Wednesday, April 23, 2008

RENTETAN KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM...

Sudah lama betul aku tidak menulis. Alasan yang mungkin dapat diterima [tiada kelapangan]. Keputusan SPM telah lama dikeluarkan, aku telah berjaya mendapat A dalam SPM [walaupun tak banyak] tapi ia membanggakan aku. Aku tumpang simpati pada kawan rapat aku yang tidak berjaya mendapat A. Antara kami bertiga, aku ni taklah sepandai dan sebijak mereka berdua cuma mengharapkan bakat melukis aku yang tak seberapa ini. Tetapi, aku memandang tinggi kepada mereka, setiap kali peperiksaan aku mencuba untuk mendapat keputusan yang terbaik. Semasa aku ditingkatan 5, aku berjaya mencatatkan 'kepuasan' tersendiri. Kerana aku berjaya menempatkan diri aku dikalangan Top 10 KESELURUHAN TINGKATAN 5, aku duduk ditangga nombor 7. Aku macam tak percaya. Kedudukan ini dikira seluruh tingkatan 5, dari tingkatan 5 Amanah [kelas sains tulen nombor 1] sampailah ke kelas tercorot. Aku anggap ini satu motivasi untuk aku berusaha dengan lebih berjaya. Mula-mula aku mendapat nombor 14 keseluruhan tingkatan5 selepas itu, abang angkat aku mencabar supaya mendapat lingkungan Top10 maka inilah hasilnya. Dalam kelas aku terdapat saingan yang agak sengit sebab, kalau ada yang 'naik' memang betul-betul 'naik'. Setiap subjek matapelajaran ada saingan, ini yang membuatkan aku memerah otak aku bekerja dengan lebih. Tapi tak kisahlah dengan semua itu, sebab itu kenangan aku masa kat sekolah. Sekarang ni dah menginjak ke umur 18 tahun, aku kena tumpukan pada yang seterusnya.

Sekarang ni aku menunggu tawaran yang mendatang. Aku pernah mendengar yang "menunggu adalah satu risiko" bagi yang mendapat keputusan yang nyawa-nyawa seperti aku. Walaupun aku mendapat A tapi aku masih dalam tahap nyawa-nyawa ikan. Aku mohon Uitm juga dalam Seni lukis & seni reka. Aku sudah ke temuduga, yang tinggal sekarang..berdoa banyak-banyak pada Allah s.w.t bagi mempermudahkan urusan aku. Aku juga menunggu tawaran kemasukan ke tingkatan 6, aku mahu menebus kembali keputusan aku. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku [sebenarnya mereka ni sepupu aku tapi aku anggap mereka macam makcik&pakcik aku] terkejut kerana aku mengambil bidang syariah, yalah..aku adalah anak gadis zaman moden yang mengikuti arus peredaran zaman TETAPI walaupun aku digelar anak zaman globalisasi, aku masih tidak lupa pada Allah s.w.t, Tuhan-ku yang Esa. Jauh disudut hati aku, aku mahu menjadi seorang peguam syari'e. Mak su aku pesan,"kalau kamu mahu menjadi seorang peguam syair'e kamu MESTI teruskan jangan belajar sekerat jalan". Mak su pesan sebegitu kerana dia pernah belajar dalam bidang syariah.

Yang sebenarnya, aku terlampau banyak cita-cita. Di sekolah aku adalah seorang Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya [PRS] yang dianggap sebagai kaunselor kecil, aku amat menyukai dan menyintai tugas aku sebagai seorang kaunselor kecil. Malahan aku pernah bercita-cita menjadi seorang guru kaunselor sebelum dinaikkan taraf menjadi pakar psikologi. Emak aku mahukan aku menjadi seorang guru, katanya aku ada masa untuk menjaganya dikala dia tua nanti. Aku mahu menjadi seorang peguam syari'e kerana aku adalah mangsa penceraian ibu bapa, aku mahu berusaha mengurangkan berlakunya penceraian ini. Aku mahu menjadi guru kaunselor kerana aku suka mendengar keluhan atau masalah murid. Aku mahu menjadi seorang pakar psikologi kerana itu yang aku minat.

Mampukah aku mengejar SEMUA yang aku citakan?

No comments: