Thursday, December 13, 2012

hujung semester



assalam.

hai! what de busy week. semester ni tahap ke-busy-annya sangatlah light and easy. seriusly. tapiiii assignment, usahlah diduga. disebabkan kita dah menghampiri ke penghujung disember yang tak berapa nak hujung ni, minggu depan last kelas, minggu depanlah everything nak kena hantar-siap-semak-test dan minggu depanlah aku tak peluk bantal dengan eratlah sangat. entah-entah handphone pun aku tak jumpa tak? kalau aku boleh pergi kelas menonong tak pakai cermin mata, kebarangkalian untuk aku tertinggal handphone pun tinggi jugak tu. maklumlah, buat assignment macam makan nasik 2 sudu. hari-hari tengok, hari-hari mengadap. boleh angkat jadi buayapreng la gittew. ok.stop.

check list minggu depan? takpe, seminggu je. lepas tuu cuti. lepas tuuu final exam =.= then baru cuti. semester.

isnin : 
test family communication.
kelas communication theory.

selasa :
hantar report research method individual + presentation group research method.
test health communication.

rabu :
test CTU perhubungan etnik.
test mandarin

khamis :
test publishing.
test BEL482- Meeting and discussion.


nak mintak Imran Ajmain nyanyi lagu dikalung kasihan boleh tak? kasihan untuk aku ni ha. sila layan teaser exam diwaktu cuti sekolah yang mana semua cousin eden packing barang nak pergi bercuti.heh.

my mom thinks:


actually...


hahahaha. taklah. doakan everything jalan lancar.



Monday, December 10, 2012

Back to Disember

assalam.

hai, dah bulan Disember, dah hujung tahun dah. sekarang tengah cuti sekolah dan budak universiti tak bercuti sebaliknya bertungkus lumus dengan kerja tak sudah-sudah, tatkala orang berduyun-duyun pergi Year End Sales dengan Big Bad Wolf, we all sibuk berduyun-duyun dengan buku. oh crap, nak beli buku. nak shopping.

checklist minggu ni?
- presentation.
- research paper.
- presentation.
- test

bulan januari 2013 dah masuk final exam, tunggang terbalik eden kat sini. 1.1.13 hantar adik pergi pahang, 3.1.13 final exam, dah la jadual exam tak keluar lagi. ohhoi stress aku, banyak mende nak buat jadual exam takmoh keluar.grrr.

merungut? student life, tak le nak expect pape. cuti pun tak de rupa cuti.

=.=

Monday, November 26, 2012

hello future

dear future.

whats next?

I'm not strong enough.


Friday, November 23, 2012

Run For Your Lungs.

assalam.

mengenangkan hobi baru aku sekarang ni pergi berlari tapi virus malas berjogging setiap petang, nak gebang yang 2,3 minggu lepas join larian lagi. kat KL jugak, kat taman tasik titiwangsa,KL. cantik oo taman tu, rasa macam kat Hyde Park pulop. larian kali ni 7km ye tuan-tuan. larian kali ni bertemakan, Lari untuk Paru-paru anda (Run for your lungs) untuk sambutan hari paru-paru.

yang nike run kan bertolak petang, larian kali ni pukul 4.45 pagi call time naik bas uitm. ni first trip aku yang memerlukan bangun pagi awal. sudahnya pukul 5.15pagi aku dengan fifi naik bas, terlajak tidur. dalam bas kemain nak tido tapi sudahnya berborak. yang lain dah tersadai tidur.

tentatif lari pagi tu kat KL;
5.45 pagi : berhenti kat petronas solat subuh.
7.00 pagi : sampai taman tasik titiwangsa, pin tag larian, warm up.
7.30 pagi : lari boh! 7km tuu.
8.45 pagi : daku dah sampai kat finisher line, siap dapat medal TOP100.
9.00 pagi : berseri-seri muka first time menang medal acara larian.

catatan masa meningkat sikit, okay la berbanding yang dulu. kena maintain ni. hahaha. uitm sekarang ada 2,3 event lari pusing uitm. try la nanti, lari dalam uitm yang berbukit bukau yang tinggi kemain. mampu ke tak mampu time tu, haha.

p/s: aku suka no bib, 16 is my birthday, 1 is me. eceh!
p.p.s: fifi antara orang yang selalu bagi semangat untuk terus lari dan untuk tidak mengelat.

Thursday, November 22, 2012

nike we run kl

assalam.

ye.ini cerita lama.bulan oktober punya cerita tapi bulan ini baru nak menggodek blog.haha.blog ini sedang mengalami fasa turun naik bila si penulis masa nak tulis, tulis ikut masa lapang sendiri dan blog takle nak access. ok. berhenti mengarut. Nike we Run tajuk blog minggu ini.

ini larian pertama aku masuk selepas lari merentas desa yang banyak kali aku mengelat nak lari.hehe. Nike we Run KL 10KM ye tuan-tuan dan puan-puan, si pengelat lari merentas desa berlari sejauh 10kilometer di kuala lumpur dan ini pertama kali event besar den masuk. dah la tak rajin nak pergi jogging, masuk pulak acara 10km. takpe, itu semua cabaraaan.

sebulan aku training, lari dengan member. tak keluar jogging, aku akan mengayuh basikal depan tv sambil mulut mengunyah makanan. dicampur pula dengan aktiviti berenang selang sehari. kalau nak diikutkan aku overdose exercise sebab balik daripada jogging, terus siap pergi swimming. cukup bulan, wa jadi atlet bina badan.ketak sana sini. haha.

kalau nak diikutkan dah lama nak join kelab larian uitm atau nama glemer, UiTM Runners Club (URC) sejak daripada diploma lagi. bila dah masuk degree level ni, aku nak try semua perkara yang dulu aku tak rasa aku nak buat. maka, tersangkutlah eden pada URC, kebetulan banyak member yang join URC, contoh, Fifi, dia yang call aku masa bulan puasa lepas cakap " Jom, Nike Run", aku pun balas "JOM". okay, nampak tak betapa eksited dan terujanya daku ketika itu. dan yang best training dengan fifi ni, kalau lari dengan dia, at least, AT LEAST yee 3 pusingan. member atlet uitm kan, what to do. redah je la. kitaorang jogging kat tasik seksyen 7, seksyen 2 dengan stadium uitm. semangat oh!

maka, setelah tiap2 petang daku berlatih berlari, maka tibalah hari kejadiaanya. start larian petang, dan peserta yang masuk larian ni 15,000 orang ye. aku ntah ceruk mana ada. nak lari berhimpit-himpit. yang syok dj hitz.fm pun datang, JJ and Ean. every pit stop, aku stop minum air, tengok artis buat persembahan, yang ada time tu dj gold fish and blinks.

tag larian. gyeah!

fifi and me.

the green lantern.

URC team.

tengah tunggu siren nak start berlari.

officially banner.

siapa yang berjaya tamatkan larian dapat tshirt finisher. :')

KL.

URC team. dorang lari laju ooo.

sight seeing lagi. haha.

walaupun catatan masa aku tak begitu memberangsangkan, tapi sekurang-kurangnya aku dapat finisher tshirt.Nike bagi okay, bangga kejap. walaupun ini bidang sukan yang baru aku try tapi takpe, larian yang seterusnya aku try lagi maintain lari.

til then. papai.

Tuesday, October 16, 2012

today is my birthday!




happy birthday!
semoga anda menyiapkan kerja-kerja terbengkalai,
dan update blog.

zzzz~

Sunday, September 30, 2012

sunday.


gloomy Sunday.