Tuesday, August 31, 2010

FESKEM.

FESKEM
FESTIVAL KEMERDEKAAN.

rajin betul pergi FESKEM sebab ada kupon aktiviti, hehe. agak best la jugak persembahan, aku suka yang PALAPES darat buat persembahan. efek senapang, bunyi letupan. saya suuuukkkkaaaaa! walaupun asyik menjerit! efek bunga api atas kepala, kali ni punya sambutan memang best!



dengan kawan kelas kesayangan ;p



persembahan daripada PALAPES darat.



tuu diaaa, asap mercun/bom. sape taw, sila beritahu saya..



efek bunyi senapang dengan letupan memang buat aku menjerit! 
bukan aku, 1 stadium. memang rasa macam kat medan perang.


ni babak JEPUN lawan TANAH MELAYU.
adaptasi dari kisah LEFTENAN ADNAN.
sape tak kenal, masuk sekolah menengah balik.


bunga api yang atas kepala, aku takut nak ambil gambar.
mitos : takut serpihan bunga api terkena nikon kesayangan 
T__T


kaler hijau pulak..



Specky~



kawan kelas kesayangan saya. hoho.



smile girls ;p



dengan abang pancaragam. XP



akak pancaragam pulak. hoho.

saya suka keluar jalan-jalan dengan budak kelas saya, 

**************
end of this sweet story
********

yang nak cerita kat sini, aku dengan cik paah keluar pergi beli makanan  lepas pergi FESKEM, maklumlah UiTM beri kelonggaran untuk pergi sahur sampai 2 pagi. nak dijadikan cerita, aku dan paah naik motor nak ke restoran hakim kat seksyen 7 nuu. keluar aje dari simpang kolej seroja tuuu...kat selekoh, kami dipotong oleh kereta wira yang berlagak jalan tu 2 lane. ko ingat jalan kat kampuss ni besar??? kot kalau ada kereta arah bertentangan, ko rapat masuk jalan bergesel dengan motor kami.silap sikit, memang rempuh motor paah.aku sayang kaki aku okay!. 

MySpace

tu satu, pastu turun bukit sikit, ada kereta kelisa SUKA-SUKA HATI potong motor dengan cara yang MELULU. aku pusing kepala tengok tepi, kereta kelisa tu MEMOTONG kami dengan MELULU. aku sempat jerit, " EH??!!" aku terperanjat kereta kelisa ni laju sebelah kami. orang dalam kereta tu boleh GELAK-GELAK lagi.

MySpace

eh, ko bawak laju-laju dah tahu jalan tu ada bonggol jalan tak rata ko bawak laju tak henggat dunia. kot ko langgar kami macam mane? ko penumpang belakang sempat lagi nak gelak-gelak a. alhamdulillah kawan aku ni penunggang motor yang cekap. jage ko, aku ingat taw plate kereta kelisa tu.. aku cari sampai dapat. nak anta korang pergi kelas MEMANDU KERETA DENGAN BERHEMAH.

MySpace

isk, hangin aku. alhamdulillah burger kat depan restoren hakim sedap. 
hilang sikit sakit hati aku. takpe takpe, bulan puasa ni kan, sabar ajelah... 
aku redha walaupun tak baik buat macam tuu...


nota kaki : esok cuti. pulun keje. adeh. salam kemerdekaan yang ke-53.

MySpace

Monday, August 30, 2010

apa yang berlaku?

mana specky? hoho. minggu ni saya bisi-bisi-bisi. takde masa. masa saya di game. eh tidak, saya bisi asignment-game-game-asignment-tido-asignment-test-makan-tido-online-blaja bahasa jerman-hoho-nak tido.


MySpace

nak tahu, semalam, ahad (29/8/2010) aku balik langat, ayah nadia meninggal dunia. sakit. aku punya rushing pergi sewa kereta, call member kat bangi dia cakap nak balik langat jugak. aku punya drive dengan safely, pergi bangi amek dia, pastu balik rumah amek mak pastu pergi rumah nadia. kami pergi dah kebumi, nadia pun macam sedih & try-to-be-strong. takpe nadia, saya disini untuk awak okay. mak dia pun dah lemah, letih dan penat. akak ipar dia suruh mak nadia rehat, yalah terkejut lagi kan. 


dah pergi rumah nadia, aku balik rumah kejap. lepak kat rumah kejap, tido-tido. rehat sebab nak balik shah alam lagi. dah tidur tu rasa malas nak balik shah alam. nak tak nak terpaksalah balik shah alam, sambil drive aku fikir jalan mana aku nak balik, sudahnya aku balik ikut lebuh raya DUKE, malas nak ikut federal nanti jammed kat UM. 


sampai aje kat shah alam, pergi seksyen 17 amek si mie (pakwe Ila). aku pergi parking kereta dekat-dekat dengan bazaar ramadhan kat situ. nak tahu, aku nak jalan keluar, dan aku tak tahu tu jalan tu sehala. aku pun nak keluar cari parking lain, sekali aku tersepit ditengah-tengah. depan kereta aku ada 2 kereta, kereta satu tu dah selamat parking, yang belakang tu ( depan kereta aku ) tak moh gerak, nasiblah aku sewa kereta kelisa, kecik! tapi aku nak gerak tak boleh! kereta belakang aku jarak dekat, aku langsung tak boleh REVERSE! tu yang aku malas kalau ikut kereta jarak DEKAT, ginilah nanti! oh panas hati aku.


MySpace


aku fikir aku puasa, sabar-sabar. ujian daripada ALLAH swt ni. nasiblah orang depan kereta aku ni ada kesedaran sivik, nak keluar dari tempat tu dan bagi aku lalu. hoh, mekasih la ye.


maka, sambunglah sesi aku nak mencari parking. jalan sikit-sikit, kena himpit dengan kereta besar. aduhh. kesian aku. takpelah, bulan baik ni kan aku bagi la laluan sekali ALHAMDULILLAH ada parking, muat-muat dengan kelisa comel tu. hah, amek kau. aku parking! walaupun aku parking ala kadar, boleh la... jalan aje. kat bazaar seksyen 17 fulamakk ramai giler.. takpelah, redha ajelah aku.


balik tu, aku drive terus balik kampuss. penatlah, malam nak study lagi. ada test. sudahnya aku study sikit, sambung tido encik buah hati bising " awak tu penat drive 1 hari, nanti stress. belajar tak masuk apa. nanti pukul 2pagi I kejut U,". time kasih ye encik buah hati tolong kejut pukul 2 pagi, study sekejap lepas tu sambung tido. seram study sorang-sorang gelap bertemankan lampu belajar. hoho. lepas sahur baru study, takdelah takut sangat. hihihi.


aku dengan yan dah pergi solat terawih di Pusat Islam UiTM, subhanallah, sangat cantik sangat indah. dekorasi takdelah keterlaluan sangat, ruang telah diluaskan untuk menampung siswa bersolat jumaat. lepas ni senanglah nak dengar azan, bilik aku sayup-sayup aje nak dengar azan dari masjid Shah Alam. ni Pusat Islam dah buka, senang sikit. marilah ye semua kita mengimarahkan lagi Pusat Islam UiTM... 


MySpace


nota kaki : test, awak mengancam jiwa dan raga saya?


MySpace

Monday, August 23, 2010

girigurugaradushh...

hahahaha. jangan dihiraukan sangat tajuk entri tu. aku sekarang dalam fasa kesibukan yang tahap melampau-tapi-nak-tido-lebih, hehehe..


MySpace




minggu ni saja aku dah stuck dengan kerja yang overload.


MySpace


 fuhhh, harap dipermudahkan urusan nak siapkan semua ni.minggu ni aja:


MySpace


1- design kotak goreng pisang -baru kene rijek sebab line kotak nampak-
2- kelas minor projek kena ada imej cover untuk majalah, ( model takde lagi wehhh!!!)
3- oh tidak!! design screen printing design tak sketch lagi, nak mintak approval daripada lecturer lagi ( nanti kena label alien lagi kalau tak approve lagi T___T )
4- oh, khamis ni ada preview pertama minor projek, muka depan majalah dan artikel...
5- jumaat CUTI kan ???? ( suke-suke )


perghhhh....nampak sikit kan, tapi nilah kerja budak minor projek...gua ati kental beb tapi lepas aku dapat model doktor nak wat cover story la...mari pergi cari...


MySpace


overload..workload...artload...

MySpace

Tuesday, August 17, 2010

semoga kamu aman di sana.

hari ni 17/08/2010,
Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Malaysia ada majlis talk..
dengan sukarelawan yang kene tahan masa misi kemanusiaan ke Gaza, Palestine...
 
mereka ceritakan balik pengalaman dorang,
berhadapan dengan tentera Israel...
dengan takde senjata, hanya dengan batang penyapu, batang mop, ranting kayu,
digunakan untuk mempertahankan diri bila ditembak bertubi-tubi...
mereka juga cerita macam mane orang kene kepung, atas ada helikopter, dikepung oleh kapal perang,
bot-bot laju, kapal selam tentera Israel..
 
dengan hanya untuk menghantar barangan misi kemanusiaan,
mereka di bedil sebegitu dilabel ada pengganas, ada senjata...
fuhh....
kami tengok gambar-gambar para mujahiddin yang syahid,
anak kecil yang umur 2 bulan setengah sanggup nak di tembak,
alhamdulillah, dihalangan oleh para sukarelawan misi kemanusiaan itu..
 
memang menyayat hati, 
semoga para mujahiddin yang syahid ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh...
- al-fatihah -

p/s: memang rugi siapa yang tak pergi tadi...


:semoga kamu aman disana:
tak lupa juga untuk arwah kawan lama aku, yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan ramadhan 2008 (kalau tak silap aku), bulan yang mulia lagi penuh keberkatan. semoga kamu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

mengenali pemuda berkulit putih bersih ini, tak lama. aku kenal dengan pemilik nama Mujahid Dilnil Haq (aku tak berapa pasti ejaan nama arwah) yang senang disapa Mujahid. kami sebaya. seingat aku, aku sekelas dengan arwah masa darjah 6. di Sekolah Kebangsaan Dusun Tua dan Sekolah Rendah Agama Dusun Tua (SRA DT) sesi 2002. anak kepada ustazah Nora yang juga guru kelas aku masa di SRA DT, pemuda bernama Mujahid ini sangat pemalu orangnya. aku tak berapa rapat dengan arwah. bila sambung sekolah menengah kami berlainan sekolah, arwah di Sekolah Menengah Agama Batu 10, Cheras dan aku di SMK Abdul Jalil. keluarga arwah pindah ke Semenyih buatkan aku terputus hubungan dan khabar. 

Allah swt sangat menyayangi arwah Mujahid, Mujahid dijemput oleh Allah swt pada bulan ramadhan. arwah kemalangan jalan raya. orang awam jumpa arwah dalam keadaan yang parah, bila aku dapat berita ini aku terus call ustazah Nora. aku sampaikan takziah, aku tak sampai hati nak bertanyakan keadaan arwah Mujahid ketika kemalangan. semoga ustazah tabah menghadapi dugaan kehilangan anak sulungnya.

tak lupa juga, untuk arwah atuk kesayanganku. yang telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat melihat cucunya yang pertama menjejak kaki ke universiti, maafkan cucumu atuk kerana tak dapat menyempurnakan impian atuk untuk melihat cucunya belajar dalam bidang kedoktoran. atukku dah lama sakit, kencing manis, buah pinggang, aku penah teman atuk pergi buat dialisis, fuhh tengok jarum cucuk sana sini sakit. lagi  bila atuk kena bedah, kesian sangat, wayar berselirat sana sini. aku takde disaat-saat nafas terakhir atuk, tapi apa yang aku nak kongsikan sedikit pengalaman bila arwah atukku dijemput oleh Allah swt. 

malam tu, aku bermimpi, aku nampak cahaya putih yang sangat besar! dalam cahaya putih tu, aku nampak ada sesuatu yang aku pun tak pasti, senyum atau melambai. aku terjaga dekat-dekat subuh. aku fikir, apa pulak maksud mimpi ni? taknak fikir lebih-lebih, aku sambung tido balik lepas solat subuh. pagi tu, aku dapat call daripada opah aku, "eins, atuk dah takde, atuk dah meninggal". aku terdiam. adakah mimpi itu, arwah atukku datang melambai atau tersenyum kat aku? 
 
wallahualam~
 
sedikit belangsungkawa untukmu Mujahid, atukku, mujahiddin yang syahid, dengan doa yang ikhlas semoga kamu semua ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan disisi Allah swt...
al- fatihah.
 


Thursday, August 12, 2010

puasa.

alhamdulillah bulan ramadhan menjengah lagi, ni kali kedua aku berpuasa di UiTM Shah Alam dan ni lah puasa aku yang terakhir dengan budak-budak batch Julai 2008. sobs. aku mesti rindu puasa kali ni...T____T 


weh, korang bila nak bukak puasa sama-sama a?? 


MySpace



puasa kali ni, tempat buka puasa aku yang biasa la aku pergi bazaar seksyen 2 tu la sebelah kolej meranti. macam biasa la, cik paah melempit bawak moto dia (oo, mentang-mentang migrain awak da ok ye)...sampai aje kat bazaar tu, wah sesak yer! takpe sesak pun, macam biasa menu of the year...eh silap, menu of the day, ayam percik! tiap kali ramadhan, mesti menu ayam percik! ok, sekarang time beli air pulak, pusing tawaf dari hujung ke hujung, beli air kelapa aje.... tak baik oo beli 2 bungkus air, nanti membazir. nanti lepas berbuka, sekali sedoooot air, terus burppp kenyang. soooo, beli sebungkus aje air...keh3..




MySpace


untuk budak kelas AD120 05, moga ramadhan kali ni kita mengambil berkatnya ok. selalu la kita pergi tarawih, once we remember ALLAH swt, HE will remember us too. banyak pahala kita boleh kutip bulan mulia ni, tawarih aje dah diampunkan dosa-dosa kecil, pintu taubat dibuka seluas-luasnya, setan di ikat. selangkah kita ke masjid, dah berapa pahala masuk dalam buku, kan kan kan...tu belum kira lagi, para malaikat mendoakan kita supaya diampunkan dosa-dosa kita...uish, tak rugi beb. 


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."









dah jum niat puasa sebulan : 

nawaitu souma syahri ramadhaana kullihi lillahi ta’aalaa.


SELAMAT BERPUASA.


MySpace




MySpace



Monday, August 9, 2010

Induction Part 1.

salam semua! hehehehe, seronok sangat. sebab kami ada Induction!! okey, Induction ni untuk majlis pengenalan pelajar baru & senior-senior, walaupun hanya sedikit yang hadir sebab tersangkut dengan aktiviti kesatria negara.tapi takpelah, nak buat macam mane. janji korang (junior) datang!!!


seronok jugak terlibat dalam Induction ni, hehehe. bukan mengamalkan konsep buli-buli teruk taw, ni task dorang aje. ada yang kene makan bawang & cili merah. ada kene makan hotdog dengan belacan, hafal  third language & semua lah, junior memang sportingggg!!!! walaupun muntah-muntah makan kentang lenyek campur halia....


aku jaga check point, task yang aku kenakan senang aje. Re-Write A Song, macam mane tu??? senang aje, lagu tu kami (aku dan si lolly) gunting-gunting pastu suruh dorang pilih dalam envelope dan susun lagu tu. siap nyanyi lagi tahuuu...ada satu kumpulan tu nyanyi lagu Waka Waka versi sajak, aduhhh...aku dengan Lolly dah gelak guling-guling...


jom, kita layan gambar pulakkk....biar si potret berbicara pula...hehehehe...


MySpace




mari-mari berkumpul. =)



sesi cek Hp..

 group Mr& Mrs A... ni grup aku... =)

trademark grup ni.,

ala ala...comel yerrr... =)

MySpace



grup kipas. trademark dorang besh, 
" kipas, kipas, kipas boleh blah..."


grup teddy...


grup bebeh...


grup gegurl starz...


grup inchibenta...


task di check point di Jabatan Photography...

ni task di jabatan fesyen. ni budak grup LDK (latihan dalam kumpulan) aku..
nama dia Nadiah, orang Sabahan.

 grup bebeh tekun siapkan task dendaan aku..


telur ayam, barang amanah setiap orang yang diconteng-conteng ikut kreativiti setiap ahli kumpulan...


alah comel yer telur ni...

ok gambar seterus yer...di bahagian Induction part 2...
aku nak pergi jejak-jejak gambar lagi induction... 
stay tuned...

MySpace


Tuesday, August 3, 2010

sakit.


Specky dilanda demam. huhu.
sekarang ni wabak demam makin meningkat,
maka,
jaga kesihatan masing-masing ya!
banyakkan minum air masak,
yang batuk & selesema tu rajin-rajin la pakai "mask",
elakkan sebar jangkitan kat orang lain.
yang demam tu, 
jangan buat-buat sombong taknak pergi klinik.
lepas tu,
jangan buat-buat terkejut ala-ala mata terbeliak nak tersembul biji mata, 
kalau doktor cakap bakteria dalam badan tu dah KEBAL gagah perkasa dalam badan,
bila sakit tak kebah-kebah.


okay,
berenti merepek.
nak pergi makan ubat.
hehehe.
sekian,
jaga diri ya!


MySpace