Thursday, April 24, 2008

PERLUKAH KITA MENDAPAT 'A'?

Jangan salah sangka dengan tajuk di atas. Boleh kita nak dapat keputusan yang baik. Tapi pernah tak kita sedar yang orang yang tak pandai atau dalam erti kata lain, murid sederhana ia menganggu emosi mereka. Iyalah, setiap kali peperiksaan mereka mendapat markah yang 'cukup makan' dan 'atas pagar'. Mereka juga membaca buku dan mengulang kaji tapi mengapa masih terjadi seperti itu.

Tak keterlaluan rasanya kalau aku berkata yang dikalangan ibu bapa di Malaysia ini mahukan anak mereka mendapat 'A'. Setiap kali peperiksaan, mesti dapat 'A'. Kalau tak dapat 'A', alamatnya bebelan yang mereka dapat dan akan dibanding-bandingkan dengan orang lain. Inilah yang dipanggil fenomena 'membudayakan 'A' '. Tak salah sebenarnya tetapi ia wajarkah?

Sesetengah murid mengambil motivasi daripada apa yang berlaku tetapi kalau mereka yang hanya murid yang jenis sederhana, ia amat menganggu emosi mereka. Perasaan negatif mula menghantui diri, mula memikirkan yang ibu bapa tidak menyayangi mereka dan adakalanya mereka tidak mahu meneruskan pembelajaran dengan alasan,"buat apa nak belajar, belajar bagai nak rak tapi keputusan tetap macam tu". Bagi pelajar yang lain, mereka akan membuktikan yang mereka mampu. Aku sebenarnya kasihan dengan pelajar yang macam ni, dipaksa belajar, MESTI dapat 'A'. Ini boleh menimbulkan satu tekanan.

Sebab, aku juga pernah mengalami situasi seperti ini. Ini terjadi semasa aku mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah[PMR], alhamdulillah aku mampu mencapai A sebanyak 1 sahaja. Rezeki tidak memihak kepada aku. Dirumah, aku memdapat bebelan dan aku dibandingkan dengan budak kampung aku, Hidayah yang mendapat 8A. Aku rasa amat tertekan, usaha aku tidak dihargai, apa yang aku dapat tidak memuaskan hati mereka. Mahu saja aku jerit dan katakan pada mereka yang mempertikaikan keputusan aku "kalau nak sangat banyak A pergilah amik periksa tu, jangan nak harapkan pada aku". Memanglah tak wajar aku katakan sebegitu, sudahlah aku tengah sedih dan agak tertekan dengan keputusan tu. Memang ia menyakitkan. Benda ini terbawa-bawa sampai aku pergi mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia[SPM], aku sengaja tidak memberi tahu kepada keluarga aku berapa keputusan aku. Hanya dengan jawapan aku,"bolehlah". walaupun aku meraih A sebanyak 2 tapi yalah, mungkin tidak cukup. Aku tahu siapa aku. Aku hanya memegang satu kata-kata yang berbunyi,
" orang yang cemerlang memberikan hasil,
orang yang gagal memberikan alasan."
Setiap perkara yang aku lakukan aku mahu memberi hasil, aku tak mahu memberikan alasan.

Aku tak menyalahkan sesiapa, cuma aku terkilan, ada ibu bapa yang terlalu mengerahkan anak-anak mereka. Ambillah iktibar apa yang terjadi kepada Sufiah Yusof, seorang murid india yang berusia 12tahun membunuh diri kerana tidak mendapat keputusan yang dia inginkan dan masih ingatkah seorang gadis di Pulau Pinang mahu terjun dari rumahnya kerana tertekan tidak mendapat keputusan SPM yang memberangsangkan, alhamdulillah diselamatkan oleh bomba. Bagi pelajar yang lemah dan sederhana itu, bimbinglah mereka dan sentiasalah mendorong mereka untuk sentiasa maju ke depan biarpun tidak memdapat markah yang baik tapi setiap perkara yang diturunkan oleh Allah s.w.t mesti ada sebab dan ada hikmah...

Wednesday, April 23, 2008

RENTETAN KEHIDUPAN

ASSALAMUALAIKUM...

Sudah lama betul aku tidak menulis. Alasan yang mungkin dapat diterima [tiada kelapangan]. Keputusan SPM telah lama dikeluarkan, aku telah berjaya mendapat A dalam SPM [walaupun tak banyak] tapi ia membanggakan aku. Aku tumpang simpati pada kawan rapat aku yang tidak berjaya mendapat A. Antara kami bertiga, aku ni taklah sepandai dan sebijak mereka berdua cuma mengharapkan bakat melukis aku yang tak seberapa ini. Tetapi, aku memandang tinggi kepada mereka, setiap kali peperiksaan aku mencuba untuk mendapat keputusan yang terbaik. Semasa aku ditingkatan 5, aku berjaya mencatatkan 'kepuasan' tersendiri. Kerana aku berjaya menempatkan diri aku dikalangan Top 10 KESELURUHAN TINGKATAN 5, aku duduk ditangga nombor 7. Aku macam tak percaya. Kedudukan ini dikira seluruh tingkatan 5, dari tingkatan 5 Amanah [kelas sains tulen nombor 1] sampailah ke kelas tercorot. Aku anggap ini satu motivasi untuk aku berusaha dengan lebih berjaya. Mula-mula aku mendapat nombor 14 keseluruhan tingkatan5 selepas itu, abang angkat aku mencabar supaya mendapat lingkungan Top10 maka inilah hasilnya. Dalam kelas aku terdapat saingan yang agak sengit sebab, kalau ada yang 'naik' memang betul-betul 'naik'. Setiap subjek matapelajaran ada saingan, ini yang membuatkan aku memerah otak aku bekerja dengan lebih. Tapi tak kisahlah dengan semua itu, sebab itu kenangan aku masa kat sekolah. Sekarang ni dah menginjak ke umur 18 tahun, aku kena tumpukan pada yang seterusnya.

Sekarang ni aku menunggu tawaran yang mendatang. Aku pernah mendengar yang "menunggu adalah satu risiko" bagi yang mendapat keputusan yang nyawa-nyawa seperti aku. Walaupun aku mendapat A tapi aku masih dalam tahap nyawa-nyawa ikan. Aku mohon Uitm juga dalam Seni lukis & seni reka. Aku sudah ke temuduga, yang tinggal sekarang..berdoa banyak-banyak pada Allah s.w.t bagi mempermudahkan urusan aku. Aku juga menunggu tawaran kemasukan ke tingkatan 6, aku mahu menebus kembali keputusan aku. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku [sebenarnya mereka ni sepupu aku tapi aku anggap mereka macam makcik&pakcik aku] terkejut kerana aku mengambil bidang syariah, yalah..aku adalah anak gadis zaman moden yang mengikuti arus peredaran zaman TETAPI walaupun aku digelar anak zaman globalisasi, aku masih tidak lupa pada Allah s.w.t, Tuhan-ku yang Esa. Jauh disudut hati aku, aku mahu menjadi seorang peguam syari'e. Mak su aku pesan,"kalau kamu mahu menjadi seorang peguam syair'e kamu MESTI teruskan jangan belajar sekerat jalan". Mak su pesan sebegitu kerana dia pernah belajar dalam bidang syariah.

Yang sebenarnya, aku terlampau banyak cita-cita. Di sekolah aku adalah seorang Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya [PRS] yang dianggap sebagai kaunselor kecil, aku amat menyukai dan menyintai tugas aku sebagai seorang kaunselor kecil. Malahan aku pernah bercita-cita menjadi seorang guru kaunselor sebelum dinaikkan taraf menjadi pakar psikologi. Emak aku mahukan aku menjadi seorang guru, katanya aku ada masa untuk menjaganya dikala dia tua nanti. Aku mahu menjadi seorang peguam syari'e kerana aku adalah mangsa penceraian ibu bapa, aku mahu berusaha mengurangkan berlakunya penceraian ini. Aku mahu menjadi guru kaunselor kerana aku suka mendengar keluhan atau masalah murid. Aku mahu menjadi seorang pakar psikologi kerana itu yang aku minat.

Mampukah aku mengejar SEMUA yang aku citakan?

Friday, January 4, 2008

TAHUN BARU 2008

ALHAMDULILAH...akhirnya sampai juga tahun 2008. selamat datang 2008 diucapkan dan selamat tinggal 2007. azam tahun lepas alhamdulillah, semua tercapai. azam 2008 aku tak buat lagi senarai sebab aku tunggu keputusan SPM dulu keluar baru aku fikir apa yang patut aku buat. aku punya perancangan masih samar-samar lagi [sebab keputusan tak keluar lagi], apa yang aku rancang nak buat boleh, tak buat pun takpe. kawan-kawan aku dah selamat sampai ke kem PLKN untuk siri yang pertama, aku harap korang 'happy-happy' selalu disamping merasai pengalaman yang baru, bertemu dengan kawan-kawan yang baru, suasana yang baru dan segala-galanya barulah...

Thursday, December 27, 2007

h0L!d@y T!m3 !!!

0LL@!! assalamualaikum...

hohoho...sempena cuti nie aku pergi holiday time!!! punyalah struggle masa kat sekolah sekarang nie masa untuk merehatkan otak aku yang agak berkarat nie. nak cuci untuk digunakan masa di 'U' atau form6 nanti [kalau dapatlah]. holiday time aku kali nie kat kampung A. Mayo, di thailand. aku jumpa sanak saudara aku, sepupu aku dan kawan-kawan lama [masa kecil-kecil dulu]. selama 3 minggu aku berkampung di sini, aku ada 2 masa iaitu holiday time & shopping time. kalau shopping time memang aku 'pulun' habisan, sama juga dengan holiday time. hari tu abang sepupu aku bawa family aku, family abang sepupu aku, adik-beradik dia pergi ke Songkla..dah sampai songkla, pergi mana lagi...SAMILA BEACH!! kat samila beach, aku mandi air pantai, berehat-rehat di bawah sinaran matahari [aku tak pakai sun block pun], naik banana boat, kumpul kuit kerang, main ombak..cenderamata kat sana pun cantik-cantik belaka, sampaikan aku tak tahu mana nak pilih. kat samila beach tue, aku berehat sepuas-puasnya. menikmati ketenangan air pantai, bayu laut yang ditiup angin...punyalah seronok.makanan kat sini semua sedap tapi agak pedas, lagipun aku bukannya boleh makan pedas. aku takut kena apendiks tapi sebenarnya aku bukan penggemar makan pedas sangat pun.makcik-makcik aku pula masak sedap-sedap, yalah..aku bukannya selalu balik sini pun kan.

tak lama dah buka sekolah, plan aku untuk tahun depan pun samar-samar lagi. aku nak sambung belajar lagi, ambil kursus komputer sambil-sambil tunggu keputusan SPM. kerja mungkin lambat lagi sebab aku taknaklah dah seronok sangat pegang duit,nanti malas nak sambung belajar. banyak lagi benda aku nak kejar, study dan karier. sebab, ada falsafah yang mengatakan," study hard when you are young, it will pay when you get older". aku nak karier yang menjamin masa depan aku..

Wednesday, December 5, 2007

hari terakhir SPM

oLLa...

hari nie aku kembali mengadap PC dan mula menulis, sempena periksa SPM nie aku kurang nak menulis dalam blog aku sendiri. masa aku banyak habiskan dengan menelaah buku sekolah. kalau aku mengadap PC pun, aku layari 'myspace' aku. hari nie adalah hari terakhir SPM untuk aliran aku [aliran teknologi vokasional] dan kertas yang terakhir iaitu kertas peperiksaan Seni Reka Tanda habis pukul 10.30 pagi. maka, berakhirlah peperiksaan dan alam persekolahan...hmm, cepat sungguh masa berlalu. pejam celik, pejam celik...dah habis SPM, dah habis sekolah. kenangan aku di alam persekolahan nie tak mungkin aku lupakan. berharga sungguh. aku terkilan juga kat kawan-kawan aku yang menamatkan persekolahan yang terlampau awal. orang habis sekolah masa form5 tapi dia orang masa form2,form3 dan form4. sayang sungguh, kenapalah dorang taknak pergi sekolah ya? pelik sungguh aku dek ragam manusia yang ramai nie..

Friday, November 23, 2007

PERSAHABATAN

nie cerita pasal budak kelas aku, tingkatan 5 Seni Reka Tanda di SMKAJ. kelas aku nie dalam aliran vokasional, kami semua belajar perkara yang berkaitan dengan pengiklanan. dah 2 tahun aku dalam kelas nie, dari tahun 2006 dan 2007. kawan-kawan pun best sebab jumlah kami tak berapa ramai, jumlah semuanya 23 orang. kalau nak di ikutkan, budak kelas aku semua ada 25 orang masa tahun 2006. tapi 3 orang jejaka telah keluar, 2 orang pergi sekolah teknik dan seorang pindah kelas. yang pergi sekolah teknik tu ketua kelas aku, Azuan dan Zamri. Azhar pula pindah kelas, masuk kelas aliran sains IT.

ketua kelas aku yang baru nie dilantik nie bernama Afiq, seorang yang 'cool', kelakar juga dia nie. aku dah kenal Afiq nie dekat 3,4 tahun jugalah. aku pernah satu kelas dengan dia masa form2, form3,form4 dan form5. afiq nie tak banyak kerenah sangatlah. yang Helmi nie satu-satunya pengawas sekolah dalam kelas aku, kadang-kadang boleh tahan 'laser' juga mulut dia. helmi nie pandai jugalah dalam bab lukis-lukis tapi dia ke arah kartun. helmi nie minat sangat dengan komik detektif conan dan bercita-cita nak jadi seorang detektif. mamat comel dalam kelas aku nama dia Fahad, jambu la juga muka dia. aku dah kenal dia pun lama la juga, dari form2 lagi. fahad nie senang nak bawak berbincang, senang nak diajak berborak. dialah antara kawan aku yang paling rapat.

3 serangkai nie memang rapat macam belangkas. Aidil, Faiz dan Najib selalu bersama. always care each other. diaorang nie tak banyak bunyi sangat, duduk pula kat depan sekali. mamat tinggi macam tiang elektrik nie nama dia azimul atau nicknama dia ajiem. ajiem nie abang long kami semua sebab dia lahir dulu, awal januari, tambahan pula dengan ketinggian diri secara tak langsung dilantik sebagai bapak kitaorang. pelukis potret kelas aku nie, nama dia mustaqim atau muse. bab lukis potret nie serahkan saja kat muse, memang cantiklah potret tu. muse nie lain sikit, dia bercita nak jadi seorang arkitek dalam masa yang sama dia nak jadi seorang pelukis potret dan kartunis. dinol, amir dan epit nie memang 'otai' kelas aku, abang ally nie merangkap abang senior kami sebab dia repeat SPM, masa tahun 2006 abang ally kemalangan. abang ally nie memang berbakatlah dalam lukisan.

sekarang nie pula cerita pasal puteri-puteri 5 SRT, nabila dengan nazila memang terkenal dengan mulut murainya. sehari diaorang takde memang terasa sunyilah. ecah dengan liyana ishak masing-masing pendiam, jarang nak buka mulut. ween dengan ieda memang rapat, miera pula yang reporter tetap kelas aku. ieka dan liyana md noor memang dah kenal lama, rapat sangat. lagipun budak perempuan kelas aku ada sepuluh orang sahaja, tulah kami jadi rapat. pernah sekali, kami beli 2 bungkus nasi pastu kami share 10 orang. tahun nie, tahun last kami semua form5. aku tak tahulah macam mana tahun depan. aku harap kami dapat jumpa lagi.

kenangan di alam persekolahan memang menyeronokkan walaupun pada awalnya membosankan...
SMKAJ kau tetap di hatiku
!!!!!!!!!!

KENANGAN DI KAMAR FATIMAH

nie nak cerita pasal pengalaman aku tinggal kat asrama SMKAJ masa peperiksaan SPM. aku bukan tinggal sampai habis periksa cuma periksa yang penting je. sepanjang 9 hari aku tinggal kat hostel, aku dapat berkenalan dengan kawan yang lain. kalau kat sekolah just berselisih dan senyum, tu je. tapi kali nie dapat borak dengan diaorang. kebetulan pulak, katil aku dikelilingi oleh budak ke atas [budak kelas pandai] maka secara automatiknya aku rapat dengan budak kelas atas. selama aku kat sana, aku rapat dengan effa, pandu, ainie, t-qa, wawa dan miah. dayah, jiejaka dan una memang aku dah rapat pun. kami tinggal kat sebuah kamar yang bernama kamar fatimah. masa periksa, sama-sama menelaah buku. sama belajar, sama-sama bersoal-jawab. memang kenangan yang paling berharga untuk aku, aku hasilkan satu lukisan yang bertajuk 'SATU HARI DI KAMAR FATIMAH'. siap tampal kat dinding, sebagai tanda kenang-kenangan untuk kami yang menghuni kamar fatimah. aku ingat lagi yang miah ajar aku matematik sampai aku faham, pastu sempat lagi bersoal jawab tentang tasawwur islam, aku guide pandu untuk bagi jalan penyelesaian time dia dilanda problem. aku dah lama kenal dengan wawa sebab masa form2 dan form3, kami pernah sekelas. jadi takde masalah komunikasi langsung. masa hari sabtu, kami lepak dan berborak panjang. aku suka berkawan dengan budak pandai dan budak kelas tapi aku tak pernah pilih kawan. bagi aku, kawan akan bentuk kita. baik dan bijak kawan maka kita pun jadi baik dan bijak tapi kalau kawan pun malas nak belajar dan melepak tak tentu arah, hancur masa depan kita.

masa aku dah nak balik tu, aku dah decide nak balik petang lepas makan malam. tapi dayah beriya-iya suruh aku balik pagi keesokan harinya. boleh dikatakan ramai yang tak bagi aku balik, yelah kami pun dah macam adik-beradik. masa makan malam tu, kami makan ramai-ramai. dayah tanya pandu, boleh ke aku balik pagi esok, pandu kata no hal. maka, tinggallah aku dengan diaorang untuk 1 malam lagi. malam tu, semua budak dorm fatimah bagai nak pecah kepala study add math. aku just tengok diaorang study je, una slumber je macam malas nak study. pagi tu, pukul 7.30 pagi aku dah nak berangkat nak balik, aku salam dengan semua budak kamar fatimah. sedih sangat time tu, lagipun aku dah janji nak menziarahi diaorang lagipun buku latihan aku, aku tinggalkan kat sana. so, untuk budak-budak kamar fatimah, I MISS YOU ALL... ingatlah kenangan kita, ingatlah kamar fatimah... semoga kita dapat bertemu lagi,

GUYS,SEE YOU DI IPTA!!!!