hai, hari ni nak cerita pasal curi. did you know, a few month ago my bag was been stolen. yes, bag aku hilang. kena curi masa test BEL, hari isnin. ingat lagi woo. beg hilang, siapa boleh lupa kan? yang tak berapa baiknya, pagi tu aku hilang beg, lunch hours lepas tu aku accident. punyalah ALLAH swt nak uji, masa tu rasa ada batu konkrit hempap aku yang pendek ni ha. isk isk, takpe aku dah berlapang dada.
kronologi.
pagi hari isnin tu, aku ada test meeting and discussion untuk kelas BEL (english class) di fakulti sains sukan, dekat kawasan tu ada 3 fakulti, fakulti mass com, fakulti sains sukan dan fakulti sains polisi. madam BEL offer kelas dia di fakulti sains sukan sebab bilik tu takde student pun, disebabkan group aku last, kitaorang tunggu kat kelas sebelah. masa tu banyak lagi beg budak-budak kelas aku. aku tak fikir apa sangat pun time tu, fokus test aje. bila sampai giliran kami. aku masuk bawak handphone dan buku. tu je. aku tak tahu yang budak group aku bawak masuk beg dalam bilik test dan aku ada dengar tadi yang ada seseorang yang akan tengokkan beg kami. aku letak beg aku tu ada kerusi. lepas 20 minit test, aku masuk kelas sebelah tengok ada 3-4 orang budak sains sukan. aku tengok beg aku takde. aku tanya dorang, "ada nampak beg hijau tak?" dorang cakap tak.
aku tanya budak kelas aku, aku call member yang dah balik, wawa dan aishah. mostly dorang cakap, "kitaorang nampak". nampak tapi tak tolong ambik buat apa? tension aku time tu. sorang-sorang angkat kaki balik tinggal aku yang terkontang kanting lari sana sini cari beg. alhamdulillah aku bawak handphone. kalau tak mahu aku pengsan-pengsan kat sini. okey time tu aku dah nak pengsan pun. yang tinggal tolong aku cari beg tu, kay dengan naz. setia tolong aku cari beg. siap tolong tenteramkan aku dan "okay, what should we do? keep looking about one hours, check at the admin and then we do the police report". nak buat tu aku tunggu sampai aku betul-betul give up. aku lari tanya setiap admin, setiap bilik technician, students yang lalu lalang kat situ dan orang yang terakhir aku tanya, cleaner's. daaann, aku pun give up.
lunch hours.
naik kereta kay pergi balai polis buat report, sudah siap semua report. kitaorang nak pergi makan tengah hari. dekat seksyen 7, kay U-turn. masa dia nak U-turn, aku ada nampak ada motor laju."lajunya motor tu". naz pun nampak. kay pun U-turn, TIBA-TIBA, *BUNYI BERDENTUM* aku pusing kepala cari arah bunyi tu, sekali aku pandang arah kay nampak ada perempuan tercampak ke tepi tempat driver. aku menjerit, kuat. naz dengan kay blur kejap, disebabkan aku duduk belakang aku nampak orang dah angkat budak perempuan tu. badan aku ni ha dah lemah-lemah, otak aku terus imagine berdarah-darah budak tu. aku call zul, beritahu apa yang terjadi, "what should we do? what should I do?" zul nasihatkan turun tengok keadaan budak perempuan tu, call ambulans. aku tak turun tengok pun mulanya, aku takut. kay masuk kereta, start menangis. aku dah panik. aku tenangkan dia (diri sendiri pun tak tenang lagi) dia dah mula nak salahkan diri dia. "nobody fault okay" (tiru ayat drama HOUSE MD)
aku turun kereta lepas kay mintak tengok budak tu dengan naz. aku turun, call kak mai mintak nombor ambulans. polis dua orang dah datang, kitaorang explain what happen, pakcik jual buah tu explain what happen. budak perempuan tu? hilang ingat sementara. last yang dia ingat, dia dalam bas. aku ambik handphone dia, call sms siapa yang ada dalam contact list beritahu yang dia accident. by the way, budak perempuan ni student unisel. ambulans lambat sangat, kami bertiga decided bawak soleha pergi HTAR. naz drive, aku tenteramkan solehah. solehah luka ringan, takde yang teruk-teruk. angkat call and balas sms daripada hp solehah. kay? melayan perasaan aku dengan naz pujuk "nobody fault". naz, drive pergi HTAR. kitaorang bertiga sms budak-budak kelas beritahu yang kitaorang accidents, mintak bagitau Sir Ahmad kitaorang tak dapat masuk kelas pergi HTAR. berderet sms "be strong" masuk buat semangat. thanks!
HTAR, klang.
sampai hospital, kitaorang uruskan semuanya. beritahu doktor apa yang jadi, pergi scan MRI, daftar wad pemerhati. bersandar kat dinding kitaorang bertiga, dugaan menimpa. kekuatan? tak boleh nak rasa tak kuat masa tu. tunang kay datang hospital check kitaorang, saudara solehah datang lepas kitaorang maklumkan. family dia daripada johor dah bertolak time tu datang klang. solehah dah boleh ingat sikit-sikit, dia masuk wad pemerhati 6 jam sebab dia lepas accident. dekat pukul 9malam baru kitaorang beredar daripada hospital. 1.30 tengah hari sampai 9.00 malam, sangat panjang rasanya.
orang kata, bad things happen always have a reason why. hikmah kadang-kadang tak perlu tunggu, memang muncul depan mata. untuk aku, sepatutnya hari isnin aku kena pergi HKL untuk skin treatment tapi aku ke HTAR untuk tolong orang. ada kawan-kawan yang siangnya tadi tolong aku, sekarang aku yang tolong emotionally.
============================
kes beg aku tu, sebenarnya beg tu baru lagi. tak sampai dua minggu pakai, takpelah takde rezeki. dalam dompet takde duit sebenarnya, ada duit syiling aku rasa tak sampai seringgit pun. kertas resit bank banyaklah. 2,3 hari sebelum beg hilang. aku takde rasa nak keluarkan duit. beberapa jam sebelum beg hilang, aku habiskan duit balance dalam dompet tu beli hotdog roti impitz dengan air bubble. aku fikir nanti nak pergi HKL aku baru keluarkan duit sikit. alhamdullilah ALLAH swt nak tolong aku.
walaupun aku hilang beg, dompet, ic lesen sebagainya. memanglah leceh nak pergi buat baru, tapi hikmahnya ic yang muka 12tahun dah upgrade jadi 22 tahun. lesen 5minit siap buat kat JPJ padang jawa. perfume versace aku pun hilang jugak, tapi takpe bukan original pun. biarlah orang yang amik tu fikir Versace tu original. yang paling penting, sebenarnya dalam beg aku tu ada STOKING BASAH. eww. pagi tu shah alam hujan lebat, kasut aku basah. aku ni sensitif bila pakai stoking basah. aku bukak stoking, gulung masuk dalam beg. dan beg itu hilang. dompet takde duit pulak tu.
selamat membuka dan melihat stoking saya yang basah. haha *gelak jahat*
p.s: entry aku panjang. hewhew
glitter-graphics.com
No comments:
Post a Comment