Monday, June 7, 2010

revenge is sweet.. =P

ini bukan pasal balas dendam ke apa, ni pasal aktiviti terbaru dikala cuti semester yang pannjangg...

1 kotak ada 1000keping puzzle yang kene sambungkan... adoii.. mencabar krebiliti otak aku.. =P
sekurang-kurangnya aku tak la nervous sangat masa result exam keluar nanti...otak sah semak dengan kepingan puzzle.. =P




i love this puzzle =P

Thursday, June 3, 2010

will.i.am - Heartbreaker ft. Cheryl Cole

heartbreaker =(...pelangiku =)

"hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kita bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, tapi hanya untuk menemukan, pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi."

kelu bila aku tulis entri ini. mengingat pada kasih yang tak kesampaian dulu. 9bulan berkasih, 55hari aku menunggu bagai pungguk rindukan bulan tunggu encik peguam (exboyfren) namun apa yang tiba, "cukuplah kasih, sampai disini sajalah hubungan kita. hatiku kini telah dimiliki". wtf, ini yang aku terima. dia ingat aku ni anak patung? tuhan itu sangat berkuasa, DIA yang menemukan dan DIA juga yang memisahkan. mungkin ada hikmah disebalik perpisahan itu (wah, ayat!). aku belajar sesuatu daripada kisah cinta tak kesampaian itu, belajar daripada kesilapan masing-masing. ya, mungkin kami jauh dan masing-masing tak sabar. tapi, aku redha dengan semua ni, tak perlu nak meratap menangis menunggu benda yang tak mungkin jadi. aku bangkit balik, hadapi hari-hari dengan tenang. doa aku lepas solat, tabahkan hati aku untuk hadapi dugaan dan ujian hidup. hidup yang tak lepas daripada ujian. ALLAH swt nak uji hambaNYA, kuat atau tidak hadapi ujian. =P

"Kadang-kadang ALLAH datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah"

janji ALLAH swt itu benar.
setiap perkara pahit yang kita lalui, pasti ada perkara manis yang akan kita rasai akhirnya...

MyEm0.Com
++seseorang hadir dalam diari hidup aku, pelangiku.sayang kamu selalu++


Tuesday, June 1, 2010

PEPERANGAN.



HENTIKAN PEPERANGAN!!


Friday, May 28, 2010

kuku yang cantik~


salam.....

sekadar menambah dan memberi pandangan..
tapi kalau ikut sunnah nabi adalah lebih baik kan....

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;


Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT.


Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, Bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.


Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.


Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.


wallahualam.......


Begitu indahnya Islam, sampai potong kuku pun diajarnya. Apatah lagi perkara yang lebih besar dari itu.


info kuku~


1- sebelum memotong kuku, rendam dengan air suam untuk 15minit. ini untuk melembutkan kuku semasa memotong kuku.

2- semua orang mesti malukan kuku kaki berbau kan? untuk mengelakkannya; rendam dua-dua belah kaki dengan air suam dan campurkan dengan garam mandian. insyaALLAH, kuku kaki tak berbau lagi.

3- ada juga dikatakan kuku juga dikaitankan dengan kesihatan seseorang:

mengalami sakit dibahagian hati: kuku biasanya akan berwarna putih.

sakit di paru-paru: dikatakan akan bertukar ke warna kekuningan dan lambat panjang.

kekurangan darah: warna kuku pucat dan lesu warnanya.

diabetes: warna kuku kekuningan.


kuku juga melambangkan kebersihan seseorang. maka, jagalah kuku anda~


Thursday, May 27, 2010

tips senaman.

semua orang nak badan kurus kan? tapi macam mana? selain diet, kita mesti amalkan makan SAYUR dan BUAH-BUAHAN selain banyakkan MINUM AIR KOSONG untuk mengelakkan badan kekurangan air...

ada jugak kawan-kawan aku yang jaga badan dengan berdiet tanpa melakukan SENAMAN selain senaman jalan kaki pergi balik ke kelas. Okay, itu dikira senaman la juga kan...

dulu aku cukup malas nak bersenam, agak-agak rasa badan dah berat barulah aku dengan berat hatinya pergi joging sekejap, hahaha. memang pemalas kan...sejak sambung belajar ni, aku dah jarang bersenam tapi aku amalkan berjalan kaki sekurang-kurangnya 30minit. kalau cuaca okay, aku pergilah joging, selain tu aku suka berenang...


tips antara senaman yang best!


1-berenang berupaya menggerakkan kesemua otot dalam badan kita dalam satu masa.
faedah berenang; seluruh otot akan bergerak semasa kita berenang dan akan membakar kalori dalam badan kita. 20minit saja dah bakar 300kalori, kalau 2jam berenang dah berapa kalori dibakar?

tips; kena berenang tanpa henti dan pelbagaikan gaya berenang. =)

nak lagi mudah?

2- gunakan lompat tali. masa kecil-kecik dulu selalu main lompat tali kan?

faedah; dengan lompat tali ni 300kalori selama 15minit kalori telah dibakar. kat mana-mana pun boleh buat...


3- berbasikal memang seronok. selain merehatkan minda, mengayuh basikal juga boleh mengecilkan paha yang besar..


4- berlari @ joging. selain berfungsi menguatkan jantung. berlari juga boleh membakar kalori dan hendaklah dilakukan dengan konsisten. selain mengeluarkan berpeluh yang bertindak mengeluarkan toksin.


selain daripada 4 senaman kat atas tu, tak bermakna senaman yang lain tak bagus. untuk lelaki kekal fit, tu yang dorang suka main bola sepak. main badminton, tennis dan squash pun okay, tengok pada minat koranglah...mana yang best untuk bersenam untuk kekalkan badan SIHAT! dan mengurangkan risiko penyakit kritikal~


Tuesday, May 18, 2010

terima kasih cikgu!

16.mei.

hari guru. teringat zaman sekolah dulu. wah! dah besar rupanya aku ni, dekat 3 tahun tinggalkan sekolah...

dalam banyak-banyak cikgu kan, aku paling ingat:

++Puan Norisa++
beliau adalah cikgu bahasa melayu yang mengajar aku masa tingkatan 4. beliau jugak yang mendorong aku untuk tulis cerpen berdasarkan satu sajak dalam komsas (kompenan saster). aku pun tulislah cerpen tu dalam masa yang singkat menerusi proses editing yang Puan Jamilah yang semakkan. Puan Norisa ni jugaklah yang dorong aku untuk berkencimpung dalam dunia penulisan dan pernah tegur aku supaya
JANGAN melukis dekat kertas peperiksaan.hee~

++Puan Jamilah++
cikgu sejarah yang mengajar aku di tingkatan 4. aku selalu skor lulus dan markah tinggi kat kelas. dapat hadiah tau! buku latihan sejarah secara PERCUMA! budak kelas aku semua kena bayar, aku seorang saja yang dapat percuma, hehe.

++Puan Wan Amiza Azrina++
cikgu kaunselor sekolah SMK Abdul Jalil. guru penasihat kepada kelab bimbingan dan kaunseling. dulu masa sekolah aku pengawas pembimbing rakan sebaya =). aku suka beliau sebab beliau best! beliau tahu macam mana nak handle "mulut bising" aku ni dan idea "gila" aku. beliau juga syorkan aku amek bidang pengatur majlis =)

++Puan Suraya++
cikgu kelas MPV aku (Seni Reka Tanda). sebab beliau aku amik percetakan, sebab aku rasa best je. memang best pun percetakan!

++Puan Zabariah++
pertama kali aku lulus sains walaupun dengan markah cukup-cukup makan ( aku memang tak minat sains), tapi
the power of spirit aku berusaha, semangat nak markah tinggi. usaha tangga kejayaan. alhamdulillah, spm aku dapat B.

++Puan Sabariah++
guru bahasa inggeris kesukaanku! beliau selalu puji aku dalam kelas, i love english!

++Puan Fuziah++
masa aku tingkatan 5, kelas kami masuk pertandingan drama inggeris antara kelas dan kami menang! dapat tempat no 3. dengar speak out loud, takde pantomin, suara lantang, taknak pakai mic.
formula aku senang je, aku heret semua pelakon, depan cermin besar, tengok diri sendiri, kau jerit kuat-kuat dialog kau, yang penting! jangan gemuruh dan takut. biarlah kelas lain nak cemuh ke apa, korang dah buat yang terbaik. membe aku, mustakim, cakap, "kita tarik dirilah". i said"NO. kalau nak kejayaan kena ada usaha, kalau nak kegagalan berilah alasan". usaha kami itulah, tirai 5x tutup, alhamdulilah, menang. bonus= Puan Fuziah bagi hamper atas kejayaan kami.

++Puan Faizah++
puan, bila dengar ayat
"HUKUM KARMA" mesti saya teringat puan. masa ajar saya matematik masa tingkatan 4 dulu.

++Encik Amiruddin bin moksin++
cikgu praktikal yang ajar sains masa tingkatan 4. merangkap finalis
Cari Menantu. cikgu, terima kasih ya! cikgu ingat lagi tak strawberi yang saya bagi kat cikgu =)

++ Encik Sajali++
berkat pertolongan dan bantuan cikgu, saya dapat ke majlis perlancaran measat di Kuala Lumpur Convention Centre 2006.


cikgu semua, terima kasih. jasa cikgu, pesan cikgu, dorongan cikgu, alhamdulilah saya dapat jejak kaki di universiti. bukan saya seorang saya cikgu, ramai kawan kelas saya dah melanjutkan pelajaran sama macam dalam cerpen saya cikgu.
saya, afiq, helmi, faiz dan aidil kami dah jejak kaki ke UiTM. mira, epit, fahad di IKM, shaidatul nabila dah jadi nurse. nazila dah selamat jadi mak orang. zuraida dengan darwina kerja. yang lain tidak dapat dijejak kerana kekurangan informasi, gone with the wind. takpe, nanti saya tracking mereka yang "hilang" =)



terima kasih banyak-banyak cikgu!