Thursday, February 3, 2011

pelajar Malaysia di Mesir.


RUMAH Negeri Sembilan di Kaherah ini adalah antara tempat kediaman pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir.

KOTA BHARU - Pelajar jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar, Tengku Nurfar'ain Qistina Tuan Kamarul Baharin (gambar), 21, bernasib baik kerana sempat meninggalkan Mesir kelmarin walaupun dia tidak mempunyai wang yang cukup.

Semuanya kerana ibu kepada kenalannya mempunyai kad kredit dan dengan kemudahan kewangan itu, mereka berjaya membeli tiga tiket penerbangan pesawat Gulf Air dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 9.30 pagi kelmarin.

Namun ada pesanan rakan-rakan pelajarnya di negara yang sedang bergolak itu menyebabkan dia tidak lena tidur.

"Kawan-kawan saya pesan, kalau saya selamat balik, tolong selamatkan mereka pula," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, walaupun dia mempunyai wang di dalam bank, masalah yang dihadapi ramai orang di Mesir ialah semua urusniaga perbankantelah dihentikan.

sumber : KOSMO


p/s : semoga mereka di Mesir dapat balik semula ke Malaysia dengan selamat. kami di Malaysia doakan mereka semua ni selamat sampai ke Malaysia.

3words.

assalamualaikum...


love-11.jpg (401×273)


"Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi hanya satu sahaja yang menjadi igauan oleh peminatnya."

Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun orang yang kita cintai itu ! itu adalah peraturan cinta!

Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tidak lupakan dia, dia tidak lupakan kita. Di tangan dia ada kunci. Dan kita ada pilihan sama ada mahu mendapatkan kunci itu atau tidak.

Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa Allah yang mengaturkan segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita ketemu orang lain yang lebih baik untuk kita dan memberikan yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.

Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana.

Dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadang kala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

Kadang kadang tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya tuhan hendak memberi kita pelangi.

Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan kita tidak sedar apa yang kita perolehi adalah lebih baik dari apa yang kita harapkan.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Benarkah bahawa percintaan itu indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu?

Dan benarlah kata orang cinta itu buta. Cinta tidak perlu cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk meneranginya."

bak kata abang ashraf disini.


cinta.

ia terlalu subjektif untuk ditafsirkan. kalau tanya 10 orang, 10 orang itu beri jawapan yang berbeza, paling kurang pun 2,3 orang yang sama. seorang pun makhluk Allah swt atas muka bumi ni tak pernah terlepas daripada jatuh cinta.

Tuesday, February 1, 2011

life.hidup.

assalamualaikum...





MySpace

Monday, January 24, 2011

Selangkah ke Alam Universiti.


assalamualaikum.




Selangkah ke Alam Universiti.

seronok.
first time aku handle event macam ni.
actually.
bukan handle.
tapi jadi photographer.
hehe.
pergi sekolah SMK Seksyen 18, ambil murid kat sana dengan 3biji bas UiTM,
pukul 6.49PAGI aku dah berjoging pergi ke tempat bas UiTM.
harus.berbangga.

event semua kt menara S&T, Fakulti Kimia.
murid pun macam-macam soalan mereka lontar.
aku macam biasa,
klik sana, klik sini.
fasi dengan krew kebajikan sempoi.
mirul.kak mai.kak zila.alif.nasrul.din.K.A.
dan ramai lagi.

penat memang penat.
tapi berbaloi jugak.
pengalaman dengan GPMS.

selain tu,
aku dapat masuk makmal Fakulti Kimia.
hahaha.
dapatlah jugak jadi pelajar Fakulti Kimia celup.
cess.



makmal Fakulti Kimia.


teringat masa tingkatan 5 dulu tapi dulu takda event macam ni.

nak jugak! haha!

dewan kuliah menara S&T
abang dan kakak yang terlibat. kawan baru. pengalaman baru.






p/s : lemak manusia rasa berkrim. pensyarah kimia cakap.
p/ss : lepas ni nak beli lens zoom panjang. hahaha.
p/sss : aku malas nak tulis panjang-panjang. sebab aku jet lag lagi. huahuahua.






Monday, January 17, 2011

-takde tajuk-




saya nak bangun pagi esok dengan hati yang tenang.

semua ni cukup meletihkan.

tapi hati harus kental.

:)

Saturday, January 15, 2011

tak sangka!

assalamualaikum...



Memang TAK SANGKA langsung. jumpa A. Samad Said. Sasterawan negara tu. Alhamdulillah. Hari jumaat 14/1/2011 memang aku takkan lupa. bila bertemu secara tidak langsung dengan idola sastera aku, dato' A. Samad Said dalam tren putra. dengan kesempatan itu, aku beritahu beliau betapa aku kagum dengan beliau, buku dan sajak beliau dan aku adalah dikalangan peminat sastera beliau. beliau adalah idolaku :')

MySpace


Friday, January 7, 2011

dunno...

pernah tak korang...

bila berselisih dengan orang tu,
korang rasa macam korang dah lama kenal.
*just looking into ur eyes*




pernah tak korang...

tak jangka langsung akan berjumpa dengan seseorang.
*gulllp*



pernah tak korang...

bila jumpa seseorang terus jadi speechless.
jadi yang mulut bising macam mulut murai langsung jadi pendiam.
*what suppose I do*




pernah tak korang...

rasa nak sangat berselisih dengan seseorang,
sanggup lalu atau tunggu kat tempat yang korang rasa berpontensi untuk,
seseorang tu muncul.
tapi,
bila korang tak terlintas langsung,
baru orang tu berselisih sebelah mata dengan kita.
*errrr...sorok muka ke tayang muka*




pernah tak korang,











rasa semua ni.....