Friday, May 28, 2010

kuku yang cantik~


salam.....

sekadar menambah dan memberi pandangan..
tapi kalau ikut sunnah nabi adalah lebih baik kan....

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;


Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT.


Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.


Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.


Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.


wallahualam.......


Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.


info kuku~


1- sebelum memotong kuku, rendam dengan air suam untuk 15minit. ini untuk melembutkan kuku semasa memotong kuku.

2- semua orang mesti malukan kuku kaki berbau kan? untuk mengelakkannya; rendam dua-dua belah kaki dengan air suam dan campurkan dengan garam mandian. insyaALLAH, kuku kaki tak berbau lagi.

3- ada juga dikatakan kuku juga dikaitankan dengan kesihatan seseorang:

mengalami sakit dibahagian hati: kuku biasanya akan berwarna putih.

sakit di paru-paru: dikatakan akan bertukar ke warna kekuningan dan lambat panjang.

kekurangan darah: warna kuku pucat dan lesu warnanya.

diabetes: warna kuku kekuningan.


kuku juga melambangkan kebersihan seseorang. maka, jagalah kuku anda~


2 comments:

Anonymous said...

haaa.
bgus3.
da uat post ni jgn la malas plak ptg kuku tu.
ngeeee~

kitabhati said...

hee~ okey...
selalu potong kuku~
i LOVE my kuku..hee~