Wednesday, February 16, 2011

silent hill.



I know I made a mistake.

but I choose,

I just want to keep silent,

just for awhile.

because silent just for awhile is the better way.

to think.

how to solve it.

Friday, February 11, 2011

khas untuk kamu. ya,kamu.


assalamualaikum...

hai peeps semua. hari ni kita nak tayang-tayang boyfren kita.kita jarang tulis entri pasal encik winky sebab kita malu * blushing*.hee.

aku kenal dak ni taklah lama sangat.taklah kejap lagi.sedang-sedang gitu tapi dalam proses kenal hati budila.hahaha.skema betul ayat.hee. print screen ni masa aku di Thailand. maklumla, kawasan yang aku pergi tu LIMITED INTERNET. cyber cafe pun tak nampak sangat.heh. hilang arah aku tak berinternet.tapi yang best, bila aku online tiba-tiba ter-baca ada orang post gitu.waahh, cair hati aku...bukan senang nak tengok dia cenggitu.

comel je ayat.*bangga*.hahaha.aku suka ayat dia, "ha,degil lagi".comel je.ekceli aku memang degil pun.aku pun tak sangka aku akan kenal dia, kawan dengan dia.aku suka buat statement gini,"muka je ganas tapi caring".kompem aku dapat jeling manje tajam daripada dia.

salah satu sebab kenapa aku senang dengan dia sebab dia layan cara pemikiran aku yang kuat berangan ni.masa aku cerita kat dia yang aku jumpa seseorang.dia punya gelak terbahak-bahak, "lawak a kamu ni.excited giler.siap berangan tu tak tahan".best jugak dapat boipren suka layan imaginasi berangan aku.hee.

entri ni khas untuk awak.saya buat tanpa editing apa pun.walaupun macam-macam isu yang datang,insyaALLAH kalau jodoh kita kuat jom g kawin kat itali.-demand- haha.taklah, saya hanya minta supaya jodoh kita dipanjangkan.kita dua selamat menghabiskan baki pengajian.

awak.terima kasih.saya tak sangka awak pilih saya walaupun saya tahu awak ramai admires & kita dua tahu betapa stressnya kita dua bila macam-macam isu keluar ganggu kita dua.saya tak sangka saya buka pintu hati awak yang tertutup rapat tu.*kembang kucup paru-paru I* saya suka panggil awak annoying tapi awak memang annoying pun :') teehee.

terima kasih jugak sebab susah-susah datang dari rumah ke kolej saya sebab nak hantar saya pergi klinik masa saya allergy teruk hari tu.terharu sangat walaupun saya nampak awak panik sebab tangan, muka saya penuh dengan tompok-tompok gatal warna merah macam nak keluar darah.

awak.awak risau bila saya sms bagitau tapak kaki saya luka terbelah sikit sebab terkena teritip kat pulau pangkor.berjela-jela sms awak bagi suruh saya hati-hati.kembang hati saya time tu walaupun tengah sakit terus rasa tak sakit.balik dari sana,awak pesan jangan skip cuci luka kat klinik uitm.

awak.saya seronok ada awak sebab saya tak menyesal ada awak.sebab awak special.*sila belanje makan* hahaha.you rock bebeh...awesome!




he's already taken by me. hihi.


MySpace


thanks peeps/stalker/blogger for reading my love entry.




p/s :
encik winky sila siapkan design steel. okeh.

Wednesday, February 9, 2011

terapi air.

assalamualaikum...





berenang adalah terapi yang terbaik untuk stress.


Tuesday, February 8, 2011

8.2.2011

assalamualaikum.



gambar hiasan

test is cancel.

gambar hiasan

my favret heels tercabut tapak.



sedih ouh.

Sunday, February 6, 2011

cuti sekolah.

assalamulaikum...

hai peeps.apa khabar?
aku sihat.aku harap korang semua sihat sejahtera.ahoy~
okeh.sila jangan merepek lagi.
sebab saya sedih ahad 6.2.2011 dah kena balik kampus.
ouch~
9hari duduk rumah memang tak terasa.
9hari eh.

takpe.
facing my last final year.lepas tu aku nak taram cuti 4bulan.
kementerian pelajaran tinggi kan dah umumkan yang semester baru akan dibuka pada bulan SEPTEMBER.
so.dont be jealous.sebab aku akan bercuti selama 4BULAN.
sebelum ni aku cuti 2bulan lebih je.

hari ahad.balik dengan senyuman palsu.


Saturday, February 5, 2011

URL BARU!!

assalamualaikum...


hai semua,
kawan-kawan.follower/blogger.stalker.semua.

hari ni saya dengan rasminya menukar url blog saya.

kepada :

http://gadiscerminmatabiru.blogspot.com/

selamat menatap blog warna biru ni dengan harapan cik cermin mata ni rajin mengapdate blog.



sekian,
terima kasih.




notakaki: dah nak abes cuti,tak seronok.huu.

Thursday, February 3, 2011

pelajar Malaysia di Mesir.


RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

KOTA BHARU - Pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin (gambar), 21, bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup.

Semuanya kerana ibu kepada kenalannya mempunyai kad kredit dan dengan kemudahan kewangan itu, mereka berjaya membeli tiga tiket penerbangan pesawat Gulf Air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.30 pagi kelmarin.

Namun ada pesanan rakan-rakan pelajarnya di negara yang sedang bergolak itu menyebabkan dia tidak lena tidur.

"Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang dihadapi ramai orang di Mesir ialah semua urusniaga perbankantelah dihentikan.

sumber : KOSMO


p/s : semoga mereka di Mesir dapat balik semula ke Malaysia dengan selamat. kami di Malaysia doakan mereka semua ni selamat sampai ke Malaysia.