawak baju hujan, torch light. naik broga pukul 4.00 pagi tak bawak torch light, well done. wuwuwu. pinjamlah torch light zara, kitaorang naik sama-sama, dalam gelap. aku kan penakut gelap skit.
ramai yang naik, mungkin dalam 50-70 kenders yang join, tu tak termasuk orang awam yang hiking sekali. route nak naik broga mencabar, dahlah tak jogging and training pape, jangan ingat naik bukit, sekadar bukit. zara banyak kali tersadung, aku heret la jugak zara naik sekali. well, jalan dalam gelap kan. terima kasihlah pada siapa-siapa yang suluhkan jalan.hehe. ada sekali tu, aku tak tahu route nak jalan, aku main follow je orang depan. ada satu route, aku nampak ada orang tengah tunggu kat tepi pokok, aku tak sure la pulak siapa, dah lah tak tahu jalan, tak nampak muka, aku pergi jerit,
"kenders!"
"ya!"
"bagus.tolong suluhkan jalan"
sangat mencabar bila nak naik first peak, curam tegak. banyak orang. takde headlamp. time tu aku rasa, melenggang kangkung apakah aku ni. panjatlah jugak, walaupun takde headlamp, bingit la jugak bila orang cheering suruh naik.
"go go go, dont give up! sikit lagi nak sampai"
"daripada korang cheering, why dont tolong suluhkan jalan"
"abam-abam hensem, taknak suluhkan jalan ke?"
aku sampai first peak dekat pukul 6.00 pagi, kenders yang lain dah bukak kanvas solat subuh. and, here we go again. aku selalu lupa, aku ni low blood pressure yang mana aku kat tempat tinggi aku pening. trembled. itu yang berlaku bila aku dah sampai kat first peak. trembled. dalam crowded orang ramai, aku pergi baring kat batu, aku tak sedar atas kepala aku lelaki tengah duduk. i overheard.
"siapa ni? e'e'in ke?"
"yup, its me. how did you recognized me?"
"kenapa baring ni? okay tak?"
"naa, pening bila kat tempat tinggi"
*actually, blood pressure aku tengah dropping*
3 minutes later
"e'e'in, nah"
"apa ni? oh, thank you."
siapa ntah bagi minyak angin kat aku, by the way, thank you so much. minyak angin tu membantu. then, kender shamin came by, "sapu macam pakai minyak atar taw. okay tak ni?" aku cakap aku dah okay sikit, kali ni menyandar kat bahu di tempat zara tengah lepak. oh tempat tadi, kender lelaki dah buat tempat wuduk. haruslah berpindah batu. oh ya, others kenders called me, e'e'in. my new name, perhaps. kenders lain siap-siap nak naik gunung tokwan, aku pilih untuk stay kat first peak. aku tahu kelemahan aku, sebelum aku pitam. baik aku duduk diam-diam jaga kanvas hisham. aktiviti aku, tengok sunrise, tido and bangun and tido. -.-
" i pernah tengok sorang pakcik indian kutip sampah kat gunung, kenapa dia boleh buat, i tak boleh? dari situ i buat, setiap gunung and bukit i pergi."
=================
in 6 hours, i gained too much experienced. too much extra ordinary things to learned.
unexpected.
unpredictable.
No comments:
Post a Comment