mengenangkan hobi baru aku sekarang ni pergi berlari tapi virus malas berjogging setiap petang, nak gebang yang 2,3 minggu lepas join larian lagi. kat KL jugak, kat taman tasik titiwangsa,KL. cantik oo taman tu, rasa macam kat Hyde Park pulop. larian kali ni 7km ye tuan-tuan. larian kali ni bertemakan, Lari untuk Paru-paru anda (Run for your lungs) untuk sambutan hari paru-paru.
yang nike run kan bertolak petang, larian kali ni pukul 4.45 pagi call time naik bas uitm. ni first trip aku yang memerlukan bangun pagi awal. sudahnya pukul 5.15pagi aku dengan fifi naik bas, terlajak tidur. dalam bas kemain nak tido tapi sudahnya berborak. yang lain dah tersadai tidur.
tentatif lari pagi tu kat KL;
5.45 pagi : berhenti kat petronas solat subuh.
7.00 pagi : sampai taman tasik titiwangsa, pin tag larian, warm up.
7.30 pagi : lari boh! 7km tuu.
8.45 pagi : daku dah sampai kat finisher line, siap dapat medal TOP100.
9.00 pagi : berseri-seri muka first time menang medal acara larian.
catatan masa meningkat sikit, okay la berbanding yang dulu. kena maintain ni. hahaha. uitm sekarang ada 2,3 event lari pusing uitm. try la nanti, lari dalam uitm yang berbukit bukau yang tinggi kemain. mampu ke tak mampu time tu, haha.
p/s: aku suka no bib, 16 is my birthday, 1 is me. eceh!
p.p.s: fifi antara orang yang selalu bagi semangat untuk terus lari dan untuk tidak mengelat.

No comments:
Post a Comment