ye.ini cerita lama.bulan oktober punya cerita tapi bulan ini baru nak menggodek blog.haha.blog ini sedang mengalami fasa turun naik bila si penulis masa nak tulis, tulis ikut masa lapang sendiri dan blog takle nak access. ok. berhenti mengarut. Nike we Run tajuk blog minggu ini.
ini larian pertama aku masuk selepas lari merentas desa yang banyak kali aku mengelat nak lari.hehe. Nike we Run KL 10KM ye tuan-tuan dan puan-puan, si pengelat lari merentas desa berlari sejauh 10kilometer di kuala lumpur dan ini pertama kali event besar den masuk. dah la tak rajin nak pergi jogging, masuk pulak acara 10km. takpe, itu semua cabaraaan.
sebulan aku training, lari dengan member. tak keluar jogging, aku akan mengayuh basikal depan tv sambil mulut mengunyah makanan. dicampur pula dengan aktiviti berenang selang sehari. kalau nak diikutkan aku overdose exercise sebab balik daripada jogging, terus siap pergi swimming. cukup bulan, wa jadi atlet bina badan.ketak sana sini. haha.
kalau nak diikutkan dah lama nak join kelab larian uitm atau nama glemer, UiTM Runners Club (URC) sejak daripada diploma lagi. bila dah masuk degree level ni, aku nak try semua perkara yang dulu aku tak rasa aku nak buat. maka, tersangkutlah eden pada URC, kebetulan banyak member yang join URC, contoh, Fifi, dia yang call aku masa bulan puasa lepas cakap " Jom, Nike Run", aku pun balas "JOM". okay, nampak tak betapa eksited dan terujanya daku ketika itu. dan yang best training dengan fifi ni, kalau lari dengan dia, at least, AT LEAST yee 3 pusingan. member atlet uitm kan, what to do. redah je la. kitaorang jogging kat tasik seksyen 7, seksyen 2 dengan stadium uitm. semangat oh!
maka, setelah tiap2 petang daku berlatih berlari, maka tibalah hari kejadiaanya. start larian petang, dan peserta yang masuk larian ni 15,000 orang ye. aku ntah ceruk mana ada. nak lari berhimpit-himpit. yang syok dj hitz.fm pun datang, JJ and Ean. every pit stop, aku stop minum air, tengok artis buat persembahan, yang ada time tu dj gold fish and blinks.
tag larian. gyeah!
fifi and me.
the green lantern.
URC team.
tengah tunggu siren nak start berlari.
officially banner.
siapa yang berjaya tamatkan larian dapat tshirt finisher. :')
KL.
URC team. dorang lari laju ooo.
sight seeing lagi. haha.
walaupun catatan masa aku tak begitu memberangsangkan, tapi sekurang-kurangnya aku dapat finisher tshirt.Nike bagi okay, bangga kejap. walaupun ini bidang sukan yang baru aku try tapi takpe, larian yang seterusnya aku try lagi maintain lari.
til then. papai.
No comments:
Post a Comment