Saturday, April 7, 2012

be nice.



aku tengah google cari gambar sambil membunuh masa berehat sebelum membelasah segala assignment, then i saw this pic. BE NICE.

be nice to other people.

Tuesday, March 20, 2012

love.


 

 

 

Sunday, March 18, 2012

running with nike.

assalamualaikum...

hai! sabtu 17 mac aku join larian UiTM dihatiku - Nike tapi masa taklimat pagi tadi, dorang bagitau yang Nike tarik diri last minute. tak dapatlah den nak merasa lari pakai kasut nike, ahaks! larian tadi 2km, rentas uitm trek macam roller coaster, ramai jugak yang join tadi. event ni anjuran pusat sukan, runner club and kresma. best jugaklah walaupun dekat aje 2km, pancit aku lari.

 MySpace

masa lari tadi, yang kat belakang-belakang, gegurl and yang menyusup ke depan boboi. i just wonder, apsal laki lari laju sangat a?? MySpacesampai stadium uitm, ambil kupon konon-konon nak register runner club tengok ramai orang nantilah.

seronok jugak lari-lari ni, cepat sket kurus. ye dak? maka, jom le kita joging petang-petang. pagi-pagi korang nak tido kan. hahaha.
MySpace

Wednesday, March 14, 2012

wordless wednesday.

Monday, March 5, 2012

back to school of communication and media studies.









kelas sudah mula.
semester baru.
sudah ada kerja sekolah.
kelas banyak 3jam kredit.ouh, berpinar mata~

Tuesday, February 28, 2012

shopping.

assalamualaikum.


dah lama aku tak pergi shopping.mostly mr.winky yang ajak, kadang-kadang aku malas pilih, aku suruh mr winky yang pilih. senang, sebab lelaki sofisikated, pick and buy. kalau aku, pilih, pilih, pilih, pilih, pilih, pilih dan beli tak beli. sabar laa ye mr winky.


semalam shopping kat times square & sg. wang. aktiviti lama yang dah tak berapa nak berjalan. aku dah lama tak shopping sendirian, kira macam reward untuk diri sendiri dengan chocolate cream chip starbucks!


p.s :
bapak aku pesan, kalau nak chocolate cream chip, abeskan exam dulu. 
=')

lebih kurang macam ni laa kalau mr winky ikut aku pergi "officially shopping".
 well, i am shopaholic.

Monday, February 27, 2012

memories - Hospital besar Kuala Lumpur (HKL)

assalamualaikum...


hari isnin, 21.2, aku pergi shah alam. teman pengarah program kain rentang gergasi minta pandangan daripada tuan penasihat persatuan, aku jumpa my bbf sister, aida. dah lama tak jumpa beliau, aktiviti shopping kitaorang pun tergendala, a few years ago aida masuk program fast-track degree uitm, aku kekal dalam diploma. jadual degree and diploma tak sama, sejak aku pindah fakulti, lagilah susah nak jumpa. haiihh.


balik tu, winky asked me, "nak pergi manaa?", i said, "entah", sampai ampang, aku pun, "oh! jangan amek jalan itu, kita amek jalan ni", "naaa, go straight!", "entah, taktaw nak gi kiri ke kanan. kita gi mana yang dekatlah". gps aku bawak aku ke HKL! tiba-tiba, i just missed HKL. idea ni datang sepontan aje, sekali aku lupaa daa jalan pahang jammed. my bad. maka, aku buat entri ni, pengalaman rawatan di HKL. last aku pergi, tahun 2009. itu rawatan terakhir di jabatan dermatologi, HKL. aku rindu momen aku kat sana. =(


why i missed HKL, when i was 12years old, every month mesti kena pergi jabatan dermatologi,HKL buat check up kulit muka sebab aku sakit kulit, ...... eczema (jangan tanya fullname), masa form 4, pergi checking balik kat HKL, same routine! medical check up, doktor pakar tanya macam-macam. sejak tingkatan lima, aku memang ulang-alik dari sekolah ke HKL setiap bulan. hari jumaat, aku dah stand by bawak kad klinik, masa tu rasa seronok sebab rasa berdikari, naik turun bas.hahaha. naik bas sampai maluri, tunggu pulak bas ke HKL.kalau terasa awal pergi, boleh singgah KLCC sebab bas rapidkl lalu KLCC. notty me.


2007-HKL : tahun ni tahun rasmi aku mengulang dari sekolah ke sini, sendirian okey! disebabkan aku pergi sendiri, takde orang hantar. memang aku bergantung harap kat bas, cepat bas, cepat la den, lambat bas, lambat la den. yang paling geram,jalan pahang kan jammed, kadang-kadang kalau rasa lambat sangat, aku turun kat depan IJN, jalan kaki ke HKL.bila bas sampai dulu kat bus stop HKL, aku tak sampai lagi. masa tu rasa, oh menyesalnya... temujanji pukul 2.30 petang, kadang-kadang aku sampai awal sikit, sampai pukul 3.00 petang dan ada aku sampai pukul 4.30 petang! klinik tutup pukul 5.00 petang! dengan pakai baju sekolah, da selebet time tu, "akak! sori lambat, bas takde kak! saya datang jauh-jauh ni, abis waktu sekolah terus pergi sini (HKL)" tu la ayat aku kat akak kaunter kalau aku datang lambat, dapat jugak jumpa doktor. terima kasih akak kaunter! doktor yang datang cek aku, memang tukar-tukar, ada doktor friendly ada yang tak friendly, garang.hihihi. kalau nak ponteng sekolah boleh sebab aku ada surat doktor, tapi rasa sayang, dah la nak spm tahun tu. baik ulang-alik. HKL je punn...


aku ingat sorang doktor perempuan ni, doktor cun! sebab apa aku ingat dia, sebab dia kikis sikitt kulit pipi aku guna bilah pisau cukur kot, dia cakap "steady...", "saya steady doktor", lagi dekat bilah tu, lagi jauh aku.hahaha.pastu doktor tu pegang pipi belah kanan aku bagi aku tak bergerak, imaginasi aku, waaa, pipi aku berdarah. tapi sebenarnya tak pun, doktor nak ambil sample kulit aje. budak-budak punya imaginasi.hehe. my mom ajar, lepas amek ubat kat farmasi, mintak doktor cek. bila aku pergi jumpa balik tunjuk ubat, aku tengok doktor tu tengah tengok kulit pipi aku kat bawah mikroskop, ciss..aku patut mintak nak tengok. terlepas peluang.


masa bulan puasa, takde skip yer, memang tiap-tiap bulan aku pergi sampai aku abes spm. masa bulan puasa, aku terfikir nak beli makanan tapi rasa macam awal aje, aku tak belilah. dalam bas rapidkl, masa tu jammed kat belakang klcc, dah azan maghrib! telan air liur la gitu! sampai maluri,aku singgah jusco, aku beli makanan. maka, sejak tu, memang aku standby makanan dalam beg sekolah sebab sampai rumah pukul 9.30 malam. memanglah penat, ulang-alik tiap bulan. tapi sebenarnya, seronok. sebab, aku boleh tengok tempat lain. aku jalan-jalan kat HKL, jumpa wad sakit mental, wad ortopedik, teruja betul aku masa tu. aku tengok macam-macam orang. aku jumpa doktor best! you rock doktor dermatologi! aku tahu pusat darah kat mana. panggung sari kat mana, istana budaya la tu. aku sesat sampai mana ntah, pastu pakcik teksi hantar betul-betul depan HKL, pakcik teksi bagi free pulak tu, takyah bayar tambang. sampai sekarang aku pun taktahu aku sesat kat mana, sebab bangunan banyak sangat yang tinggi =.='


i was 7teen at that time. turun bas rapidkl kat depan padang HKL, rentas wad bersalin, rentas neurologi, turun sikit jumpa unit kecemasan, unit separa trauma, kadang-kadang tengok ambulans bawak turun pesakit kat unit kecemasan, lari-lari sket sampai la jabatan dermatologi dengan pakai baju sekolah masa tu.kalau turn lambat, turun pergi kafe kat bawah beli air dengan roti. macam mana laa aku tak rindu aktiviti macam ni,hehehe. walaupun sekarang dah tak pergi dermatologi, aku masih memerlukan aquacream.


untuk doktor dermatologi yang rawat saya, walaupun doktor cakap ekzema jenis saya alami ini takde ubat buat masa kini (2007), saya tak kisah sebab doktor bagi saya pengalaman yang best! walaupun saya langgar sikit laa arahan doktor, seperti saya tak jadi vegeterian.saya makan seafood lagi.saya masih berjalan dibawah matahari walaupun doktor tak galakkan saya berada bawah matahari, doktor tak bagi itu dan ini tapi saya buat itu dan ini. thank you doctor~