Thursday, June 28, 2012

blog makanan.

assalamualaikum.


nom nom nom...


semester ni aku ada ambil subjek instructional communication, subjek ni belajar macam mana nak buat komunikasi interaktif, ala macam belajar ikut cd masa kat sekolah duluuu...tapi group aku decide nak buat website, topik utama kami pasal makananlah~


fokus website ni untuk memperkenalkan makanan tradisional malaysia, kitaorang pilih negeri Kelantan dan Negeri Sembilan. sambil-sambil kongsi resepi, cara nak buat dan fakta tentang makanan, ada video lagi tau nak masak makanan ni. yang Kelantan, kitaorang pilih ikan singgang, Negeri Sembilan pulak masak lemak cili padi, pehhh...masa present hari tu terliur aku, rasa macam nak balik mintak mak masak.


di sebabkan website masih 'underconstruction' kitaorang guna blogspot.com, kira macam ada dua laman-lah.  aku ada bincang dengan group mate untuk 'maintain' kan blog makanan ni, sebabnya...kitaorang ni suka makan tapi tak berapa terar masak macam budak kulinari, so kitaorang ni nak share simple recipe. blog makanan ni di handle oleh 5 orang, resepi yang masuk salah sorang dari kami yang masukkan. sharing is caring gittew.





buat masa ni belog ni masih fokus kepada menu ikan singgang dan masak lemak cili padi, kitaorang akan 'renovate' semula mungkin dalam cuti sem. insya-allah.


kawan dan makanan.

assalamualaikum...

Hai!

beberapa hari yang lepas, aku lepak dengan kawan-kawan. lama sangat tak jumpa, kampus sama fakulti lain-lain dan aktiviti pun lain-lain. ahaks! aku kan selalu missing in action, tak ke PTAR 4 kompem balik rumah sewa. di sebabkan kawan-kawan bising, dah laamaa sangat tak lepak sama, jadi kitaorang plan nak jumpa kat kedai mamak seksyen 7. yey! dekat dengan rumah, berlenggang kangkung aje ke sana.

jom layan gambar.

lokasi : restoran ihsana.
deskription : saya dan makanan, eh kawan-kawan.

i told ya. food lover.

eta and the boys.


gegau.

girls makan. ai tengok tibi.

aslam. teruja.

p.s :
naik bukit tabur next time lagi, please?
nak jugak naikk...


Sunday, June 24, 2012

ding dong.







tik tok.tik tok.


sedar tak sedar, dah final semester.
ralit dengan buku, tugasan, bercinta dengan library,
makin dekat dengan paper final exam.


ramadhan pun dah dekat.
yang penting.
cuti semester pun dah dekat.
peluk rak buku kat rumah, tak betah aku takde buku.
bagai *separuh jiwaku pergi*


nak melantak makan kat rumah, bohsan weii makan kedai!
walaupun aku masak la jugak kat rumah sewa tu.
tapi mana sama dengan masakan air tangan emak.


nak balik cepat. sebab?


nak makan mak masak.
nak beli buku banyak-banyak.


Tuesday, June 12, 2012

graphic design class.

assalamualaikum...

hari ini hari selasa, aku bahagia sangat bila hari selasa sebab kelas aku pukul 6.30 petang sampai 9.00 malam, kelas kegemaran aku kan, maka, aku rela datang kelas awal ni...nak tahu aku datang pukul berapa? pukul 2 atau pukul 3 aku dah duduk diam-diam dalam library siapkan kerja mana yang patut.

malam ni belajar pasal adobe illustrator, sambil-sambil tolong madam aku join gak.hehe.saje menambahkan ilmu.hehe. try tengok apa aku buat..hoho


nice kan?



glitter-graphics.com

Thursday, May 17, 2012

home-sick.

assalamualaikum...

(i'm the middle of Effective Class)




minggu depan dah start cuti, biasalah student kan. nak buat macam mana, janji boleh balik rumah pulun peluk tilam, katil, bantal busyukk. how much I homesick! bau rumah sangat berharga, kalau boleh tapau dah lama aku tapau buat stok kat kampus. tu belum aku pujuk mak aku sebelum balik rumah, order nak makan apa, rasanya dah boleh buat list. maklumlah, kita makan kat kedai, kat rumah chef beso masak kan. mana boleh lawan air tangan chef beso ye tak?

i homesick! nak balikkk...! kalau call rumah, dah berjejeran airmata, gila lah. macam aku ni stadi luar negara kan? balik rumah naik bas rapidKL je kot, bukan naik flight. bayar tambang on the spot, bukan kena booking. hahaha. 


p/s : rumah dekat pun homesick jugak ke?


Saturday, May 12, 2012

mother day.

assalamualaikum...


hai! hari ni hari ibu eh? aku tak pernah sambut pun hari ibu ni, tarikh pun aku tak tahu. hahaha. masa keluar print assignment tadi, aku dengar radio hitz.fm, dorang nyanyi lagu mother day. alololo comel-comel, hahaha. hari ni aku lapang sikit tak pack sangat, design card congrats dah print, malam nak buat nota marcomm.


sempena hari ibu ni, saya nak wish Selamat Hari Ibu untuk emak-emak. doakan saya yang tengah berguling bergolek dengan buku dapat menyiapkan dan perform habis-habisan. weekend masih dirumah walaupun tak ke library seperti biasa. =)


I tahu yang my mother baca blog I, hehe. selamat hari ibu mummy. I lebiu.




Sunday, May 6, 2012

buku.

assalamualaikum.


hai! hari ni aku nak cerita tentang buku. siapa yang tak suka buku? ada orang minat ada tak, tak semua orang minat baca buku yang tebal-tebal, majalah. aku suka buku, obses. aku tak menyesal habiskan duit beli buku walaupun ada kawan-kawan aku bising, "RM140 kau habiskann!" buku kot, bukan aku bawak pergi berfoya tempat lain. buku kita pakai sepanjang masa, bosan-bosan buka buku baca. simple!


kenapa aku suka/obses buku? sejak dari kecik lagi mak aku bacakan buku sebelum tido, waktu lain-lain pun dia bacakan juga. kalau aku nak dia bacakan buku, aku tunggu dia habiskan kerja sambil pegang buku yang aku nak baca. haha. kat rumah pun ada mini library, aku labur duit beli rak buku 6 pigeon hole penuh dengan buku termasuk novel, majalah Gempak Starz, Ujang, Remaja, buku agama mak aku, motivasi semua aku susun kat rak tu. aku rasa sangat puas hati, susun buku sambil bau-bau buku. 


aku paling tak suka, bila orang baca buku lepas tu sepahkan rata-rata dan tak pulangkan balik. macam buku gadis Lolipop. daripada satu tangan ke satu tangan, sekarang ntah mana-mana ntah. kat rumah aku pesan kat adik-adik aku, nak buku ambil tapi letak tempat balik. macam korang, pergi library ambik buku baca pastu tinggal atas meja atau kat rak mana-mana ntah. begang kot pustakawan nak kemas balik buku, nak susun ikut abjad, sorong troli pergi rak yang berlainan. kalau korang ambik buku kat rak Z tapi slamber letak buku kat rak H, tak ke penat pustakawan tu nak tolak troli penuh buku nak menyusun balik kat rak Z. korang tak kesian ke tengok pakcik-pakcik kat library tu susun buku, tolak troli yang gila berat. sebab tu la kat sana dorang tampal, " SUSUN SEMULA BUKU DI TEMPAT ASAL, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN OLEH CCTV".




semester ni aku ambil minor publishing, kelas hari khamis hari tu puan zalifah pesan, jangan photostat buku teks. puan zalifah terangkan, dari sudut royalti penulis tak dapat sebab dikira sebagai buku cetak rompak, photostat buku. tak berbaloi dari segi idea, dah penat-penat penulis tu tulis buku tapi ada pelajar yang photostat. puan zalifah terangkan proses penghasilan buku, aku suka cara dia terangkan mendalam dan menyindir.


               "sebagai contoh ain jadi chief editor, saya (puan zalifah) jadi penulis buku. saya nak terbitkan buku dan awak ain, sebagai penerbit awak dah setuju nak terbitkan buku. kita sain agreement, dan awak panggil copy editor, kay (my classmate), awak mintak kay edit buku ini. kay akan edit sebanyak 4 kali draf, 1 draf satu buku. dah siap satu draf, kay akan rujuk ke typesetter, which is aiman (my minor classmate). aiman akan semak balik dan betulkan. then, aiman hantar satu copy edisi asal & satu copy edisi baru. kay dan aiman akan ulang sampai 4 draf copy siap. dah siap draf, kay akan hantar kat ain, ain semak dan hantar ke design. design buku dah siap, designer akan hantar ke chief editor, ain kata okay & hantar terus ke proof reader. proof reader akan semak & tapis baru hantar ke unit cetak"

korang bayangkan :

writer > chief editor > sain agreement > hantar buku ke copy editor > typesetter semak & betulkan > book designer > proof reader > print = sampai  ke pembaca.

bila aku dengar, wooow! peningnya! 4 kali edit buku. aku tak boleh nak bayangkan. ada sebab juga puan zalifah tak berapa nak berkenan kalau pelajar photostat buku. aduhh, alhamdulillah sepanjang aku belajar 2 semester ni aku sayang nak photostat buku. aku suka beli. biar mahal ada ilmu. kalau tak mampu beli, pinjam. macam kawan aku buat, pinjam buku kat orang lain satu semester & pulangkan balik hujung sem. ada aje, senior yang jual buku teks harga murah. atas pilihan kita sama ada nak beli baru, pinjam atau beli kat senior. bagi aku, buku tu ada nilai yang tersendiri. jadii, kurang-kurangkanlah photostat buku. cukuplah ada cetak rompak CD jangan panjangkan lagi buku cetak rompak.