Friday, May 4, 2012

jadual on call

assalamualaikum...


pagi tadi aku ada kelas Effective Speaking, sama macam kelas Public Speaking/Pengucapan Awam la, aku orang yang ke dua terakhir yang bentang, tajuk aku pasal "Adobe Illustrator", penat aku bersengkang mata siapkan skrip sudahnya 80% aku tak tengok skrip. intro, definition dengan conclusion aje, yang lain bantai speaking. alhamdulillah, jeling-jeling markah tadi dekat 80markah, gittew *tiba-tiba* rasa berbaloi, haha.


eh? mesti korang pelik, kenapa aku tulis jadual on call tapi aku membebel pasal public speaking pagi tadi. sebab, mulai minggu depan aku dan kawan kelas yang lain kena bersedia untuk kelas effective speaking yang boleh berubah bila-bila masa dan giliran untuk bentang pun bila-bila masa la jugak. bila aku salin jadual effective speaking yang baru, aku tengok dah macam gaya doktor, dapat jadual on call yang berubah setiap masa. tulah, dulu taknak jadi doktor, ambil mascomm gaya dah macam doktor. aihhh...


minggu depan jugak, isnin sampai jumaat hari-hariku dihiasi dengan kertas soalan test, isnin sampai jumaat yee, berguling-guling, makan minum dating semua dengan kertas test. setiap hari tangan mengarang jawapan-jawapan test, walaupun aku cuti takde kelas selasa & rabu, sekarang ni dah terisi dengan kertas test. dah tak boleh nak isi aktiviti lain, sekarang ni tunggang terbalik balik rumah, pergi kelas. nak merayap pun fikir 50kali, "pergi ke tak". mak aku cakap, jihad menuntut ilmu. sabar je lah, hujung bulan mei dah cuti seminggu, cuti hari gawai katanya tak silap jatuh masa cuti sekolah kan? yey! nak balik rumah, homesick!


gedikkan? rumah dekat nak homesick. siapa tak homesick, tengok "jaduah on call" pun dah nak pengsan, maafkanlah anakanda mu ini bonda ayahanda, kerana tak naik bas pulang ke rumah. hahaha. isnin, monday blues, garfield pun tak suka hari isnin, boleh join garfield ni, haha. isnin ni siap sedialah, test sosiologi & translation.


p/s : Farihah Iskandar sudi nak ditemubual, celah agenda mana aku nak masukkan ni? Penulis terkenal ni, takkan nak lepaskan peluang. =.=' redah-redah, penulis favret ni..hihi
 

2 comments:

Anonymous said...

i'll always support u dear.

love,
mr. s

kitabhati said...

tenkiuu sbb support

love.
cik E.