Showing posts with label running.jogging.. Show all posts
Showing posts with label running.jogging.. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

cara-cara nak kurus

assalamualaikum!

hai, hari ini saya nak kongsi tips nak kurus! ye kurus! ni berdasarkan pengalaman diri sendiri bertungkus lumus kurus masa semester lepas. sebelum ni masa belajar zaman diploma, aku tak naik berat badan sangat sekadar terlajak satu dua kilo aje, biasalah stress belajar. kecik molek je badan masa tu, double chin tak wujud lagi. segala-galanya wujud masa zaman degree. dalam masa setahun setengah aku berjaya menambah berat badan 5kilo, walaupun 5kilo lemak dalam badan menampung dua kali ganda, bersamaan 10kilo lemak aku berjaya menambah dan masa cuti semester aku berjaya lagi sekali melonjak 2 kilo menjadi 57kg. gemuk, berisi. mr Z dah tegur banyak kali, aku siap emo sweeping declaration nak jogging, diet. semua kelaut.

cara-cara nak kurus.
aku nak share pengalaman aku kurus. tak semua orang boleh turun badan cepat, yang penting. sabar. pelan-pelan, buat minggu ni exersice bagai nak rak minggu depan kau nak shape cantik.

1. jogging. Lari.
aku jogging selalu dengan Fifi, kawan baik aku kat uitm. Fifi ni merangkap trainer aku yang tak berbayar, kalau jogging dengan dia WAJIB HARUS NAK TAK NAK kena pusing tasik 3 round. kena habiskan jugak, kadang-kadang aku tak larat dia bagi semangat push. bagi advice tips dalam running. yang paling penting, kalau aku berjaya settle 2,3 pusingan. dia bawak aku pergi makan mana aku nak. tu kira sebagai motivasi aku. sambil lari, aku set kan apa aim aku, apa reward aku dapat. contoh, korang dah lari tiga pusingan, bagilah reward untuk diri sendiri, makan ais krim ke cendol ke. ni dah penat penat lari, takkan la taknak bagi diri hadiah sambil-sambil sihatkan badan ye dak? sambil-sambil lari tu bawakla ipod ke mp3 ke takde la korang bosan lari-lari petang tak dengar lagu.


2. swimming. Renang.
siapa yang tak pandai berenang boleh la pergi sign up kelas renang, mengamalkan sunnah rasulullah s.a.w belajar berenang. aku selalu renang 8 lap pergi balik tu kalau tak ramai orang, kalau berlagak sikit aku berenang laju-laju macam masuk competition, kalau mood pemalas aku swimming lambat-lambat konon-konon amek feel. kalau pool ramai orang, lambat sangat aku sampai hujung pool. traffic jammed dalam pool yang tak dapat dielakkan.

3. jalan kaki.

30 minit jalan kaki boleh kuatkan lutut, sihatkan jantung, turunkan kalori. aku selalu pergi kelas jalan kaki, ok bukan pergi kelas saja ye, mostly aku jalan kaki dalam uitm tu. masa duduk kat kolej seroja dulu, jalan kaki kenderaan utama aku. dinner dengan roomate jalan kaki ramai-ramai pergi seksyen 2, balik pun jalan kaki. pergi Plaza Alam sentral, PKNS, SACC mall pun jalan kaki okay. nak pergi jogging kat tasik seksyen dua? takde masalah, jalan kaki. pergi seksyen 4, pejabat pelajaran selangor dari kolej seroja settle masalah tukar sekolah adik aku pun aku jalan kaki juga. sambil-sambil jalan kaki, dalam kepala aku dok merangka nak buat apa? azam apa? ligat otak aku fikir macam-maca. kalau pergi study kat library, pergi aku naik bas balik aku jalan kaki. kalau komplen jalan kaki peluh, tu la purpose untuk peluh, buang toksik dalam badan.

4. minum air putih.
dah lah 0 kalori, minum air masak sebelum tidur dengan selepas bangun boleh sihatkan kulit, insyaallah kurang dapat sakit.

jaga makanan, nak makan semua boleh asalkan dalam small portion. aku ni ada big appetite, aku bantai makan lepas tu aku bantai exercise. nak kurus mestilah ada usaha nak kena buat kan? tak payah nak crash diet, aku pernah buat. tak jadi, buat selera aku makin bertambah. diet makan megi, sangat tak sihat badan. aku buat diet ni pun aku minta pandangan doktor, doktor cakap rajin-rajin jalan kaki dalam uitm shah alam, banyak bukit, banyak tangga. exercise kat situ. makan, kawal.

jadi buat kawan-kawan nak diet atau terasa nak diet, sila minta pandangan doktor dahulu. yang tengah diet, silalah merajinkan diri anda bersenam keluarkan peluh. untung-untung boleh dapat bentuk cantik. yang tengah nak exercise tapi tak tahu nak buat mana, silalah mencuba tips ni. sebagai motivasi anda, aku nak share yang Madonna yang cantik walaupun umur dah 50 ++ tahun tu, sehari 3 jam beliau exercise. Will Smith beliau makan apa saja tapi malam dia tak makan.

result kurus? alhamdulilah aku hilang 6 kilogram. bukan turun sekelip mata, take times jugak ye. sebaik-baiknya bersenam 3kali seminggu. jangan push badan, buat ikut sampai mana boleh buat. nanti tak pasal-pasal overdose sampai dehydrate.

selamat bersenam. kalau aku rajin, aku share tips.


glitter-graphics.com

Friday, November 23, 2012

Run For Your Lungs.

assalam.

mengenangkan hobi baru aku sekarang ni pergi berlari tapi virus malas berjogging setiap petang, nak gebang yang 2,3 minggu lepas join larian lagi. kat KL jugak, kat taman tasik titiwangsa,KL. cantik oo taman tu, rasa macam kat Hyde Park pulop. larian kali ni 7km ye tuan-tuan. larian kali ni bertemakan, Lari untuk Paru-paru anda (Run for your lungs) untuk sambutan hari paru-paru.

yang nike run kan bertolak petang, larian kali ni pukul 4.45 pagi call time naik bas uitm. ni first trip aku yang memerlukan bangun pagi awal. sudahnya pukul 5.15pagi aku dengan fifi naik bas, terlajak tidur. dalam bas kemain nak tido tapi sudahnya berborak. yang lain dah tersadai tidur.

tentatif lari pagi tu kat KL;
5.45 pagi : berhenti kat petronas solat subuh.
7.00 pagi : sampai taman tasik titiwangsa, pin tag larian, warm up.
7.30 pagi : lari boh! 7km tuu.
8.45 pagi : daku dah sampai kat finisher line, siap dapat medal TOP100.
9.00 pagi : berseri-seri muka first time menang medal acara larian.

catatan masa meningkat sikit, okay la berbanding yang dulu. kena maintain ni. hahaha. uitm sekarang ada 2,3 event lari pusing uitm. try la nanti, lari dalam uitm yang berbukit bukau yang tinggi kemain. mampu ke tak mampu time tu, haha.

p/s: aku suka no bib, 16 is my birthday, 1 is me. eceh!
p.p.s: fifi antara orang yang selalu bagi semangat untuk terus lari dan untuk tidak mengelat.

Sunday, March 18, 2012

running with nike.

assalamualaikum...

hai! sabtu 17 mac aku join larian UiTM dihatiku - Nike tapi masa taklimat pagi tadi, dorang bagitau yang Nike tarik diri last minute. tak dapatlah den nak merasa lari pakai kasut nike, ahaks! larian tadi 2km, rentas uitm trek macam roller coaster, ramai jugak yang join tadi. event ni anjuran pusat sukan, runner club and kresma. best jugaklah walaupun dekat aje 2km, pancit aku lari.

 MySpace

masa lari tadi, yang kat belakang-belakang, gegurl and yang menyusup ke depan boboi. i just wonder, apsal laki lari laju sangat a?? MySpacesampai stadium uitm, ambil kupon konon-konon nak register runner club tengok ramai orang nantilah.

seronok jugak lari-lari ni, cepat sket kurus. ye dak? maka, jom le kita joging petang-petang. pagi-pagi korang nak tido kan. hahaha.
MySpace