Sunday, September 26, 2010

entri hujung minggu.

bismillah.

assalamualaikum.

mata pena kekunci laptop laju aje mintak ditaip,
sebab ada sesuatu yang terbuku dihati.
hari ni sambung lagi melepak di Perpustakaan.
niat nak buat kerja tapi buat la jugak. sikit.
sumber inspirasi takde.
hukhuk.
mana awak?


sambil-sambil mencari idea nak buat apa,
ni sempat aku mengedit gambar...
hihi.


title : EXPRESSION.


MySpace


kerja makin kencang datang.
tangan makin tak laju nak menarik tikus mondok aku yang menunggu masa nak pergi beli baru.
hujung minggu aku dihiasi dengan kerja...
wahhh...
bila aku nak meronggeng niii...


aku tengah tunggu shawl baru sampai,
encik buah ati belanje shawl baru!
tengs awak winky-winky! 

MySpace



terima kasih awak.
sayang awak manyak-manyak...
hee~

MySpace

Saturday, September 25, 2010

cari kerja. buat kerja. takde kerja.

assalamualaikum.

perhhh...minggu ni memang tak menang tangan aku nak siapkan asignment yang bertimbun. kalau susun mesti asignment tu lagi TINGGI daripada aku kan?


sampai blog aku bersawang, berabuk, tak berusik. perhh... takpe, takpe hari ni aku bersihkan segala sawang-habuk ok blog sayang~~


hahaha. hari ni aku ada diskusi kumpulan untuk kelas Advanced Offset Lithography, ni subjek printing. lepas solat jumaat berkumpul, pukul 3 petang, aku sempat pergi berenang lagi. lama dah kot aku tak berenang. lagipun dah lama aku tak exercise. kasut joging belum basuh lagi, aku sempat pergi berenang aje lah. tengoklah minggu ni asignment dah siap 50% aku nak pergi joging jugak. sekurang-kurangnya aku keluarkan peluh dan lepaskan beban kerja yang makin menggunung ni ha (cewah!). hehehe.


ok ok dah melalut. petang tadi aku ada diskusi kumpulan, sampai malam aku bertapa dibawah ekon kat Perpustakaan Tun Abdul Razak 1 dengan timbunan buku yang tinggi dan bersepah, kalau orang lalu tak nampak aku rasanya...(ok berangan :) ). maghrib tu kak yati pergi beli dinner, I dinner KFC youuu...tu pun semua nak makan Kepsi. disebabkan dalam perpustakaan tak boleh makan, kami berlima, aku, yen, kak yati, pakwe kak yati dan abang wandi turun makan kat bilik bacaan. sambung buat kerja kat bilik bacaan. abang wandi lepas makan terus balik, lagipun nak lama-lama tak boleh dia bukan bujang lagi dah jadi bapak punn...


aku dengan yang lain pun sambung buat kerjalah. alhamdulillah ekon bilik bacaan tak sesejuk winter sonata macam dalam perpustakaan. taip-taip-excersice jari-selak-selak buku-encik buah ati datang tengok bukan nak tolong taip- 


oh alamak! dah pukul 10malam. masa untuk PULANG~ 
mata dah kuyu-kuyu...pantas betul tangan kemas barang nak balik.haha. 




group presentation hari isnin T__T

MySpace








MySpace

notakaki: tak mahu faham asalkan hajat dihati dapat. selfish kan. :)

Thursday, September 16, 2010

R&R

assalamualaikum...

akhirnya, hari ni pergi reunion dengan kawan kelas masa tingkatan 5...
Reunion & Raya jadi R&R,
kami konvoi 3 kereta.
kereta afiq, kereta aku & kereta liyana ishak :) 
masa kat rumah epit bertambah 1 lagi kereta, jadi 4 kereta...
fazli dengan syafiq bodybuilder datang join kami...
plan pukul 9 berkumpul,
aku pergi batu 18, ambil si helmi,
lepas tu pergi sungai lui ambil si darwina barulah ke rumah afiq...
sekali pukul 12.00 daa gerak,
tunggu si ayep tu sampai...

walaupun tak ramai yang ikut tapi tak kisah pun,
lagipun ada yang kerja dan balik kampung...

lagipun bukan senang nak berkumpul macam ni,
raya aje lah kami berkumpul,

okay, 
berhenti membebel. haha.
tempat yang dituju hari ini...




hentian pertama hari ni...kat rumah afiq. berkumpul.

yang ni sampai awal, 
faiz yang baju warna coklat, aidil yang baju warna kelabu...

ni kawan baik saya, afiq. 
belajar 1 universiti & 1 fakulti tapi lain cawangan. 
afiq di lendu melaka, aku di kampus induk, shah alam...

comel tak? hihi... 
si tudung biru tu, nama syera, kawan baik. kenal masa kem bahasa inggeris anjuran UKM masa tingkatan 1.

posing sebelum makan.
mee goreng tu sedap tauu...

hentian kedua: rumah miera di cheras.
sebahagian daripada budak kelas 5 Seni Reka Tanda (SRT),
ahli asal ada 23 orang...

dengan bekas pelajar 5 SRT...

kanan : helmi, ayep & fahad...

camera man hari ini : afiq. si tinggi tu namanya faiz...

hentian ke-3, rumah aidil...

roti piza ini sangat sedap... :)

hentian ke-4 : rumah epit. di titiwangsa, tekali.
emi dengan afiq menjadi model :)

mee goreng sangat sedap tapi PEDAS!

hentian ke-5 : rumah nazila, tengok mak buyung ni...hihi.
gambar si kecil tu namanya Haziq,
anak sulung nazila.

ni semua makcik & pakcik haziq... :)

hentian ke-6: rumah faiz di pinggiran delima.
mee goreng sangat sedap :)

open house ke-7 : solihin di taman desa sentosa :)
perut masih ada ruang nak sumbat makanan :p

me. miera. syera.
:)

wah, sangat seronok hari ni. gathering. reunion. raya.
walaupun penat. puas hati.






notakaki: kena cakar dengan kucing. :(

Thursday, September 9, 2010

V T

SALAM MY READERS...
sedang buat apa?
ok ok, sekarang I nak membebel pasal novel yang beli minggu lepas,
di Empire Mall subang jaya...

sedang bisi tengok mall yang baru dibuka ni.
kaki senang saje nak melangkah ke kedai buku, Popular.
hahahaha.
memang tempat paling best! kedai buku!
MySpace

hajat hati nak beli buku VERSUS karya HLOVATE tapi takde la pulakk buku tu,
aku nampak buku VT karya HILAL ASYRAF.
aku ambik, belek-belek, baca sinopsis, baca tengah (macam best!)
disebabkan buku VERSUS takde,
aku beli la buku VT ni,
eh best taw buku ni,
aku baca dengan penuh emosi...

mula aku tak lah layan sangat, taw sangat pasal buku ni sampailah coursemate aku, 
Najmi ( encik bintang ) kenalkan buku ni, 
Hilal Asyraf ni kawan sekolah dia dulu MATRI, di Perlis.
kisah apa sampai si Hilal Asyraf rajin nak tulis novel gini?

review aku sendirilah kan kan kan :

Hilal Asyraf mengarang tentang pasukan bola tampar yang mana sepuluh tahun lepas mencipta fenomena menewaskan SSNP namun pasukan bola tampar MATRI makin merundum prestasi sehingga mahu dibubarkan. sehinggalah kedatangan Hussam, jurulatih baru yang dicopkan Hitler oleh pasukan bola tampar. SSNP yang megah dengan kejayaan 25-0, buat pasukan MATRI berkobar mahu menewaskan 'musuh ketat gelanggang' mereka. disamping mahu mengembalikan kegemilangan pasukan bola tampar, Hussam juga menanam sikap setiakawan antara mereka, walaupun pada mulanya wujud 'double standard' dikalangan pemain, semangat tak kenal putus asa untuk meraih kejayaan. konflik dengan keluarga, konflik diri sendiri, mencari jalan pulang. 


bagi aku, novel ni sarat dengan mesej 
PERPADUAN, UKHWAH, SEMANGAT KERJASAMA, TOLENRANSI, MENCARI JATI DIRI SENDIRI etc etc.

baca novel ni macam naik roller coaster yang banyak loops. macam mana korang naik roller coaster macam tu korang rasa bila baca novel ni. 

.teruja. 
MySpace
.takut. 
MySpace
.nak menjerit. 
MySpace
.geram. 
MySpace
.kelakar. 
MySpace
.sayu. 
MySpace
.sedih. 
MySpace
.semua ada.

yang penting,

banyak nasihat ++ pendoman.


aku tak malu nak mengaku, novel ni buat aku menangis. berbaloi korang baca, aku jamin!
memang terhibur. diselit mesej dakwah. rate aku berani bagi 10/10.
yelah aku asyik baca novel cintan cintun, beralih arah kejap.

terima kasih Najmi kenalkan aku dengan novel VT ni,
 aku rasa rugi sebab aku tak memiliki yang terawal dan lambat kenal tentang VT.
walaupun aku menjerit bila time ending 
(isk! dah ko jangan nak gelak sinis lagi annoying ko tu) 
tapi takpelah,

MySpace
++i love VT++

buat Hilal Asyraf,
 **credit to google.com**

boleh buat sambungan VT 2?
terima kasih atas karya novel anda yang sangat bermakna, sangat menyentuh jiwa,
watak anda dalam novel tu sangat terkesan untuk saya.

MySpace

babai. nak baca lagi novel VT ni. sangat seronok!




******************
"what? semua pemain MATRI tahun lepas dibuang? How can that be?" Ridhwan menyebut kembali tulisan yang tertera pada kertas pengumuman itu. Tidak sangka.
******************
" yang kuat kadangkala boleh digegarkan dengan taktik yang biasa. kerana mereka sering dengan cara yang luar biasa, sehingga terlupa dengan taktik yang sangat biasa."
kata-kata faiz menjengah dikepala.
********************
Saiful Rahman menyusun startegi.
" Ingat semua, kuncinya adalah kepercayaan kamu kepada ALLAH dan kegigihan usaha kamu. Startegi ini hanya usaha kita sahaja"
semua mengangguk.
********************
Matahari itu sumber tenaga,
memancar tanpa kenal erti jemu dan kecewa,
hanya malap apabila masanya sudah tiba, 
sebelum itu terus memancar memberikan cahaya.
++ VT ++

Tuesday, September 7, 2010

lagu raya.

aku pasang lagu raya...


MySpace

kagum tak?
hahaha.
MySpace

tengah-tengah aku cari lagu raya,
aku terjumpa lagu ni...
catchy juga a...
aku suka!


MySpace

ni aku letak atas permintaan,
macam-macam lagu aku pasang,
ikut halwa telinga aku...
keh keh keh...

kenapa aku pilih pasang lagu ni?
sebab lagu ni...
memang ADA KENA MENGENA DENGAN KITA SEMUA
bila bab-bab raya...
dalam bab yang lain pun ada jugak....

ni aku sertakan lirik lagu tema blog aku :

Terkenang
Di ketika itu
Ku di manja
Dan di sayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba di penuhi
Walau hidup
Dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnyaSalam Aidilfitri
Ayah Bonda yang di cintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerana belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu
Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibir mu kan menutur senyum
Andainya anak-anak mu bahagia
Salam Aidilfitri
Ayah Bonda yang di cintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerana belum cukup berbakti
Di Aidilfitri X2



TERIMA KASIH UMMI, ABAH SEBAB SEDIAKAN DUIT UNTUK BELI BAJU RAYA, KASUT RAYA, & SEBAGAINYA.

sebagai balasan: i wash your car dad! (anta kedai aje ;p )
MySpace

maafkan anakmu kerana belum cukup berbakti lagi...

MySpace

Monday, September 6, 2010

HIGH CUT VS RAYA...

assalamualaikum my readers, hahaha...aku hari ni jadi pemandu kepada emak ++ adik-adik pergi shopping barang raya. si Iem dah bising, " nak songkot! nak baju raya!" aish, hari ni mengagahkanlah diriku beli baju raya tapi TAK SEMUDAH YANG DISANGKA. ummi offer sepasang kain ela, kasut raya yang TAK MUNGKIN AKU TOLAK. 

kenapa aku cakap TAK SEMUDAH DISANGKA, yang perempuan senang aje, beli kain ela, tudung sepasang dua, kasut sepasang. settle. mujur kat rumah 3 orang perempuan aje, Ummi, aku dan adik perempuan. yang adik lelaki aku baju nak macam-macam fesyen, baju tshirt tengkorak la ( ada hati nak bawak gi solat ), leher cekak musanglah. rasanya kalau dah kawin anak berderet-deret gitu kot, Ummi relaks aje settle down, aku penat dok jerit mengawal 3 orang askar. geli hati kot, tengok kerenah dorang beli barang. 

baju raya tahun ni warna coklat, sekarang ni aku dok fikir. fesyen apa yang aku patut buat? kebarung? atau baju kurung moden? leh bawak beraya rumah mak mertua..tettttt...terkeluar daripada agenda. hahahaha. hurm, ada idea? aku tak minat nak beli baju dah siap jahit, aku senang jahit sendiri. baru ada trill nak siapkan baju tu. kalau contoh yang ni ok tak?


** salah satu daripadanya**
*credit to google.com*

tak kisahlah, janji berjahit baju aku kan? masa kat Carrefour, tengah aku teman adik aku cari kasut, tiba-tiba aku ternampak sesuatu yang menyinar! dan aku terus jatuh hati ( encik buah ati pliss jangan jeles, hoho ) tengok sepasang kasut JAZZ ni, HIGH CUT lagi tu. warna mestilah warna obsesiku, BIRU. suka sangat! biru kombinasi dengan warna merah jambu. tali kasut tu warna merah jambu, tak kisahlah...hati dah suka. lama taw aku cari kasut jenis macam ni...


apa lagi sambar la sepasang. suka sangat! lepas ni senang aku nak pergi kelas, gilir pakai dengan kasut B.U.M biru aku yang tapak dah nak haus. kasut tu lagi sayang. encik buah ati pilihkan ( dia tahu aku suka warna biru, saje pilih warna biru..hahahaha ) 

raya aku tahun ni simple & happy. bagi aku raya bersederhana, tak perlu nak tukar sana sini over budget, simple sudaaa...lagipun membazir amalan syaitan. eh siapalah aku nak membebel pasal persiapan hari raya, aku tak kerja dan tak berumah tangga maka dok diam-diam jahit baju. keh keh keh. nanti dah kasut baru boleh membebel pasal persiapan raya. tapi, sempat kah nak menunggu ramadhan akan datang? INSYAALLAH.







notakaki: 
member kelas tingkatan 5 ajak pergi raya sama-sama. wah! dekat 3 tahun tak jumpa. ;p

Friday, September 3, 2010

PREVIEW.

ada preview minggu ni,
aduhh...sakit-sakit badan aku siapkan kerja,
biasalah student.
kesian taw...
hahahahaha...
** okay mereng **

ni lah yang termampu tambah dengan otak senget dicampur dengan idealistik yang banyak tapi tak terluah pun kat majalah aku. hoh. aku mula nak teruskan dengan majalah perkahwinan, siap bercita-cita lagi daripada sem lepas nak buat majalah berkonsepkan perkahwinan. entah macam mana, semester ni aku laju aje cakap nak pensyarah aku merangkap supervisor, "saya nak buat medical magazine".




maka terhasilah....


bersengkang mata, buat mende ni. ni lah hasilnya~~

Diagnosis diambil daripada perkataan perubatan yang bermaksud = identifying the illness.
tapi dalam bahasa Greek, Diagnosis membawa maksud = Distinguish.
highlight untuk keluaran majalah aku tentang ubat, beberapa jenis penyakit yang orang mungkin pandang biasa tapi memudaratkan. 

contoh macam ANOREXIA NERVOSA, penyakit ni orang yang TERLAMPAU kurus tapi TERASA GEMUK. ini berbeza dengan orang kurus, orang kurus terjadi disebabkan metabolisme dalam badan tinggi. pesakit ANOREXIA NERVOSA akan memuntahkan balik makanan yang dorang makan, nak kenal senang aje, tengok kuku. kalau kuku seseorang tu mengerutu (bukan macam orang suka gigit kuku), tu tandanya dia suka korek mulut muntahkan makanan. pesakit ni senang aje nak kesan, pesakit ni banyak dikalangan model yang bersaiz kosong.





bila depan cermin aje, dorang akan terasa dorang ni GEMUK, sedangkan dorang dah KURUS!



ANOREXIA NERVOSA.


ni contoh pesakit anorexia, sangat berbeza dengan orang sihat kurus sebab metabolisme tinggi. alah, korang boleh bezakan mana yang kurus sihat, mana yang kurus tapi tak sihat...


******
iklan pulakk...hehehe



ni back cover. jangan tanya aku tema apa. T__T



haa... ni iklan aku, siap kene kutuk dengan BUDAK CIVIL. 
ingat senang ke nak buat macam ni,
bengkak mata, bengkak hati taw nak buat. hoh. 

okay ni baru sikit, naik cuti raya terderet-deret lagi kerja. 


yang pastiiiii....
esok aku dah start cuti!!
2 minggu cuti,
boleh cuti sakan~
yang penting, saya mahu tido!



p/s : 
bila menjawat jawatan PELAJAR, anda terdedah dengan TIDUR yang banyak. haha. ;p




nota kaki : SELAMAT HARI RAYA. mahu cuti sakan sebelum pulang ke kampuss ;p