Thursday, January 24, 2013

mandarin class

hai. assalamualaikum.

hari ini aku nak cerita pasal mandarin class. okay, semester ni kitaorang kena amek bahasa ketiga, aku pilih bahasa mandarin instead of bahasa jerman. jangan tanya aku kenapa. hahaha. lecturer kami panggil laoshi (lau-sher). kelas setiap hari rabu, pukul 2 petang, aku dengan naz selalu masuk lambat, kadang-kadang awal. well, depends jugaklah. common thing aku dengan, we love to sleep and kami selalu lambat. itu sangat tak bagus ye adik-adik, jangan ikut kitaorang.

kelas mandarin, macam biasa. ada dua test, mid term and final term. oh ya, kena buat video sekali. editing video untuk video kitaorang pergi main bowling and jogging. laoshi taknak acara jumpa-makan-makan-borak-balik. jadi, kitaorang rancang buat pergi main bowling dan jogging. penat sebenarnya nak buat video, nak edit lagi dengan berhimpit dengan semua assignment yang datang tak berundang. haih, student kan.

tapiiii...funny thing happened masa last kelas mandarin. aku dengan naz tak tahu ada final test, kami tak baca and prepared apa pun. kelas mandarin penuh sampai kami duduk terceruk di belakang kelas, itu first time kami duduk belakang sekali. masa test listening, aku lapar. aku makanlah popia otak-otak yang ipah (housemate) aku belikan kat kafe fakulti law.aku dengan naz makanlah popia otak-otak dengan minum air tin 7 Up. tiba-tiba, "santai gile dorang ni"

aku pelik, apahal ni? budak-budak 2,3 baris belakang pandang aku dengan naz kat belakang. lambat pickup skit, aku pandang 2,3 orang tepi aku, apahal cakap santai gile. nak tahu? rupanya, kitaorang makan dalam kelas sambil jawab test listening (aku tawakal aje time jawab test tu). gaya macam santai, silang kaki, tangan makan, telinga dengar test mandarin. naz blur-blur jugak time tu, dahlah dia tengah concentrate time tu.

laoshi? dia kat luar tengah jawab call. mandarin class, ada lagi baki 2 kelas, semester 4 and semester 5.

bila aku nak habis belajar? nak sambung master overseas ni. university of Dundee perhaps?


glitter-graphics.com

Tuesday, January 22, 2013

broga picture











aku rasa shoot aku ambil gambar makin baik.

broga story

hai.

ahad lepas, 20/1 aku naik bukit broga, kat semenyih dengan geng weekenders. ni first time aku naik broga lepas buat event kat kempen gigi kat broga haritu dengan dak kelas. ramai jugaklah yang join naik broga, lebih kurang 10-12 kereta, carpool semuanya. pick up sana sini termasuk aku, ada kakak yang baik hati sudi menumpangkan keretanya. which is i met 2 beautiful friends, zara and kakak apam or hani.

the journey.
zara, kak hani and me bertolak dari ampang dekat pukul 12 gitulah, kitaorang pergi kajang. sesat sekejap and kitaorang bermalam di surau kat kg sungai ramal dalam. 3.30 pagi, kita gerak pergi broga which is kami bertiga tak tido pun. berborak lebih ditemani bunyi a few guys yang tido berdengkur. ouch.

sampai petronas broga, tengok semua dah siap sampai, tshirt da bagi-bagi kat semua. aku dah tukar baju semua, then moh la kita pergi broga. dah sampai, semua orang tengah siap-siap nak naik, time tulah aku teringat, aku tak bawak baju hujan, torch light. naik broga pukul 4.00 pagi tak bawak torch light, well done. wuwuwu. pinjamlah torch light zara, kitaorang naik sama-sama, dalam gelap. aku kan penakut gelap skit.

ramai yang naik, mungkin dalam 50-70 kenders yang join, tu tak termasuk orang awam yang hiking sekali. route nak naik broga mencabar, dahlah tak jogging and training pape, jangan ingat naik bukit, sekadar bukit. zara banyak kali tersadung, aku heret la jugak zara naik sekali. well, jalan dalam gelap kan. terima kasihlah pada siapa-siapa yang suluhkan jalan.hehe. ada sekali tu, aku tak tahu route nak jalan, aku main follow je orang depan. ada satu route, aku nampak ada orang tengah tunggu kat tepi pokok, aku tak sure la pulak siapa, dah lah tak tahu jalan, tak nampak muka, aku pergi jerit,

"kenders!"
 "ya!" 
"bagus.tolong suluhkan jalan"

sangat mencabar bila nak naik first peak, curam tegak. banyak orang. takde headlamp. time tu aku rasa, melenggang kangkung apakah aku ni. panjatlah jugak, walaupun takde headlamp, bingit la jugak bila orang cheering suruh naik.

"go go go, dont give up! sikit lagi nak sampai"
"daripada korang cheering, why dont tolong suluhkan jalan"
"abam-abam hensem, taknak suluhkan jalan ke?"

aku sampai first peak dekat pukul 6.00 pagi, kenders yang lain dah bukak kanvas solat subuh. and, here we go again. aku selalu lupa, aku ni low blood pressure yang mana aku kat tempat tinggi aku pening. trembled. itu yang berlaku bila aku dah sampai kat first peak. trembled. dalam crowded orang ramai, aku pergi baring kat batu, aku tak sedar atas kepala aku lelaki tengah duduk. i overheard.

"siapa ni? e'e'in ke?"
"yup, its me. how did you recognized me?"
"kenapa baring ni? okay tak?"
"naa, pening bila kat tempat tinggi"
*actually, blood pressure aku tengah dropping*

3 minutes later
"e'e'in, nah"
"apa ni? oh, thank you."

siapa ntah bagi minyak angin kat aku, by the way, thank you so much. minyak angin tu membantu. then, kender shamin came by, "sapu macam pakai minyak atar taw. okay tak ni?" aku cakap aku dah okay sikit, kali ni menyandar kat bahu di tempat zara tengah lepak. oh tempat tadi, kender lelaki dah buat tempat wuduk. haruslah berpindah batu. oh ya, others kenders called me, e'e'in. my new name, perhaps. kenders lain siap-siap nak naik gunung tokwan, aku pilih untuk stay kat first peak. aku tahu kelemahan aku, sebelum aku pitam. baik aku duduk diam-diam jaga kanvas hisham. aktiviti aku, tengok sunrise, tido and bangun and tido. -.-

well, thanks to zara teman aku. aku siap bangun tido bangun tido. pukul 12.30 tengah hari dorang baru turun. one thing yang aku rasa very extra ordinary, ada sorang kenders lelaki, tak silap nama dia aris kot. dia kutip sampah yang orang tinggalkan. yup, sampah even plastik roti, botol air or anything. siap bawak plastik sampah sendiri okay! aku tolong kutip sama, which is very good. aku tanya dia, dari mana dia dapat idea nak tolong kutipkan sampah ni? setiap bukit or gunung dia naik ke buat kutip sampah ni?

" i pernah tengok sorang pakcik indian kutip sampah kat gunung, kenapa dia boleh buat, i tak boleh? dari situ i buat, setiap gunung and bukit i pergi." 
=================

in 6 hours, i gained too much experienced. too much extra ordinary things to learned. 

unexpected.
unpredictable.


Thursday, December 13, 2012

hujung semester



assalam.

hai! what de busy week. semester ni tahap ke-busy-annya sangatlah light and easy. seriusly. tapiiii assignment, usahlah diduga. disebabkan kita dah menghampiri ke penghujung disember yang tak berapa nak hujung ni, minggu depan last kelas, minggu depanlah everything nak kena hantar-siap-semak-test dan minggu depanlah aku tak peluk bantal dengan eratlah sangat. entah-entah handphone pun aku tak jumpa tak? kalau aku boleh pergi kelas menonong tak pakai cermin mata, kebarangkalian untuk aku tertinggal handphone pun tinggi jugak tu. maklumlah, buat assignment macam makan nasik 2 sudu. hari-hari tengok, hari-hari mengadap. boleh angkat jadi buayapreng la gittew. ok.stop.

check list minggu depan? takpe, seminggu je. lepas tuu cuti. lepas tuuu final exam =.= then baru cuti. semester.

isnin : 
test family communication.
kelas communication theory.

selasa :
hantar report research method individual + presentation group research method.
test health communication.

rabu :
test CTU perhubungan etnik.
test mandarin

khamis :
test publishing.
test BEL482- Meeting and discussion.


nak mintak Imran Ajmain nyanyi lagu dikalung kasihan boleh tak? kasihan untuk aku ni ha. sila layan teaser exam diwaktu cuti sekolah yang mana semua cousin eden packing barang nak pergi bercuti.heh.

my mom thinks:


actually...


hahahaha. taklah. doakan everything jalan lancar.



Monday, December 10, 2012

Back to Disember

assalam.

hai, dah bulan Disember, dah hujung tahun dah. sekarang tengah cuti sekolah dan budak universiti tak bercuti sebaliknya bertungkus lumus dengan kerja tak sudah-sudah, tatkala orang berduyun-duyun pergi Year End Sales dengan Big Bad Wolf, we all sibuk berduyun-duyun dengan buku. oh crap, nak beli buku. nak shopping.

checklist minggu ni?
- presentation.
- research paper.
- presentation.
- test

bulan januari 2013 dah masuk final exam, tunggang terbalik eden kat sini. 1.1.13 hantar adik pergi pahang, 3.1.13 final exam, dah la jadual exam tak keluar lagi. ohhoi stress aku, banyak mende nak buat jadual exam takmoh keluar.grrr.

merungut? student life, tak le nak expect pape. cuti pun tak de rupa cuti.

=.=

Monday, November 26, 2012

hello future

dear future.

whats next?

I'm not strong enough.


Friday, November 23, 2012

Run For Your Lungs.

assalam.

mengenangkan hobi baru aku sekarang ni pergi berlari tapi virus malas berjogging setiap petang, nak gebang yang 2,3 minggu lepas join larian lagi. kat KL jugak, kat taman tasik titiwangsa,KL. cantik oo taman tu, rasa macam kat Hyde Park pulop. larian kali ni 7km ye tuan-tuan. larian kali ni bertemakan, Lari untuk Paru-paru anda (Run for your lungs) untuk sambutan hari paru-paru.

yang nike run kan bertolak petang, larian kali ni pukul 4.45 pagi call time naik bas uitm. ni first trip aku yang memerlukan bangun pagi awal. sudahnya pukul 5.15pagi aku dengan fifi naik bas, terlajak tidur. dalam bas kemain nak tido tapi sudahnya berborak. yang lain dah tersadai tidur.

tentatif lari pagi tu kat KL;
5.45 pagi : berhenti kat petronas solat subuh.
7.00 pagi : sampai taman tasik titiwangsa, pin tag larian, warm up.
7.30 pagi : lari boh! 7km tuu.
8.45 pagi : daku dah sampai kat finisher line, siap dapat medal TOP100.
9.00 pagi : berseri-seri muka first time menang medal acara larian.

catatan masa meningkat sikit, okay la berbanding yang dulu. kena maintain ni. hahaha. uitm sekarang ada 2,3 event lari pusing uitm. try la nanti, lari dalam uitm yang berbukit bukau yang tinggi kemain. mampu ke tak mampu time tu, haha.

p/s: aku suka no bib, 16 is my birthday, 1 is me. eceh!
p.p.s: fifi antara orang yang selalu bagi semangat untuk terus lari dan untuk tidak mengelat.