Sunday, July 29, 2012

selamat hari lahir

assalamualaikum...

selamat hari lahir mr winky.



someone special like YOU.
<3


Thursday, July 26, 2012

sunway piramid, hari pertama.

assalamualaikum...


semester 2 dah habis, yey! sekarang mode tengah cuti bersenang-lenang puasa kat rumah. okay, hari ni bukan nak share cerita puasa kat rumah, tapi nak share yang kita pergi Sunway Pyramid dengan gilfren kita, hihi. Gilfren? kelas degree aku kali ni ada 20 perempuan dan 1 lelaki. jadi, aku rujuk dorang ni as my gilfren sebab banyak sangat budak perempuan ='). kitaorang pergi bukan nak melepak tapi pergi sebab nak buat assignment.


jadi budak masscom ni lain macam sikit, sebab kerja semester kali ni banyak buat kerja lapangan or lecturer panggil 'field work' maknanya, pelajar banyak keluar pergi buat kerja -> cover assignment. untuk kelas effective speaking, kumpulan aku decide nak buat video group di Sunway Lagoon. sebab? sunway lagoon kat taman tema, jadi markah video mestilah nak gempak-gempak kan? kitaorang ada 5 orang, jadi sunway lagoon ni fit la untuk sorang satu cover.


ini hari pertama kitaorang pergi sunway lagoon;


tak boleh masuk sebab ada shooting RTM. tak dapat masuk takpeee, kami melangkah ke sunway piramid jeee =')



depan sunway lagoon. jalan-jalan sambil fikir "guane kita nak shooting".
actually, ni pergi hari khamis. Madam Bariah batalkan kelas haritu,
dan kami MESTI pergi tempat yang kami nak shoot.
jadi, hari tu kelas effective speaking group aku kat sunway pyramid.






dah masuk sunway pyramid mestilah pergi ber- ice skating.


gilfren.classmate.groupmate.


dah penat berfoya-foya, soru time pun tiba.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

dah makan, berfoya, main kereta gila dalam sunway pyramid, nak shopping pun tak la kan,
harga kat sana tak padan dengan poket dompet kitaorang.
kitaorang balik awal sebab pukul 6.00 aku ada kelas sampai pukul 9.00 malam.
~~~~~~~


*shooting time*
5 orang pergi tapi beg ada 10.
next entry okeh!

til' then.
selamat berpuasa.

Friday, July 20, 2012

puasa di bulan ramadhan

assalamualaikum....


alhamdulillah. alhamdulillah. panjang umur untuk berpuasa tahun ni, insyaallah. yey! puasa tahun ni puasa kat rumah, bukan di hostel macam dulu. sukaa sangat bila dapat puasa kat rumah. ingat lagi first time puasa kat uitm. syahduuu. hehehe. lain suasana puasa kat rumah dengan puasa kat hoste.


readers, dah ready nak puasa besok? dah niat kawan-kawan? jom kita sama-sama niat untuk puasa ramadhan tahun ni.


niat buka puasa :

jangan lupa tarawikh ye =D





selamat menyambut bulan ramadhan

Thursday, July 19, 2012

duit punya cerita

assalamualaikum....



hai readers. hari ni semangat nak buat cerita pasal duit. siapa student's? sila angkat siku! okey, student's selalu duit habis, termasuklah ai. walaupun ada bajet khas setiap perkara aku nak buat. dah menyandang jawatan pelajar sepenuh masa, kopak masih kopak. eh? hari ni aku kongsi dengan korang, tips simpan duit setiap semester.


nak handle duit ni bukan satu perkara yang senang, lagi-lagi kalau duit tu untuk 1 bulan kegunaan. pening memang pening, buku teks, test pad, pen selalu hilang, tambang bas pakcik bas rapid, duit topap penting, makan pun sama penting, nak print assignment printer takdo. tu tak masuk member ajak lepak McDonalds, tekak teringin KFC, eh lama tak makan pizza, jom pergi tempat makan best kat shah alam. orang muda memang macam ni, semua nak try. sedar-sedar duit tinggal seringgit dalam dompet.


pulak aku ni shopaholic's.suka membeli-belah, sekarang bukan kat shopping mall tapi kat internet. FB melambak tayang jual baju-kasut kemain kan, kalau stress laaajuuu je jari aku clicking nak beli macam-macam. fuhhh, dugaan-dugaan. kalau tak aku keluar shopping, aku pujuk-paksa kawan aku pergi try restoren yang tak pernah sampai lagi. walaupun aku suka shopping, try tempat makan yang best kat shah alam, aku ada bajet khas untuk aku pergi makan ke beli apa-apa ke. memanglah susah nak ikut bajet, kadang-kadang kecundang di pertengahan jalan. wah!


tapi macam mana?


aku memang boros. aku mengaku. tapi aku ada 'little helper' =). aku share kat korang, cara aku simpan duit.


ini tabung mini saya

kenapa botol sos spageti?
nak seribu daya. taknak seribu dalih. daripada botol sos spageti, dari buang membazir, aku ubah jadi tabung mini. setiap sen & setiap ringgit aku 'derma' masuk kat tabung kecik ni. tak kiralah berapa seminggu. janji ada duit masuk. bak kata kawan aku, duit masuk macam kura-kura, duit keluar macam arnab.

bila mula buat?  
masa tahun pertama diploma di uitm. aku mula buat dengan botol air mineral yang 1.5liter, aku potong muncung botol, keringkan kalau ada air dan aku masukkan duit syiling atau duit kertas. aku panggil botol air mineral tu, duit kawen. setiap semester duit kawen mesti ada. sampai sekarang, upgrade ke botol sos spageti. kira 4 tahun jugaklah aku menabung duit kawen setiap semester sampai degree level.


menabung? leceh tak?
ini kira simpanan kilat aku. tak tahu tetiba aku ter-over guna duit, sekurang-kurangnya aku ada duit belakang kira. kadang malas nak buka dompet, aku buka penutup botol sos spageti, amek duit beli burger kat bawah rumah. hehe. emak aku tak percaya aku simpan duit sejak tahun pertama kat uitm, dia cakap aku ni boros. macam mana nak simpan duit? hahaha. masa awal-awal masuk, kitaorang takde duit ptptn lagi, makan pun megi aje. masa menempuh saat-saat sadis tu, aku simpan duit. pertama kali simpan duit, cecah $90 dalam masa 1 semester. bangga aku.


leceh? tak jugak sebab aku tak pernah amek tahu flow bape duit masuk tabung mini. yang aku tahu, ada duit tolak masuk tabung. bila nak guna, aku fikir jap. apa aku nak buat, berapa banyak aku nak guna. aku kira duit bila dekat-dekat hujung semester, bila poket dah nipis hampir kering.


`````````````````


aku shared kat korang tips aku simpan duit, korang boleh pilih nak simpan dalam botol macam aku buat atau guna botol mineral, nak lagi fancy beli bekas tabung yang cantik-cantik. boleh je guna bekas lain, recycle balik tak keluar duit. jimat. korang cubalah nanti ye.


sharing is caring.


Tuesday, July 17, 2012

senyum.

assalamualaikum.

17.7.2012.

xie xie.

j'taime.

"sending a million smiles, 
pick out one and keep the rest under your pillow, 
pick out one every day coz i want to see you smile always"

Tuesday, July 10, 2012

tempat makan kat shah alam

assalamualaikum...

sempena minggu peperiksaan ni, nak share tempat makan yang ada kat shah alam nih. aku dengan housemate suka keluar pergi makan, ada je kedai makan nak try. so, ni ada la beberapa tempat makan yang ada kat shah alam. boleh la sape nak try =)

lokasi : A&W petronas, shah alam.
siapa nak cuba fastfood selain McD, KFC, Pizza, Secret Recipe.



lokasi : Pecel Padang Jawa.
apa yang best? : pecel ayam. sedap ooo. budak UiTM suka makan kat sini. termasuk aku gak.



lokasi : Restoren Amin Thai.




lokasi:
Nasi Lemak Jati.
apa yang best? : nasik lemak kegemaran/kecintaan/pujaan hati budak uitm.
 first year kat uitm dah makan, sedap!
van pakcik ni ada kat kolej jati, pukul 8.30 malam.
kalau sampai lambat, beratur panjang.

*gambar takde*

malam ni nak pergi beli. lapar oh!



Sunday, July 8, 2012

weekends.


hari ini aku kat dalam library.
bersama dengan buku sosiologi dan instructional communication.
13 and 15.7 ni ada exam.
*mum, if you read this. please pray for me*

my last paper.
then start SCHOOL HOLIDAY!
puasa kat rumah.
bukak puasa dengan mak.adik2.abah.

balik nak masak.
pizza.
cookie monster.
literally.

ok.bai.saya nak stadi. nak exam.
nanti cuti kita borak kat blog lagi yek.
fokus.

hujung minggu ai kat library ajek.