hai! hari ni aku nak cerita tentang buku. siapa yang tak suka buku? ada orang minat ada tak, tak semua orang minat baca buku yang tebal-tebal, majalah. aku suka buku, obses. aku tak menyesal habiskan duit beli buku walaupun ada kawan-kawan aku bising, "RM140 kau habiskann!" buku kot, bukan aku bawak pergi berfoya tempat lain. buku kita pakai sepanjang masa, bosan-bosan buka buku baca. simple!
kenapa aku suka/obses buku? sejak dari kecik lagi mak aku bacakan buku sebelum tido, waktu lain-lain pun dia bacakan juga. kalau aku nak dia bacakan buku, aku tunggu dia habiskan kerja sambil pegang buku yang aku nak baca. haha. kat rumah pun ada mini library, aku labur duit beli rak buku 6 pigeon hole penuh dengan buku termasuk novel, majalah Gempak Starz, Ujang, Remaja, buku agama mak aku, motivasi semua aku susun kat rak tu. aku rasa sangat puas hati, susun buku sambil bau-bau buku.
aku paling tak suka, bila orang baca buku lepas tu sepahkan rata-rata dan tak pulangkan balik. macam buku gadis Lolipop. daripada satu tangan ke satu tangan, sekarang ntah mana-mana ntah. kat rumah aku pesan kat adik-adik aku, nak buku ambil tapi letak tempat balik. macam korang, pergi library ambik buku baca pastu tinggal atas meja atau kat rak mana-mana ntah. begang kot pustakawan nak kemas balik buku, nak susun ikut abjad, sorong troli pergi rak yang berlainan. kalau korang ambik buku kat rak Z tapi slamber letak buku kat rak H, tak ke penat pustakawan tu nak tolak troli penuh buku nak menyusun balik kat rak Z. korang tak kesian ke tengok pakcik-pakcik kat library tu susun buku, tolak troli yang gila berat. sebab tu la kat sana dorang tampal, " SUSUN SEMULA BUKU DI TEMPAT ASAL, ANDA SEDANG DIPERHATIKAN OLEH CCTV".
semester ni aku ambil minor publishing, kelas hari khamis hari tu puan zalifah pesan, jangan photostat buku teks. puan zalifah terangkan, dari sudut royalti penulis tak dapat sebab dikira sebagai buku cetak rompak, photostat buku. tak berbaloi dari segi idea, dah penat-penat penulis tu tulis buku tapi ada pelajar yang photostat. puan zalifah terangkan proses penghasilan buku, aku suka cara dia terangkan mendalam dan menyindir.
"sebagai contoh ain jadi chief editor, saya (puan zalifah) jadi penulis buku. saya nak terbitkan buku dan awak ain, sebagai penerbit awak dah setuju nak terbitkan buku. kita sain agreement, dan awak panggil copy editor, kay (my classmate), awak mintak kay edit buku ini. kay akan edit sebanyak 4 kali draf, 1 draf satu buku. dah siap satu draf, kay akan rujuk ke typesetter, which is aiman (my minor classmate). aiman akan semak balik dan betulkan. then, aiman hantar satu copy edisi asal & satu copy edisi baru. kay dan aiman akan ulang sampai 4 draf copy siap. dah siap draf, kay akan hantar kat ain, ain semak dan hantar ke design. design buku dah siap, designer akan hantar ke chief editor, ain kata okay & hantar terus ke proof reader. proof reader akan semak & tapis baru hantar ke unit cetak"
korang bayangkan :
writer > chief editor > sain agreement > hantar buku ke copy editor > typesetter semak & betulkan > book designer > proof reader > print = sampai ke pembaca.
bila aku dengar, wooow! peningnya! 4 kali edit buku. aku tak boleh nak bayangkan. ada sebab juga puan zalifah tak berapa nak berkenan kalau pelajar photostat buku. aduhh, alhamdulillah sepanjang aku belajar 2 semester ni aku sayang nak photostat buku. aku suka beli. biar mahal ada ilmu. kalau tak mampu beli, pinjam. macam kawan aku buat, pinjam buku kat orang lain satu semester & pulangkan balik hujung sem. ada aje, senior yang jual buku teks harga murah. atas pilihan kita sama ada nak beli baru, pinjam atau beli kat senior. bagi aku, buku tu ada nilai yang tersendiri. jadii, kurang-kurangkanlah photostat buku. cukuplah ada cetak rompak CD jangan panjangkan lagi buku cetak rompak.
No comments:
Post a Comment