semua orang nak badan kurus kan? tapi macam mana? selain diet, kita mesti amalkan makan SAYUR dan BUAH-BUAHAN selain banyakkan MINUM AIR KOSONG untuk mengelakkan badan kekurangan air...
ada jugak kawan-kawan aku yang jaga badan dengan berdiet tanpa melakukan SENAMAN selain senaman jalan kaki pergi balik ke kelas. Okay, itu dikira senaman la juga kan...
dulu aku cukup malas nak bersenam, agak-agak rasa badan dah berat barulah aku dengan berat hatinya pergi joging sekejap, hahaha. memang pemalas kan...sejak sambung belajar ni, aku dah jarang bersenam tapi aku amalkan berjalan kaki sekurang-kurangnya 30minit. kalau cuaca okay, aku pergilah joging, selain tu aku suka berenang...
tips antara senaman yang best!

1-berenang berupaya menggerakkan kesemua otot dalam badan kita dalam satu masa.
faedah berenang; seluruh otot akan bergerak semasa kita berenang dan akan membakar kalori dalam badan kita. 20minit saja dah bakar 300kalori, kalau 2jam berenang dah berapa kalori dibakar?
tips; kena berenang tanpa henti dan pelbagaikan gaya berenang. =)
nak lagi mudah?
2- gunakan lompat tali. masa kecil-kecik dulu selalu main lompat tali kan?
faedah; dengan lompat tali ni 300kalori selama 15minit kalori telah dibakar. kat mana-mana pun boleh buat...

3- berbasikal memang seronok. selain merehatkan minda, mengayuh basikal juga boleh mengecilkan paha yang besar..

4- berlari @ joging. selain berfungsi menguatkan jantung. berlari juga boleh membakar kalori dan hendaklah dilakukan dengan konsisten. selain mengeluarkan berpeluh yang bertindak mengeluarkan toksin.

selain daripada 4 senaman kat atas tu, tak bermakna senaman yang lain tak bagus. untuk lelaki kekal fit, tu yang dorang suka main bola sepak. main badminton, tennis dan squash pun okay, tengok pada minat koranglah...mana yang best untuk bersenam untuk kekalkan badan SIHAT! dan mengurangkan risiko penyakit kritikal~
8 comments:
haha..tips nak gemuk de x???
tips nk gemuk ek..?
erm, okay gak tu...
aku akan cari idea k..
hehe..=P
haa.
slim la pasni.
peh!
cun~
hee~
tgk la gf sape yg cun kan..
nek Sem ni mSti Slim.
ni yg Syg lebe.
ngeee~
hahaha...
hee~ ye kot slim...
syg dia lebey jgak~
kat cni,,,,np ad orng nk gmuk,,,funny,,,
eza: for ur info, my frens ni badan kecik molek, dia nk besarkn badan dia sket.. =P
Post a Comment