Thursday, April 24, 2008

PERLUKAH KITA MENDAPAT 'A'?

Jangan salah sangka dengan tajuk di atas. Boleh kita nak dapat keputusan yang baik. Tapi pernah tak kita sedar yang orang yang tak pandai atau dalam erti kata lain, murid sederhana ia menganggu emosi mereka. Iyalah, setiap kali peperiksaan mereka mendapat markah yang 'cukup makan' dan 'atas pagar'. Mereka juga membaca buku dan mengulang kaji tapi mengapa masih terjadi seperti itu.

Tak keterlaluan rasanya kalau aku berkata yang dikalangan ibu bapa di Malaysia ini mahukan anak mereka mendapat 'A'. Setiap kali peperiksaan, mesti dapat 'A'. Kalau tak dapat 'A', alamatnya bebelan yang mereka dapat dan akan dibanding-bandingkan dengan orang lain. Inilah yang dipanggil fenomena 'membudayakan 'A' '. Tak salah sebenarnya tetapi ia wajarkah?

Sesetengah murid mengambil motivasi daripada apa yang berlaku tetapi kalau mereka yang hanya murid yang jenis sederhana, ia amat menganggu emosi mereka. Perasaan negatif mula menghantui diri, mula memikirkan yang ibu bapa tidak menyayangi mereka dan adakalanya mereka tidak mahu meneruskan pembelajaran dengan alasan,"buat apa nak belajar, belajar bagai nak rak tapi keputusan tetap macam tu". Bagi pelajar yang lain, mereka akan membuktikan yang mereka mampu. Aku sebenarnya kasihan dengan pelajar yang macam ni, dipaksa belajar, MESTI dapat 'A'. Ini boleh menimbulkan satu tekanan.

Sebab, aku juga pernah mengalami situasi seperti ini. Ini terjadi semasa aku mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah[PMR], alhamdulillah aku mampu mencapai A sebanyak 1 sahaja. Rezeki tidak memihak kepada aku. Dirumah, aku memdapat bebelan dan aku dibandingkan dengan budak kampung aku, Hidayah yang mendapat 8A. Aku rasa amat tertekan, usaha aku tidak dihargai, apa yang aku dapat tidak memuaskan hati mereka. Mahu saja aku jerit dan katakan pada mereka yang mempertikaikan keputusan aku "kalau nak sangat banyak A pergilah amik periksa tu, jangan nak harapkan pada aku". Memanglah tak wajar aku katakan sebegitu, sudahlah aku tengah sedih dan agak tertekan dengan keputusan tu. Memang ia menyakitkan. Benda ini terbawa-bawa sampai aku pergi mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia[SPM], aku sengaja tidak memberi tahu kepada keluarga aku berapa keputusan aku. Hanya dengan jawapan aku,"bolehlah". walaupun aku meraih A sebanyak 2 tapi yalah, mungkin tidak cukup. Aku tahu siapa aku. Aku hanya memegang satu kata-kata yang berbunyi,
" orang yang cemerlang memberikan hasil,
orang yang gagal memberikan alasan."
Setiap perkara yang aku lakukan aku mahu memberi hasil, aku tak mahu memberikan alasan.

Aku tak menyalahkan sesiapa, cuma aku terkilan, ada ibu bapa yang terlalu mengerahkan anak-anak mereka. Ambillah iktibar apa yang terjadi kepada Sufiah Yusof, seorang murid india yang berusia 12tahun membunuh diri kerana tidak mendapat keputusan yang dia inginkan dan masih ingatkah seorang gadis di Pulau Pinang mahu terjun dari rumahnya kerana tertekan tidak mendapat keputusan SPM yang memberangsangkan, alhamdulillah diselamatkan oleh bomba. Bagi pelajar yang lemah dan sederhana itu, bimbinglah mereka dan sentiasalah mendorong mereka untuk sentiasa maju ke depan biarpun tidak memdapat markah yang baik tapi setiap perkara yang diturunkan oleh Allah s.w.t mesti ada sebab dan ada hikmah...

No comments: