hai, hari ini saya nak kongsi tips nak kurus! ye kurus! ni berdasarkan pengalaman diri sendiri bertungkus lumus kurus masa semester lepas. sebelum ni masa belajar zaman diploma, aku tak naik berat badan sangat sekadar terlajak satu dua kilo aje, biasalah stress belajar. kecik molek je badan masa tu, double chin tak wujud lagi. segala-galanya wujud masa zaman degree. dalam masa setahun setengah aku berjaya menambah berat badan 5kilo, walaupun 5kilo lemak dalam badan menampung dua kali ganda, bersamaan 10kilo lemak aku berjaya menambah dan masa cuti semester aku berjaya lagi sekali melonjak 2 kilo menjadi 57kg. gemuk, berisi. mr Z dah tegur banyak kali, aku siap emo sweeping declaration nak jogging, diet. semua kelaut.
cara-cara nak kurus.
aku nak share pengalaman aku kurus. tak semua orang boleh turun badan cepat, yang penting. sabar. pelan-pelan, buat minggu ni exersice bagai nak rak minggu depan kau nak shape cantik.
1. jogging. Lari.
aku jogging selalu dengan Fifi, kawan baik aku kat uitm. Fifi ni merangkap trainer aku yang tak berbayar, kalau jogging dengan dia WAJIB HARUS NAK TAK NAK kena pusing tasik 3 round. kena habiskan jugak, kadang-kadang aku tak larat dia bagi semangat push. bagi advice tips dalam running. yang paling penting, kalau aku berjaya settle 2,3 pusingan. dia bawak aku pergi makan mana aku nak. tu kira sebagai motivasi aku. sambil lari, aku set kan apa aim aku, apa reward aku dapat. contoh, korang dah lari tiga pusingan, bagilah reward untuk diri sendiri, makan ais krim ke cendol ke. ni dah penat penat lari, takkan la taknak bagi diri hadiah sambil-sambil sihatkan badan ye dak? sambil-sambil lari tu bawakla ipod ke mp3 ke takde la korang bosan lari-lari petang tak dengar lagu.

2. swimming. Renang.
siapa yang tak pandai berenang boleh la pergi sign up kelas renang, mengamalkan sunnah rasulullah s.a.w belajar berenang. aku selalu renang 8 lap pergi balik tu kalau tak ramai orang, kalau berlagak sikit aku berenang laju-laju macam masuk competition, kalau mood pemalas aku swimming lambat-lambat konon-konon amek feel. kalau pool ramai orang, lambat sangat aku sampai hujung pool. traffic jammed dalam pool yang tak dapat dielakkan.


4. minum air putih.
dah lah 0 kalori, minum air masak sebelum tidur dengan selepas bangun boleh sihatkan kulit, insyaallah kurang dapat sakit.

jadi buat kawan-kawan nak diet atau terasa nak diet, sila minta pandangan doktor dahulu. yang tengah diet, silalah merajinkan diri anda bersenam keluarkan peluh. untung-untung boleh dapat bentuk cantik. yang tengah nak exercise tapi tak tahu nak buat mana, silalah mencuba tips ni. sebagai motivasi anda, aku nak share yang Madonna yang cantik walaupun umur dah 50 ++ tahun tu, sehari 3 jam beliau exercise. Will Smith beliau makan apa saja tapi malam dia tak makan.
result kurus? alhamdulilah aku hilang 6 kilogram. bukan turun sekelip mata, take times jugak ye. sebaik-baiknya bersenam 3kali seminggu. jangan push badan, buat ikut sampai mana boleh buat. nanti tak pasal-pasal overdose sampai dehydrate.
selamat bersenam. kalau aku rajin, aku share tips.
glitter-graphics.com
No comments:
Post a Comment